Blogger templates

Sep 1, 2010

Cheesy Hot Dog a.k.a Hot Dog Berkeju

Resepi Cheesy Hot Dog a.k.a Hot Dog Berkeju ni sehabis simple bebeno aku rasa. Tak sampai 10 minit korang dah boleh siapkan dan sedia untuk dimakan. Untuk orang-orang rajin memasak macam aku ni *ecehh~rajin sungguh* dan terasa macam nak berdiet hujung minggu *kononnyalah hihi~* Bolehlah buat resepi ni. Dan yang bestnya, resepi ni pun sesuai jugak untuk kanak-kanak yang cerewet nak makan.


Actually resepi ni sebenarnya telah direquest oleh Nasazfrog melalui Twitter aku *hoo-yeahh*. Harap awak suka k :)
First of all sediakan hot dog perisa ayam sebanyak mana yang korang suka dan rebus sehingga mendidih. Kebiasaannya untuk frozen food aku lebih suka pilih brand Ramly. Kalau brand lain rasanya tu macam kurang kick lah *hihi~ jangan mare yek brand lain*

Bila dah mendidih dan daging hot dog pun dah bertukar color kepada kecoklatan bolehlah korang angkat dan toskan hot dog tu. Lepas dah toskan dalam keadaan masih panas, cepat-cepat ambil keju Kraft yang bentuk 4 segi tu. Lapikkan di bahagian atas permukaan hot dog ikut sama macam pic dekat atas tu.

Biarkan keju tersebut cair dengan sendirinya di atas hot dog. Macam mana pun kalau hot dog anda dah pun sejuk proses mencairkan keju secara semulajadi kebiasaannya tak menjadi. So anda bolehlah gunakan microwave untuk cairkan keju tersebut. Panaskan selama 15 saat sahaja.

Inilah rupa keju yang dicairkan di atas hot dog. Taburkan spice Chillies Ground atau Paprika Ground untuk menambahkan perisa kepada Hot Dog Berkeju anda.

Inilah spice yang diperkatakan di atas.

Cadangan permakanan : Bolehlah dipotong kecil-kecil, dimakan bersama roti, salad, lettuce, bawang merah, mayonnaise dan sos cili *nyam..nyam*


p/s: Amacam? Best tak? :)

2 comments:

  1. Mcm best je resepi ni, nk try buat la tp cheesedale &chili powder je ade kat rumah.. Paprika powder xde..nak pi beli dulu. T bleh try :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau takde paprika pun boleh jugak awak :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)