Blogger templates

Oct 15, 2011

Jam iPod Nano

Korang tau apa itu iPod Nano? Ceh-ceh buat soalan Kuiz umpama contest gitu. Hehe. Sorry takde hadiah pun even kalau jawab betul. Alololo~ jangan sedih.


Kalau korang nak tau, jam tangan yang i pakai dekat bawah ni sebenarnya iPod Nano. Hoh! Terkejut tak? Terkejut tak? Haha... relax-relax. Dulu-dulu sebelum beli iPod Nano ni, i rajin jugak belek-belek dekat kedai Machines setiap kali datang sana (tu maknanya dah tak tau nak tengok apalah tu, sampai semua benda pun i belek. Hehe). Dalam hati terfikir jugak, ni kalau iPod Nano keluar waktu zaman i study dekat UiTM dulu kan ke seronok. Ringan je nak simpan dalam poket waktu nak balik kampung naik bas dengan keretapi. Tak payah nak angkut berat-berat walkman kaset i tu (dulu tak mampu nak beli walkman CD yang hebat tu. Walaupun hebat bila bergegar sikit dia reverse pergi lagu yang 1st. Ish-ish-ish). Jadi memikirkan takde kegunaan penting pun nak pakai iPod Nano, di zaman yang serba busy ni (ho-ho-ho) so, takdelah minat sangat pun nak beli.

Tapi, tah macam mana one day, hubby i buat surprise belikan iPod Nano ni untuk i (suwitnya. Hehe). Mula-mula tu pelik juga, kenapa belikan i iPod Nano? Sedangkan sebelum tu, i ada cerita dekat dia yang i ingat nak beli jam tangan baru. Jam tangan lama talinya dah rosak (kesian i kan?). Tapi bila hubby i buat demonstration yang iPod Nano tu boleh jadi jam tangan, i terus jadi excited (wahh, bestnya). Haha, macam buat magic pulak eh? Takde magic apanya pun. Magicnya kena beli wristband je untuk iPod Nano tu, hehe. So, bila masukkan iPod Nano tu ke wristband dan pilih menu clock. Taraa... jadilah jam tangan. Bestkan? Harga untuk wristband biasanya bermula dari RM70.00++. Nak tengok apa design wristband yang menarik korang kenalah buat lawatan tapak dekat kedai Apple Authorised Dealer. Contoh macam Machines, Mac City, Mac Studio dan EpiCentre (ini antara nama-nama kedai yang i tau). Sebab senang nak matching dengan color baju i, jadi i pilih warna yang paling selamat iaitu putih.

Kalau dulu, masa iPod Nano belum upgrade version muka jam (clock face) nya cuma ada dua je pilihan. Sekarang ni version terbaru iPod Nano (version 1.2) dah ada 18 muka jam yang boleh korang tukar-tukar mengikut mood korang (fushyoo). Sesape yang ada iPod Nano, silalah upgrade version ya. Nak upgrade version macam biasa korang kenalah connect dekat iTune dulu.

ini clock face yang memula *bosan. haha*

 ini clock face lepas upgrade version *muka happy*

 iye, saya peminat ne-yo. Dia menari macam lantai ada minyak gitu. Smooth!
Apa yang bestnya pasal iPod Nano ni sebenarnya? Ok, terus-terang i cakap featuresnya takdelah sehebat iPhone sampai boleh main game (nak main game toksah beli iPod Nano lah baik pakai terus iPhone atau iPod Touch. Hehe). Tapi antara ciri-ciri yang menarik pasal iPod Nano ni ialah korang boleh dengar Radio, upload lagu-lagu yang korang suka dengar, masukkan gambar kesukaan korang dan yang best korang boleh set time dan goal waktu bersenam dekat gym. Kiranya sesuai untuk korang yang mengamalkan aktiviti sihat dan rajin bersenam (macam i. Eceh-ceh. Haha, iyolah tu).

Nak tahu dengan lebih lanjut, korang boleh check dekat link bawah ni.

http://www.apple.com/asia/ipodnano/features.html

Dan kalau nak tau harga, nak tengok 7 pilihan warna iPod yang comel-comel dan spesifikasinya (specification), boleh tengok dekat link bawah ni pulak.

http://store.apple.com/my/browse/home/shop_ipod/family/ipod_nano/select?mco=MjU5MTk4Mjc


Oklah nak continue bersenam depan dapur dengan iPod Nano (haha).


p/s : Macam biasa, kalau korang ada info best pasal iPod Nano. Meh story dengan i meh.



8 comments:

  1. alolo cumelnye mak budak pki jam ittew!

    saya dah berkurun tak pki jam tgn kak oit,akak xnk bagi ke? hihihi..opss

    amboi,nk siku iya...jgnlah! ^-*

    ReplyDelete
  2. canggihla jam tu..ipod nano dh blh jd jam skrg ekkk..bestnya kalo ada satu hehe

    ReplyDelete
  3. @Uchi kay-f @hmad Haha! nanti kawen mintak hantaran jam iPod Nano tau bukan dekat akak dekat pasangan yang dirahsiakan namanya. Eceh-ceh :P

    ReplyDelete
  4. @[sutera kasih] memang best dear. Boring-boring bukan setakat boleh tengok jam je. Siap boleh dengar lagu gitu. Hehe

    ReplyDelete
  5. @Reena
    :pndi pusing ayat iya...

    p/s:-wahai kakak jam 2 pagi ushar2 blogku..jadi burung antu ka?

    ReplyDelete
  6. nampak sedap la.. grrr...
    lapar. nanti nak try la~ he

    ReplyDelete
  7. alamak. tersalah komen entri. naseb perasan. sebenarnya nk komen kat entri atas tu shihlin taiwan. malu malu

    ReplyDelete
  8. u ni suka gajet canggih2.. suka3x//

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)