Setelah berbulan-bulan menunggu iPhone 4 version 4.3.5 i ni bertukar kepada version 5.0 atau iOS 5 (Operating System 5) akhirnya hari ni segala-galanya terjawab (oh... skemanya ayatku). Apataknya menurut website Apple inilah iOS yang paling tercanggih dalam dunia buat masa ini (The world's most advanced mobile operating system gitu). Fushyooo. Tu yang tak sabar-sabar nak tengok kecanggihan iOS5 ni. Betul ke yang paling canggih?
Jadi bangun je pagi ni, tetiba hubby bersemangat kejutkan i. Maklumlah kita orang ni memang die-hard-fan (kipas-susah-mati) produk Apple. Semua benda yang Apple jual, ikutkan hati semua nak beli. Tu kalau ikut hatilah. Tapi sebab ikut akal fikiran kena beli yang mana penting je dulu. Hehe. Lepas dengar hubby i kata dia dah install iOS 5 dekat iPhone 4 dia. Rasa macam nak meloncat je turun tingkat bawah. Ini tak boleh jadi, hubby i dah install senyap-senyap sebelum i? Memandangkan Streamyx waktu subuh alam ni boleh berlari macam kuda. So, tak boleh nak fikir lama-lama dah, i terus capai MacBook Pro i memulakan operasi meng'install'.
Untuk pengetahuan korang sebelum install iOS 5 ke dalam iPhone (yang boleh install cuma iPhone 3Gs dan ke atas), korang kena pastikan iTune dalam komputer korang telah pun dikemaskini (update new software). Kalau tak buat macam gitu, silap-silap iPhone korang akan meragam dan terus jadi blank (gelap-gelita). Sebelum jadi yang pelik-pelik, baik korang buat macam apa yang i kata ni. Sebab, benda ni dah terjadi dekat hubby dengan abang ipar i. Panik 2 jam jugaklah dorang jadinya. Sampaikan hubby i dah pikir nak call Apple US lagik (hamboiii~).
Untuk install iOS 5, korang ikut je arahan yang dinyatakan pada iTune tu. Yang penting sebelum install buat iPhone backup dulu. Sekali lagi nak ingatkan, takut jadi apa-apa nanti putih mata korang kang. Hehe. Lagipun bila dah habis install iOS 5, dia akan tanya samada korang nak set iPhone korang sebagai baru (set as new) atau korang nak restore from backup. Better pilih restore from backup sebab automatik ianya akan restore semua applikasi (application) korang yang dah install sebelum ni ke backup yang paling latest yang korang buat tadi. Kalau pilih new umpama korang macam beli iPhone barulah. Kosong takde apa-apa.
Apa yang menariknya pasal iOS 5 ni, korang boleh tengok dekat link Apple bawah ni. Kebanyakannya lebih kepada improvement iOS 4 yang sebelum ni (mestilah peningkatan ye tak? takkanlah mundur ke belakang) hehe.
Lagi satu untuk iOS 5 ni, Apple perkenal iCloud (comel je kalau sebut dalam bahasa melayu: Saya Awan) hehe. iCloud ni sebenarnya memudahkan untuk korang menyeragamkan (sync) kesemua gadget Apple korang. Contoh, kalau korang ada iPad dan iPhone sebelum ni korang kena satu persatu update / install ke dalam iTune. Dah habis install iPad, nak kena install iPhone pulak. Sedangkan kadang-kadang applikasi / benda yang sama je dalam iPad dengan iPhone tu. Tapi dengan adanya iCloud korang dapat jimatkan masa sebab tanpa connect guna USB pun. Korang boleh terus gunakan wifi streamyx (lembap) korang tu dan boleh connect melalui iTune secara wireless. Automatik serentak kesemua gadget korang tu dah update. iCloud ni sebenarnya lebih berfungsi macam tempat penyimpanan data (storage data) yang ada dekat dalam iPhone, iPad dan iPod Touch korang. Bila-bila masa yang korang nak, korang boleh grab data tu. Tak perlulah nak kena connect guna USB macam sebelum ni. Nak faham dengan lebih lanjut, boleh tengok link bawah ni.
Macam mana pun untuk buat cara pemasangan iCloud pada kesemua gadget apple korang. Sila picit link bawah pulak k.
http://www.apple.com/icloud/setup/
Oklah, i nak study lagik apa yang best pasal iOS 5 dengan iCloud ni. Kalau korang ada info yang best nak sharing together-together. Bagitaulah dekat i ye. Mekasih!
p/s : untuk sesape yang buat iPhone jailbreak kena pikir 4, 5 kali sebelum upgrade jadi iOS 5 sebab semua application yang korang install percuma tu akan hilang. Tapi untuk sesape yang pakar jailbreak rasanya tak jadi masalah kot bab-bab nak meng'upgrade' ni. Umpama makan kentang gitu.
alamak..x paham, ketinggalan soyuz aii ni :)
ReplyDeleteni memang betul2 fanatik produk apple ni~
ReplyDeletesalam perkenalan!
ala iPhone (adik) aku dah dijailbreakkan hahaha!
ReplyDeleterisau gak kekalau ilang smua free apps tu kan
and risau gak wp terer jail break xley cover balik
haha
bape byk aku punya risau hr ni..nsb hari jumaat!haha
kak reena sya gune hp cap ayam je..!!!
ReplyDeletepsst beli iphone baru ke?aritu kata dah jual tu iphone jugakkan? haish fening2...
ops sorilah blog cacamarba..apepun jgn lupe gune tips yg saya dah tulis klu nk pi blog okeh!
daa gtg....
@Tihara haha, cuba try makan apple. Mesti paham lepas ni. Hehe
ReplyDelete@dhiera lebih kurang cam lagu KRU jugaklah ni. Fanatik.. fanatik wooo... haha..
ReplyDeleteHi, salam kenal-kenal. Thanks sudi singgah :)
@Jue haha, ye-ye aku paham kau risau. Takpe harini Jumaat boleh hilangkan gundah. Shopping time lama sikit daripada hari-hari biasa. Tak gitu? Hehe
ReplyDelete@Uchi kay-f @hmad tu iPhone 3G dah selamat terjual. Ni tukar jadi iPhone 4. Lepas ni tukar iPhone 4s, lepas tu tukar iPhone 5. Hamboiii... *sila jangan percaya*
ReplyDeletewaahhhh stylo nye.aku dah lame tak pakai jam tgn. tak bpa suka. sampau jue asyik komplen "napa ko tak pakai jam hanie?"..
ReplyDeletetp kalau iPod ni serba serbi function dia cam besh je kan nak beli.
aku bru aim jam Baby-G. huhuhu.
opss..td aku komen kat entry yg salah pasal iPod tu..tettt..malunya..
ReplyDeleteok yg ni utk entry ni.
bestnya dpt kumpul sume produk apple ni. minat seiringan gitu.eksaited betul bila os dah upgrade ye..ok.ok.teruskna ke-eksaited-an anda. nnti cecite tau.
ko install ios 5 tu dah jb ke belom? aku takut la nak buat sendiri. kang jahanam segala mende. huhu...buat kat kedai le kot. tapi mende free buat kat kedai kena caj smpi 70 lak kang
ReplyDelete@Reena
ReplyDeleteokeh percaye...lalala..
wahhh ipod nano skrg dh blh jadi tgn..canggih ni..tp sy x suka sgt pakai jam huhu
ReplyDeleteaikkk sy salah komen entri ke td? adoii malu :P
ReplyDeletecanggihkan apple ni..if ada rezeki, teringin gak nk beli satu hehe
@Hanie_Dew BB G memang best! *pun ada satu jugak kaler putih* Tak lapuk dek zaman even dah penah pakai BB G waktu tahun 1996. Eh, bape umo ku eh? Hehe
ReplyDelete@Hanie_Dew Takpe-takpe. Kita paham, mesti dia pun eksaited sekali waktu taip komen ni. Haha. Marilah kita sama-sama eksaited!
ReplyDelete@Ied @ May Masa pakai iPhone 3G aku penah buat jailbreak gak, tapi tensen bila nak update version. Asik kena ulang-ulang install benda yg sama. So, untuk iPhone 4 ni tobat nak buat jailbreak lagi. Biar maintain original je. Tapi rasanya kalau kau terer search pasal jailbreak. Kau boleh buat sendiri je. Cuma antara berani dengan tak berani lah. Hehe
ReplyDelete@Uchi kay-f @hmad haha, bagus-bagus mendengar kata gitu :P
ReplyDelete@[sutera kasih] akak pun tak suka jugak pakai jam, tapi sebab kononnya nampak lain dari lain. Jadi syok pulak pakai. Haha.
ReplyDelete@[sutera kasih] Tihihi~ takpe-takpe ramainya tersalah komen entry. Awal-awal datang memang sesat jalan eh, komen. Nanti dah biasa mesti dah tak sesat.
ReplyDeleteInsya-Allah ada rezeki belilah tau. Tak rugi pun ada. Seronok banyak. Hehe