Blogger templates

Aug 19, 2011

CorningWare Covered Casserole

CorningWare ni sebenarnya adalah antara nama brand / produk bagi casserole atau dalam bahasa melayu dieja 'kesserol'. Bukan kolesterol ye kawan-kawan, yang itu penyakit namanya *hehe*. Dan kalau nak tau apa itu casserole korang boleh tengok dekat link ini:-


Kebiasaannya casserole / kesserol ni digunakan oleh pemasak-pemasak dekat dapur sebagai ganti periuk ataupun kuali. Dan yang paling best pasal casserole ni, korang boleh masak samada dekat atas dapur gas, elektrik, oven ataupun microwave tanpa rasa ragu-ragu. Dah tu bila habis masak korang dengan selamba boleh terus hidang, simpan dekat dalam peti ais dan cuci dekat dalam mesin dishwasher. Senang sangat kan? Save pinggan mangkuk nak hidang. Cuma yang paling penting korang kena baca instruction care / arahan penjagaan sebelum digunakan. Yelah, kalau panas-panas korang terus masukkan dalam peti ais. Produk macam mana best pun kompom meletup sebab terkejut dengan perubahan suhu yang secara tetiba *hehe*.

Lagi satu yang bestnya waranti untuk CorningWare Covered Casserole ni ialah 10 tahun dari tarikh pembelian dan 2 tahun bagi penutup gelasnya.

Sempena dah nak raya, dan untuk korang yang nak prepare rumah terbuka. Korang mesti excited bila dengar berita gembira ni sebab produk Corningware untuk casserole ni ada offer a.k.a tawaran hebat untuk korang beli sampai 31hb Ogos 2011. Offer ni pulak bersempena dengan hari ulangtahun CorningWare yang ke-53 tahun. Jadi sesape yang berbelanja RM53.00 samada dekat Home Haven, Isetan, Metrojaya, Living Quater, Sogo dan Jusco korang berpeluang beli CorningWare dengan harga kurang RM101.00. Diulang KURANG RM101.00!!
*yippie... pengsan!*

Detail harga macam dekat bawah ni:-
3.25L Covered Casserole Just White (P-32-JW) RM118 (normal price: RM239)
2.25L Covered Casserole Just White (P-22-JW) RM98 (normal price: RM199)
1.25L Covered Casserole Just White (P-12-JW) RM68 (normal price: RM169)
0.8L Covered Casserole Just White (P-08-JW) RM38 (normal price: RM145)

Lihatlah pic CorningWare Covered Casserole yang telah dirembat oleh saya dengan pantas pada bulan Julai lepas *muka sengih hepi*.






p/s: Parkson pun buat offer yang lebih kurang sama macam CorningWare ni sampai 31hb Ogos 2011 jugak tapi untuk brand Luminarc. Korang click sini http://www.parkson.com.my/whats_on/pdf/apr11/Luminarc/Luminarc.pdf
Nanti lepas beli, saya cerita k. Happy Shopping semua!



2 comments:

  1. kalau guna atas stovetop bawah dia tak hitam ker?

    ReplyDelete
  2. @Zalia Othman Memang akan hitam sikit, tapi lepas cuci dia ok balik :)

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)