Blogger templates

Sep 26, 2008

Booking Hotel

Korang penah booking hotel pakai http://cuti.com.my/ tak? Citenya macam ni, start from last week lagik hubby aku mintak tolong aku carikkan hotel area JB. Memandangkan dis week F1 race berlangsung dekat Singapore, memang kebanyakan hotel dekat JB fully booked. Carik punya carik aku teringat yang aku ada account dengan cuti.com.my (free sign-up). Dah lama aku tau pasal website ni tapi tak penahlah lagik cuba servis dia, tah bagus ke tidak, aku pon tak tau.

Tapi disebabkan dah desperado sangat aku try jelah booking online untuk hotel M-Suite pakai website nih. Wah!! pantas jugak servis dia. Lepas dah confirm date, besoknya dia orang hantar emel bagitau bilik yang kita orang mintak tuh available dan suruh proceed untuk pembayaran. Yea... sukanya aku takyah lah nak kena call sana-sini carik hotel lagik. Pembayaran dia pon ada macam-macam cara, either nak guna credit card bole or through bank pon bole, senang sangat-sangat. Dah tu kalo bayar through bank, sikit servis charge pon dia orang tak amik (berkira gile aku bab-bab extra charge nih... hehe). Bila dah settle payment dia orang akan send voucher dekat emel. Then kita kenalah print out voucher tuh sebagai bukti pembayaran. Yang aku salute sangat tuh, dia orang siap call hanpon aku nak confirm every detail. Efficient gitu style keje dia orang... Nih yang buat aku nak booking pakai website nih lagik.

Yang kelakar tuh, bila dah settle semuanya aku baru terfikir nak tengok website M-Suite tuh. Bukak punya bukak, terkejut sangat aku. Dalam website M-Suite sendiri rege studio room yang kita orang amik tuh rm205 tapi dekat website cuti.com.my nih rege yang dia orang offer cuma rm170 jek... Mula-mula aku dah risaulah jugak, manalah tau aku tak tengok currency ape yang aku booking dekat cuti.com.my. Sampai dua, tiga kalilah aku check (eee... takut hubby aku marah). Rupa-rupanya memang betul kita orang booking memang currency M'sia yang berharga rm170. Wah!! ini sudah baik. Next time nak pegi mana-mana bole booking through cuti.com.my nih. Kompom...

*sila click pada pic untuk paparan yang lebih jelas*

10 comments:

  1. hai reena

    bagus ekkk
    thanks for the tips.

    slmt hari raya ...maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. mommy lily - ur welcome dear..slamat hari raya maaf zahir batin too

    ReplyDelete
  3. wah bagus2..senang nak cuti nih n book hotel...huhu

    ReplyDelete
  4. sis, thx for the info..MSuite bilik dia best.. dah pernah stay situ *ihiks*

    slamat bercuti2..Slamat bersopping mopping & slamat menyambut aidilfitri...

    rest puas2 sblum start keje ngehehe

    ReplyDelete
  5. hmmm...jelesnye..di pegi bercuti lagik..huhuhuuuu....nak ikut...hehhee..

    ReplyDelete
  6. pge46 - very easy maa... try lah nanti k..

    rasp - huwahh kite baru je balik from tido dkt sana... bad experience dkt m-suite sis...sadis+nyampah tol...

    yanmie - jom itot!! *ihiks*

    ReplyDelete
  7. Hi,
    found ur blog masa google about using cuti.com.my's service. Lepas baca ur comment, baru rasa confident nak cuba service mereka. Thanks for writing ur experience about using the service :)

    ReplyDelete
  8. haha... no problem dear... anything experience i'll be sharin' in here...

    ReplyDelete
  9. ok, skrg dh yakin nak guna servis cuti.com nie, thanks

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)