Blogger templates

Sep 10, 2008

Kebanyakan Orang Melayu Kalau Ditanya Soalan

Dah 2 bulan aku dok carik kain jenis felt untuk buat handycraft. Dok browsing internet dapatkan info sape-sape yang penah guna kain felt ni. Memang ada yang guna tapi takde sorang pon yang nak bagitau dekat mana dia beli kain felt ni (plis... aku nakkan nama kedai & alamatnya sekali k). Kalau ada yang bagi jawapan pon cuma jawapan yang macam nak tak nak je bagitau (jawapan yang macam penuh dengan rahsia kerajaan gitu ~ come on nilah perangai kebanyakan orang melayu kalau ditanya)

Antara jawapannya :-
  1. Ala... biasanya dekat kedai jual bunga kecik-kecik tu ada jual kain ni. Cubalah tanya. Mesti ada punya.
  2. Kain ni sekarang dah mahal dah.
  3. Kalau nak tempah kain ni, bolehlah tempah dengan cousin aku, cuba pegi ke blog ......... ni.
  4. Aku tanya orang tu, dia kata kain ni nama dia kain felt. Dekat kamdar aku jumpa.
  5. Kalau nak murah kain ni, area chow kit ada.
Tengok tu... mana tak buat aku rasa nyampah. Lastly aku jumpa kain felt ni dekat area Mines. Tu pon setelah penat duduk menghadap internet sehari suntuk. Kedai yang aku jumpa ni sebenarnya warehouse. Cuba tengok website ni http://multifilla.com/ tapi aku rasa kain felt yang dia jual ni still lagi tak memuaskan hati aku. Apataknya cuma ada 10 color aje dah tu boleh tahan expensive gak harganya ~ 10helai = rm40.00 ~ Style kedai dia, hmm... quite bersepah sikitlah. Banyak barang-barang yang dia jual pon dah old school (berhabuk-habuk dan tak tahulah bila tahun dia beli) Tapi kira oklah mission aku tercapai cuma kalau boleh nak cari kedai yang dekat sikit dengan rumah aku atau area KL dan yang penting the price is more cheapest than this.

15 comments:

  1. hang nak buat apa dengan felt ni, reena? macam projek best jek...

    ReplyDelete
  2. suealeen - hik..hik..memang best

    ReplyDelete
  3. reena..nak tanya kain felt ni kain jenis camne..sorry..eila tak kenal kain..hehe

    ReplyDelete
  4. hai darling! gorjes blog by gorjes person... i dar-link u ok tak?

    btw, kain felt ni kain apa? nak buat projek paper aper tu? nak kepo nie!

    ReplyDelete
  5. ~eila @ along - senang ckp kain ni takleh jadi baju..ekeke..

    kalo nak tau mcm mana kainnya. dia selalunya dekat meja snooker yg color hijau tuh..

    rasp - ekeke...keponya dia...ala..handicraft biase jek..nanti kalo dah siap kita tunjuk k

    ReplyDelete
  6. ehehe.. akak da jd cekgu pend seni ye..? cepat2 siap..nak tgk output kain felt.. =)

    ReplyDelete
  7. errrkkkk.. alamakkk.. wa buta kain laa. tak kenai la segala kain-main nie... huhuhuhu...

    masuk blog reena ni memacam terminologi baru dapat tau.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. bluesberry - dah siap dah...jgn mare tapi comel jek la

    cikliah - haha..takpe cikliah nanti kalo org lain tanya , cikliah dah tau dah..

    ReplyDelete
  9. hye, i'm new here.

    mmg stardat jwpn mcm tu kalo tanya org melayu. biasa la nak untung je.
    yg paling sakit hati punya jwpn

    "ala senang ko beli ngan aku je la"
    pastu sengih2 sebab dlm pala dia dah siap sedia harga mark-up.

    sbb2 mcm ni business melayu selalu separuh jalan kan. ada saudara/kwn tp tak nak menolong. membebankan lagi ada..

    ReplyDelete
  10. btwen, thanks for sharing :) hope u punya business menjadi :) berkat tak lokek ilmu

    ReplyDelete
  11. fairy - hmmm... tuhla mslhnye... yang... anyway thanx a lot k... caiyok!!

    ReplyDelete
  12. Saya nak tanya, the cheapest one, bape RM ek semeter?
    kalau kedai-kedai pengantin ada tak?

    ReplyDelete
  13. @Sejati~ Kedai ni tak jual dalam meter lah awak. Dia jual dah siap potong sebesar A4 tu je. Tapi baru-baru saya ada jenjalan dekat Jalan TAR dah banyak kedai-kedai hantaran kahwin dekat situ yang jual kain felt ni. Boleh beli dalam meter. Harga saya tak survey sebab perasan quality dia tak berapa tebal macam yang saya nak.

    ReplyDelete
  14. selalu jgk tnya crafter mana nak cari kain nie .. sbb kita nk beli sdr. boleh cuci mata (nak jimat kos pos). tapi diorg xnk bg tau. yang senang diorg suh beli ngn dia jerk. erm ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulaaa... jawapan yang selalu buat kita frustrated kan? :( Hmmm...

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)