Hye & assalamualaikum (alololoo... suwit je kan bila start entry cakap macam ni. Hehe). Ok, ingat lagik tak entry i pasal Waffle Maker brand Takada tu? (Klik dekat nama Waffle Maker brand Takada tu, kalau nak tahu lebih lanjut). Jeng-jeng-jeng, sape tak ingat tu mesti banyak makan semut. Eh! Haha... gurau jelah.
So, sambungan daripada entry tu, i janji nak bagitau korang satu resepi rahsia (secret recipe gitu) macam mana nak buat waffle jadi rangup (yeay!! Bestkan?) Resepinya memang simple habis dan tak perlu korang bermandi peluh nak siapkan sampai 5 jam, tak pun bangun seawal 4:00 pagi semata-mata nak menikmati seketul waffle (fuhh, parah betul. Sekali buat kompom tobat tak nak buat lagi. Hehe). Yang best, tak sampai 15 minit korang prepare untuk resepi ni, tau-tau dah bakar waffle dalam waffle maker. Gila kentang abes!
Resepi ni i jumpa dekat Sweetlillykitchen (mekacih awak, akhirnya saya tau kenapa waffle saya tak crunchy). Dan ikutkan resepi ni lebih kurang sama je macam resepi dekat entry i yang ni http://www.reenaonline.com/2010/01/resepi-pancake-aka-lempeng.html tapi rupa-rupanya untuk jadikan waffle ni rangup ada satu tambahan bahan rahsia yang i pun baru tau. Patutlah selama ni i buat waffle tak pernahnya kerangupan tu bertahan lebih daripada 10 minit (adehh). Lepas aje 10 minit waffle tu mesti jadi lembik. Waktu tu nak makan pun serta-merta jadi boring. So, sejak masukkan bahan rahsia nilah, permintaan waffle daripada hubby dan anak-anak i semakin rancak. Sampaikan hari-hari buat breakfast pun mesti dorang nak pilih waffle jugak. Takpe, yang penting waffle tergolong dalam kategori makanan berkhasiat. Takde pewarna atau perisa tiruan ya kengkawan, hehe.
Nampaknya muka korang semua dah tension baca entry ni sebab resepi waffle rangup tak keluar-keluar jugak. Ok-ok tak nak seksa korang, haha. Selamat mencuba k, inilah resepinya :)
Bahan-bahan untuk 2-3 orang makan :
- 12 sudu besar tepung gandum (i bubuh penuh-penuh satu sudu besar macam bukit)
- 2 sudu kecil yis kering (i guna instant yeast je. Yis nilah sebenarnya bahan rahsia yang i bagitau tadi)
- 1 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 3 sudu besar mentega yang dicairkan (i suka brand Buttercup)
- 1 cawan susu segar dalam suhu bilik (i suka brand Dutch Lady Full Cream Milk)
- 1 biji telur dalam suhu bilik. Nak cepat kurangkan kesejukkan telur tu, korang rendam dalam air panas seketika
- 1 sudu besar esen vanila (i tak letak pun sebab takde. Hehe)
- Air panas/suam (untuk dimasukkan sedikit demi sedikit)
Cara-caranya :
1. Campurkan tepung gandum, yis kering, gula, garam, mentega, telur, esen vanila dan susu segar. Gaulkan kesemuanya dan pukulkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan whisk (apa itu whisk? Korang boleh tengok dekat gambar bawah ni). Kemudian, masukkan air panas / suam secara sedikit demi sedikit. Ini untuk pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan elakkan daripada menjadi terlalu cair. Jadi part ni korang kena buat anggaran sendiri ok. Macam i sendiri, i letak 1/2 cawan air panas/suam je dan i tambah sikit-sikit bila tengok adunan still lagik pekat.
2. Bila adunan dah sebati, rehatkan sebentar bahan-bahan yang disediakan tadi untuk 10-15 minit. Sambil-sambil tunggu tu korang nyanyilah lagu, eh, panaskanlah waffle maker tu [:P]
3. Bila waffle maker benar-benar panas, tuangkan adunan bermula dari tengah hingga ianya merebak dengan sendirinya ke bahagian tepi corak waffle maker. Yang penting waktu proses ni, tangan kena penuh lemah-gemalai, jangan gelojoh-gelojoh kang tumpah pulak semua adunan tu. Hehe.
4. Jangan tutup terus penutup waffle maker selepas adunan dituangkan tapi korang tunggu 5-10 saat. Tekankan sedikit penutup waffle maker sewaktu menutupnya. Ini untuk memastikan corak waffle korang lebih sekata dan terhasil dengan cantik. Lagi satu waffle tu takkan melekat sewaktu dikeluarkan daripada waffle maker. (Tips ni!)
5. Kebiasaannya masa untuk i buat satu waffle ialah lebih kurang 10 minit. Tapi i nak ingatkan, korang selalu-selalulah jenguk waffle bila 5 minit dah berlalu. Tak jadi masalah kalau nak buka dan tutup penutup waffle maker sewaktu dalam proses memasak. Bukan apa, takut bukan jadi rangup je waffle tu tak pasal-pasal terus jadi hangus. Hehe.
6. Keluarkan waffle bila warnanya berubah menjadi golden brown (coklat keemasan), maknanya waffle korang dah masaklah tu.
7. Hidangkanlah waffle korang dengan chocolate syrup, jem, strawberry, pisang, peanut butter atau aiskrim. Woww!! Sedapkan?? Akhir kata, selamat menjamu selera korang :)
p/s: Amacam, menggoda tak tengok waffle i tu? [angkat-angkat kening]




