- First of all tentulah pakaian. Kebanyakan pakaian untuk baby biasanya aku beli jenis romper. Kalau tak biasa atau takut-takut lagi nak pakaikan baby baju. Better choose pakaian yang ada button atau tali di hadapan. Jangan beli banyak sangat pakaian yang bersaiz New Born sebab baby biasanya cepat membesar. Anggaran 15 helai baju New Born sahaja. Better beli dekat Reject Shop sebab murah & comel sangat.
- Mittens & Booties (senang cakap sarung tangan & kaki untuk baby). 7 pasang dah memadai. Kebiasaannya bila baby dah berusia 4 atau 5 bulan, tak perlu pakaikan lagi. Tapi untuk aku pulak, sewaktu Danish 3 bulan aku dah tak pakaikan mittens & booties ni sebab aku nak rangsang tangan dia supaya kuat memegang. Butties aku gantikan kepada stokin biasa je.
- Topi untuk baby, memadai hanya 1 sahaja.
- Lampin pakai buang. Beli lampin yang ada perlindungan dari geseran pada tali pusat baby. Aku suggestkan untuk size baby melayu, better beli Drypers New Born.
- Bengkung perut untuk pusat baby. Tak diperlukan sangat sebab biasanya bila aku pakaikan untuk baby aku, bukan jadi bengkung perut tapi jadi bengkung dada. Lagi leceh bila stool baby terkena pada bengkung tu.
- Minyak telon. Ini memang important sangat untuk legakan perut & dada baby. Biasanya aku sapukan pada dada, belakang & kedua-dua belah kaki baby. For sure, baby akan rasa selesa dan tidur lebih lama.
- Bedak, Shampoo, Baby Bath, Baby Lotion & lain-lain yang berkaitan. Kalau mengikut experience aku, baik beli yang pek kecil sahaja sebab kebiasaannya orang akan hadiahkan barang-barang ni. So far baby aku takde allergy pada apa-apa brand mandian pun, jadi semua boleh guna.
- Nail Clipper, Hair Comb, Thermometer & Nasal Aspirator. Aku guna brand Safety 1st. Nail Clipper memang penting sebab kuku baby yang baru lahir biasanya panjang. Hair Comb especially untuk rambut baby yang lebat jelah. Thermometer untuk check suhu baby. Dan Nasal Aspirator pula digunakan waktu baby menghidap selsema.
- Wet Tissue. Beli 2 bungkus sekali sebab more cheaper daripada beli satu sahaja. Ianya untuk emergency purpose, lebih-lebih lagi sewaktu kita bawa baby keluar berjalan-jalan. Mana tau, baby termuntah ke atau something else. Aku suka beli brand Anakku.
- Bath Towel & Small Towel. Baik beli 3 helai untuk setiap satu. Kadang-kadang baby mudah terkencing selepas mandi so at least ada extra in case of emergency macam tu. Small towel pula untuk lap punggung baby lepas dicuci. Aku biasanya tak gunakan small towel untuk lap mulut baby andai ada lebihan susu waktu baby menyusu sebab kulit baby ni sensitif sangat. Towel yang tak berapa kasar untuk diri kita tu boleh melukakan mulut baby sebenarnya. Aku lebih suka guna wet tissue je.
- Barrier Cream for nappy rash. Kulit baby very sensitive bila kita selalu cucinya. Jenama yang selalu aku guna ialah Johnson & Johnson atau Sebamed.
- Feeding Bottle. At least beli 3 botol. Kalau boleh beli botol yang kurang colic pada baby sewaktu menyusu. The best brand so far tentulah Avent. Anak aku yang elder, alhamdulilah tak pernah kena colic.
- Berus & Bekas menyimpan botol susu. Aku guna brand Avent untuk berus botol sebab lembut sangat. Bekas simpan botol susu pulak depends nak guna yang macam mana. Bekas tupperware pun boleh guna juga.
- Sabun untuk cuci botol. Ada macam-macam brand. Brand yang paling affordable aku tengok cuma brand Pureen.
- Pillow, Selimut & Tilam. Beli 1 pillow dah memadai. Pastikan bantal yang dibeli tidak terlalu besar & gebu. Aku guna bantal brand Lollipop (aku rasa brand ni dah takde lagi, diganti dengan brand Bumblebee). Bantal yang aku guna diperbuat daripada latex so safety for baby. Untuk selimut aku beli dekat IKEA & tilam pula aku beli dekat Toy 'r' us. Apa-apa brand tilam pun ok cuma jangan terlalu keras atau terlalu lembut untuk baby.
- Bekas untuk air panas. Aku guna brand Thermos, satu yang besar & satu yang kecil (for travel purpose). Beli waktu sale paling elok. Kalau tak silap aku, waktu sale dekat Sogo sebelum ni kalau beli Thermos yang besar dapat free Thermos yang kecil. Kan ke save budget macam tu?
- Susu formula. Kalau anda yakin untuk exclusively breastfeeding rasanya tak perlulah beli. Tapi macam aku even aku bagi breastfeeding tapi aku tetap beli susu formula. In case kalau tak larat nak bangun malam-malam hubby aku kenalah take turn. Aku guna brand Snow tapi it's depend atas baby tu sendiri ada baby tak serasi dengan brand ni.
- Kapas, Bekas Mandian baby & Changing Mat. Kapas aku beli yang segulung besar kemudian aku cerai-ceraikan jadi bebola kecik. Lagi save kalau beli macam ni daripada beli yang dah siap jadi bebola tu. Bekas mandian baby aku beli brand IKEA, make sure beli yang ada anti-slip. Changing mat apa-apa brand pun ok.
- Bottle Warmer. Beli boleh tak beli pun boleh. Kalau nak save, tuang aje air panas dalam satu bekas. Dirikan botol susu dalam bekas tu. Then, siap boleh bagi baby susu yang dah dihangatkan. Untuk bottle warmer aku beli brand Chicco (beli ni pun sebab ada offer).
- Sterilizer. Ini untuk ibu-ibu yang consent dengan kebersihan dan kesihatan baby. Lebih-lebih lagi baby mudah terdedah kepada kuman disekelilingnya. Aku guna Electronic Steam Sterilizer from Avent brand. Mahal sikit tapi hanya 6 minit sahaja penggunaannya so jimat masa & tenaga.
- Baby monitor. Ini untuk mempermudahkan kita bergerak ke tempat lain andai baby dah tidur. So taklah kita risau sangat tinggalkan baby sorang-sorang. Memang banyak brand yang bagus-bagus sekarang ni untuk baby monitor. Siap yang boleh terus nampak baby pun ada (macam kamera gitu). Tapi aku beli yang biasa aje dari brand Lindam.
Aug 12, 2008
Panduan Nak Beli Barangan Baby
Checklist ni sekadar panduan untuk bakal-bakal ibu atau ibu-ibu yang dah lupa apa yang hendak disediakan bagi baby yang bakal dilahirkan nanti. Antara barang-barang yang aku sediakan sempena kelahiran Danish & Ariana sebelum ini ialah:-
4 comments:
- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!
“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
thanks for the info..very informative..i mmg cr checklist ni..tenkiu2
ReplyDeletesalam..nk tnya..kapas tu perlu ke?utk ape ye?
ReplyDelete@Ashizu You're welcome awak!! :)
ReplyDelete@chon Kapas tu untuk sapu punggung bila dia poo-poo :)
ReplyDelete