Kalau tanya budak-budak muda dekat KL ni mana Outlet Baju yang happening sekarang?
Dorang mesti akan cakap UNIQLO.
Aik, budak-budak muda je ke? Ok, ada unsur-unsur nada ke'jeles'an melampau dekat situ.
Yelah, kebanyakannya orang-orang yang sebaya aku bila dah masuk age yang kurang happening pening dorang kureng sikit nak stylo-stylo ni. Tapi tak semua hokeh! *sambil tunjuk muka geleng-geleng kepala* Aku memang suka bab-bab fesyen ni cuma taklah over sangat. Janji fesyen tu dalam kategori simple, stylo dan moden. Kompom aku belilah! Tapi macam mana pun harga pun memainkan peranan penting jugak sebenarnya untuk selection aku~ Gila kau, kalau beli baju sampai sehelai je habis RM 500.00 semata-mata nak bergaya. Huhuhu~kalau dah sampai taraf Paris Hilton tu takpelahkan?
So, last week hari tu (4hb November 2010, Khamis) ialah Grand Opening Uniqlo dekat Fahrenheit 88, Kuala Lumpur. Kalau nak tau Fahrenheit 88 tu sebenarnya nama asal untuk KL Plaza. Alaa~ yang berdepan dengan Shopping Complex Pavillion tu. Sebab apa KL Plaza dah tukar nama jadi Fahrenheit 88, aku pun tak tau kenapa. Maybe bila member korang tanya nak lepak dekat mana, dan bila korang sebut Fahrenheit 88 tu nampak lagik stylo kot :P At least ada gaya gitu kehkehkeh.
Ada macam-macam offer yang Uniqlo buat sempena Grand Opening dia hari tu. Boleh dapat percuma tiket pergi ke Jepun, dapat free goodies untuk 500 customer yang awal dan macam-macam lagiklah. Kebanyakan baju-baju dia pun siap ada offer best lagik. Pada aku kalau tak sales pun, harga untuk baju Uniqlo ni dalam kategori affordable lagik (below RM 100), kompom tak jerut leher korang. Untuk student-student memang sesuailah. *Uhh~kenapa waktu aku jadi student dulu takde Uniqlo. Ni yang marah ni :P*. Uniqlo ni sebenarnya berasal dari Jepun *wahh~negara yang kusukai sebab ada Hello Kitty hiii~ :)* Nama pengasas dia ialah Kabushiki-gaisha yunikuro. Jadi korang paham-paham jelah orang Jepun ni, bab-bab kualiti dia memang bagi yang the best untuk harga yang best jugak.
UNIQLO’s “MADE FOR ALL.” Philosophy
It doesn’t matter who you are or where you live, Uniqlo makes clothes that transcend all categories and social groups. Our clothes are made for all, going beyond age, gender, occupation, ethnicity and all the other ways that define people. Our clothes are simple and essential yet universal, so people can freely combine them with their own unique styles, in any way they choose, every day of the year. Everything we do is rooted deeply in Japanese origin, always aspiring to excellence in quality, design and technology. However, we will always ensure that our clothes are affordable and accessible to everyone. Uniqlo is a way of thinking that’s about constant change, diversity, and challenging conventional wisdom. At UNIQLO, we believe that everyone can benefit from simple, well-designed clothes. Because if all people can look and feel better every day, then maybe the world can be a little better too. Made For All.
Nak tau lebih lanjut pasal Uniqlo, korang boleh picit link ni hokeh http://en.wikipedia.org/wiki/Uniqlo
Cantikkan butik dia? :)
Muka kepanasan *adehhhh*
Korang memang bersemangat!!
Memandangkan Fahrenheit 88 tu kira dekat jugak dengan opis aku. So, aku ingat nak join sekakilah untuk pembukaan Uniqlo tu *teruja aku tau* Ingatkan waktu lunch aku untuk hari tuh menjadi memori yang terindah. Rupa-rupannya, dah berduyun tiba manusia yang berkumpul dekat situ. Sampaikan aku siap dapat Swarm Badge untuk Foursquarelah hari tu *haishhh~*. Queuenya korang toksah ceritalah, dah macam ular kena palu, panjang nak mampuih. Sape yang queue time tu memang aku salute gila. Korang memang kaki shopping mengalahkan aku. Kalau tak sebab aku keje je hari tu, kompom aku pun salah sorang yang queue tu kehkehkeh~
p/s: Uniqlo selalu buat sales yang penting korang terjah website dia dekat sini k
0 Say (s):
Post a Comment
- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!
“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)