Korang suka makan kentang?
Kentang ni sebenarnya banyak sangat khasiatnya tau. Ini kenyataan yang aku jumpa dekat link http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a58713.htm
*bagus sangat link ni sebab bukan setakat khasiat kentang je yang dorang sharing tapi ada macam-macam khasiat makanan yang selalu kita makan pun ada jugak*
*bagus sangat link ni sebab bukan setakat khasiat kentang je yang dorang sharing tapi ada macam-macam khasiat makanan yang selalu kita makan pun ada jugak*
Ubi kentang kaya dengan potassium, vitamin C (sumber kedua selepas oren), membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber atau gentian kepada gula darah (blood sugar) dan pengawalan tekanan darah. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi. Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25%, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah. Ubi kentang sesuai bagi golongan yang mengalami kekurangan gula dalm darah tetapi menghidap darah tinggi.
Kajian turut mendapati, hirisan ubi kentang mentah dan juga jusnya dianggap boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi (arthritis) dan radang otot dan sendi-sendi (rheumatism). Kesakitan biasa seperti salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dapat dilegakan dengan cara melekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih. Sos ubi kentang yang digunakan untuk sos salad dikatakan boleh mengurangkan luka, mengelakkan jangkitan dan mengurangkan kesakitan serta pencemaran bakteria. Parutan ubi kentang yang ditepekkan pada bahagian mata mampu menghilangkan bulatan hitan pada mata (dark circles) dan sekiranya dicampur bersama krim putar boleh melambatkan berlaku kedut-kedut di muka. Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan. Ini menunjukkan kentang bukan sahaja bermanfaat untuk tujuan perubatan malah turut menyumbang dalam bidang kecantikan.
Dah baca khasiat kentang, jom aku nak share resepi kentang lecek / lenyek a.k.a mashed potato yang selalunya aku buat setiap kali aku goreng burger atau hotdog. Resepi kentang lecek ni pun sesuai dimakan untuk baby yang berumur setahun ke atas. Simple sangat resepinya, korang tak payah pening-pening kepala nak sediakan bahan-bahannya :)
- 4 biji kentang
- 1/2 gelas susu penuh krim (selalunya aku guna susu brand Dutch Lady Full Cream. Kalau korang nak guna susu lain pun boleh jugak *tiada paksaan~chewah*)
- Sedikit garam
Cara-caranya :-
Kupas kentang sebtogelnya.
Potong empat bahagian untuk sebiji kentang supaya cepat empuk bila direbus.
Rebus sampai empuk *lebih kurang 10-15minit dengan api sederhana besar*. Nak tahu samada dah empuk ataupun belum, korang cuba cucuk kentang yang direbus dengan garfu. Kalau sekali cucuk je kentang tu boleh tembus, maksudnya memang dah empuklah tu.
Toskan kentang dan masukkan kentang dalam bekas yang mudah untuk korang lenyek. Perhatian : Jangan biarkan kentang sejuk sewaktu proses melenyek. Seelok-eloknya selepas tos terus lenyekkan kentang tu. Sebab nak pastikan kesemua bahan-bahan *susu dan garam* sebati bila digaul bersama.
Lenyekkan kentang tersebut dengan garfu.Masukkan sedikit demi sedikit susu dan taburkan garam secukup rasa sewaktu proses lenyekkan. Peringatan jugak, jangan masukkan susu terlalu banyak sehingga kentang jadi terlalu lembik *korang agak-agak sendiri k :)* Tambahkan garam sekiranya kentang lenyek korang rasa tawar.
Boleh juga masukkan kacang goreng tumbuk ataupun kacang almond sebagai tambahan perisa. Tapi kalau takde pun takpe, sebab memang dah sedap pun :) Tak percaya? Cuba korang try resepi aku ni tau.
p/s: Selalunya kentang lenyek a.k.a mashed potato ni jadi makan malam aku je. Dietlah tu kononnya haha~ :P
p/s: Selalunya kentang lenyek a.k.a mashed potato ni jadi makan malam aku je. Dietlah tu kononnya haha~ :P
saya da try resepi nie, mmg sgt sedap and senang nak buat.. tenkiu kak..
ReplyDeleteYour welcome :) Thank you jugak sebab sudi cuba.
Delete