Korang suka makan makanan arab tak? Kalau suka makanan arab, korang mesti dah pernah makan dekat Restoran Saba ni kan? (tapi dalam arab ejaannya Restoran Saba') Kalau tak pernah pergi, korang memang suka naik bas loncat-loncat sebab tu lambat sikit *hehe~pepandai je. Gurau je lah*
I pun baru awal tahun ni berkenalan dengan Restoran Saba. Ni pun berkat hasutan dari opismate i yang hobinya pun suka makan *sama macam i. Hihi* Lepas dengar cerita opismate i betapa sedapnya makan dekat Restoran Saba ni, i terus ajak hubby pergi Cyberjaya lepas balik kerja. Bayangkanlah punya bersusah-payah i dari KL pergi ke Cyberjaya menempuh jammed yang tak ingat semata-mata nak merasa makanan arab yang diperkatakan opismate i tu *dahsyat-dahsyat*. Kalau tak sedap, memang umpama buat kerja gila kita orang jadinya. Haha.
Location Restoran Saba dekat Cyberjaya ni memang pelik sangat-sangat. Kalau setakat dengar map mulut dari opismate i tu, i rasa kompom i balik rumah dengan perut kosong. Masa nilah GPS Garmin memainkan peranan penting untuk membawa tuannya ke jalan yang benar eh, Jalan Perdana, Cyberjaya. Hehe.
Review / ulasan penuh untuk Restoran Saba, korang picit link sini ---> http://www.reenaonline.com/2013/02/saba-restaurant-restoran-saba-cyberjaya.html
Review / ulasan penuh untuk Restoran Saba, korang picit link sini ---> http://www.reenaonline.com/2013/02/saba-restaurant-restoran-saba-cyberjaya.html
Sampai-sampai dekat Restoran Saba, orang still tak ramai lagik. Dan suasana Restoran Saba ni, korang tak akan rasa macam kejakunan sangat. Maksud i, takdelah macam masuk restoran arab yang lain-lain tu. Yang bila masuk macam nak buat tarian gelek je *tipu je, mana adalah! Haha*.
Tengok tang menu dia, i dah pening kepala mana satu nak pilih? Nampak semua sedap-sedap. Cuma yang i ingat, kawan i ada sebut pasal 'Kabsah' dengan 'Mandi'. Eh, bukan Mandi Pagi ye kengkawan. Mandi Hadas lagiklah bukan. Hohoho. Ni menu Ayam dengan Kambingnya yang Mandi. Perut pun dah keroncong, so i dan hubby pilih 2 set untuk Kabsah Lamb (1 = RM15.00) dengan 2 set untuk Kabsah Chicken (1 = RM10.00). Lepas tu buat tambahan Nasi dengan Sup Kambing. Semua order ni kita orang bungkus untuk makan dekat rumah.
Sementara nak tunggu order siap, i try rasa air Bavaria perisa epal dekat sini. I pernah terbaca dekat satu blog pasal bestnya air Bavaria ni. So alang-alang dah sampai, nilah masanya kita mencuba segala makanan/minuman baru. Rasa air Bavaria ni, umpama macam minum air sparkling Ribena. Cuma dia perisa epal je.
Macam mana pun, i nak puji sangat-sangat servis Restoran Saba dekat Cyberjaya ni. Pantas betul! Tak sampai 10 minit semua order dah siap. Air yang order tu pun tak sampai separuh minum. Macam tau-tau je i dan hubby kelaparan, nak balik rumah cepat-cepat. Haha.
Sampai je dekat rumah. Dah tak toleh kiri-kanan lagik dah. Semua mengadap makanan dengan rakusnya. Tapi dalam sibuk makan tu, tak habis-habis kita orang dok cakap perkataan yang sama, "sedapnya!" Dan disebabkan kesedapan yang melampau tu, i sampai tak sempat nak tangkap gambar-gambar makanan semua. Habis licin pinggan mangkuk kita orang hari tu. Tapi i nak ingatkan dekat korang, kalau pergi Restoran Saba, korang kena make sure perut tu sehabis kosong sebab Nasi dia memang penuh satu pinggan besar. Time perut macam ala kadar je lapar, i rasa kompom i tak habis makan. Haha. Nasi dia memang perfect, lembut sangat. Termasuklah isi kambing dengan ayam, lembut gile! Tak payah nak kunyah over-over macam sesetengah restoran lain *nama dirahsiakan. Haha* Dan yang paling i suka cili tomatonya. Sedap sangat! Memang keputusan pergi Restoran Saba haritu memang tak mengecewakan, mengenyangkan lagik adalah. By the way, i rasa harga makanan dekat Restoran Saba ni memang affordable dan berbaloi-baloi berbanding dengan restoran arab yang lain. Murah + Sedap = Datang Lagi dan Lagi. Hiii~
Untuk korang yang tak pernah sampai lagik. Bawah ni i sertakan dua alamat cawangan Restoran Saba (Saba Restaurant):
Cyberjaya
4800 Suite 0-2, Ground Floor
Block A1, Jalan Perdana
CBD Perdana, Cyberjaya
63000 Selangor.
Tel: [03] 8320 2544
Kuala Lumpur (KL)
1-01 Dataran Jelatek
Jalan Jelatek, Setiawangsa
54200 Kuala Lumpur
Tel: [03] 4251 2592
Fax: [03] 4251 2590
Tak pun korang email pertanyaan korang dekat enquiry@saba.my *mana tau nak tanya resepi ke? Hehe*
p/s: Owner Restoran Saba takde voucher free ke untuk i? Habis dah i promote restoran u bukan dekat family i je, ni hah, satu internet i promote *sengih kerang comel*. Ok, cukup bulan nak datang lagik. Mekacih sebab masak makanan yang sedap.
ape mandi?aduyai kelakarlah plak!
ReplyDeletewah kat sini pun ade masakan arab iyer...rasenye restoran saba ni ade masuk tb ..oh iye..jln2 cari makan!
nanti trun sana,
ReplyDeleteWAJIBlah wanie pegi mencubanya.....
@Uchi kay-f @hmad berlambak sebenarnya makanan arab dekat Malaysia ni. Cuma antara murah dengan mahal je.
ReplyDeleteMemang wajib sesangat @Cik Wanie Ghani :)
ReplyDeletetadi kan mun ada kasi komen. xtau la lepas ke idok... hehehe.. apa pun mun xpernah lagi pegi sini... nak pergi asikkkkkkkk xjadi T_T
ReplyDelete@Bulan Bintang Don't worry, comment Mun memang lepas. Hehe. Awaiting Moderation gitu. Ish, kena pegi jugak tau makan dekat sini, kan family Mun dah penah datangkan? So, kali ni Mun belanja dorang makan dekat sini. Amacam? *wink
ReplyDeleteiyeke berlambak?tgk tu kak reena cume list 2 alamat je...bhahaha..
ReplyDelete@Uchi kay-f @hmad Akak mention makanan arab lah... Bukannya Restoren Saba -______-" Ada paham?
ReplyDeletemmg terbaek food saba nie sis...
ReplyDeletei slalu terjah yg kat jelatek je...
dekat skit...
nak try rawsha nanti one day...
jauh sgt nak p sana..sy org utara.hehe..
ReplyDelete@rasp Kalau try Rawsha, janganlah lupa orang tingkat 16 tau sis. Hehe
ReplyDelete@Puan Kutu Eh, eh Puan Kutu is here lah *hepi*. Tq sudi jengah kita. Takpe Puan Kutu, mai datang KL. Hang jangan lupa habaq Cheq noo...
ReplyDelete@Reenaops suri,haahlah...astaga jari tertaiplah kak..jgn mrh nnti kena jual...
ReplyDeletereena. kat dataran setiawangsa dah ada cawangan saba' ni la. awat ko pegi yg jauh2 nun. tapi mmg best la kabsah lamb dia. teringat2 sampaihari nih. try la juga vimto. adeh...menaip ni pun dah melelh air liur ni
ReplyDelete@Uchi kay-f @hmad Haha, tak marah geram je. Ni komen kompom tak baca habis ni kan?
ReplyDelete@Ied @ May Kawan aku nilah (nama dirahsiakan. haha). Bila aku tanya ada cawangan lain tak, dia kata setahu dia dekat Cyberjaya je. Bila aku cerita dekat orang lain betapa sedapnya makan dekat Saba, Cyberjaya ni. Terus dorang cakap macam kau cakap nilah. Tapi Ieda, bila dah makan dekat Setiawangsa ni (walaupun sedap) tapi paling sedap tetap dekat Cyberjaya lah. Kejap lagik, aku nak pergi ni Ieda. Aku kem bau kat kau k.
ReplyDelete