Blogger templates

Sep 5, 2008

Barbie Fashion Fever

Aku ni di antara berjuta-juta peminat barbie especially barbie 'fashion fever'. Pernah jugak waktu aku borong barbie, ada sorang mamat ni dok bantai gelakkan aku. Dia kata "Hai... dah besar-besar pon nak main barbie lagi dekat rumah". Amboi... sesedap rasa aje dia mengutuk aku. Tapi aku malas nak layan kata-kata dia tu ialah karang kalau dilayan lagi menjadi-jadi pulak. Huh... pada aku, suka hati akulah aku nak beli apa sekalipun, aku guna duit sendiri... bukannya pinjam duit dia pun. Kadang-kadang peliklah dengan perangai sesetengah lelaki ni (ops... lelaki di sana jangan kecik hati hah...). Kalau dia beli kereta control ke, lego ke, takde pulak kawan-kawan dia nak komplen. Konon-kononnya dia orang ni ikut trend lerr... Tapi kalau bab perempuan ni ada aje dia nak komplen (except hubby aku... dia cool), membazirlah, kalau beli bukannya guna pun dan bla... bla... (ni macam style cakap ayah aku dekat ibu aku aje... ekkeke... sorry Yah!)


Berbalik story pasal barbie aku ni, aku minat sangat dengan barbie 'fashion fever' ni sebab collectionnya up-to-date sangat. Pakaian dia orang cantik-cantik, patung dia pun ala-ala model, dah tu siap ada barang-barang perhiasan rumah lagi. Maklumlah aku ni kalau bab-bab kecantikan ke, hiasan rumah ke, design baju ke memang aku suka. Kadang-kadang terfikir jugak, aku ni sebenarnya dah tersalah bidang waktu study dulu-dulu (nak nyesal pun tak guna dah 10 tahun dah...). Kalaulah aku boleh back to the past, mesti dah glamour sekarang ni. Ahaks

5 comments:

  1. i heart barbie doll!!!!
    damn cute =)

    ReplyDelete
  2. Saya pun peminat Barbie gak. Hikhik.

    ReplyDelete
  3. haa, akak pon suke ngan barbie. kalo terlalu kat toys r us kat one utama tu mesti singgah masuk tengok toys kat dalam. tmpt yg paling lama singgah dah tentu kat aisle yg ada anak2 patung macam barbie. suke nengok baju2 dia..hee geram. skrg ni anak2 lak sambung hobi emak dia

    KC

    ReplyDelete
  4. yea...ada sape2 lgk yg minat barbie??

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)