Blogger templates

Sep 5, 2010

Sylvanian Families - Village Sweet Shop

Siapa suka makan gula-gula angkat tangan! Ok..ok.. dah-dah sila turunkan tangan anda sebab aku tak sanggup nak hidu bau mashem *haha~gurau jelah.. tak boleh gurau pergi duduk surau :P* Kenapa tiba-tiba tanya pasal gula-gula ni? Nak bagi gula-gula free ke? Hamboi korang ni pantang dengar bunyi free kan? Laju je nak sua muka *tak malu~ :P ekekeke*. Takde maknanya aku nak bagi gula-gula. Lagipun tak bagus sebenarnya makan gula-gula ni. Bila over makan nanti korang kena kencing manis *chewah cakap macam doktor pulak*. Lepas tu, korang kena sakit gigi. Bila gigi sakit kompom kena cabut gigi. Kalau gigi dah rompong nak ambil gambar mesti dah tak cun. Haha~banyaklah aku punya songehkan?
Actually aku nak tunjuk korang kedai gula-gula Sylvanian Families yang bernama Village Sweet Shop *alolo~ so shuweet*. Comel jekan? Rasa macam nak gigit-gigit je *eh, tengok tu. Tadi tak bagi makan gula-gula* Eee~pandai betul orang yang buat marketing untuk gula-gula ni sampai aku pun dah terpedaya *kejamm~* Makan sikit je boleh tau :) makan banyak-banyak hmm~ no-no-no!

Kalau korang beli set Village Sweet Shop ni, korang akan dapat macam-macam jenis/rupa/bentuk gula-gula yang disertakan dalam box cute dia ni. Ada bentuk star, love, bear, lollipop *yummeh* dan macam-macam lagik. Biskut pun ada jugak dia sertakan dalam box tu. Tapi sebelum korang nak masukkan semua sweet ni dekat dalam push-cart, korang kena main tampal-tampal dulu especially untuk bahagian box dia. Habis buat semua tu, barulah jadi macam dalam picture dekat bawah ni :) *yeay* Tapikan yang kelakarnya waktu aku susun semua sweet items tu dekat dalam push-cart, aku terasa diri aku ni dah macam gergasilah pulak haha~ apetaknya jari gergasi comel ni kadang-kadang ganas sangat. Sampai habis berterabur gula-gula tu aku kerjakan. Jadi, kesimpulannya pastikan jari-jemari korang lemah-gemalai yek bila susun semua benda ni :P






p/s : Selamat malam korang :) hari ni letih tengok hubby aku buat pertukangan haha~ Lepas ni, aku nak pergi masak untuk sahur, sambung buat crochet dan tidur. xoxo!


2 comments:

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)