Blogger templates

Oct 6, 2011

Nikon D5100

Hari tu masa bulan Puasa *haha~haritu lah sangatkan?*
Teringin sangat nak beli kamera jenis DSLR ni.
Bila tengok orang lain tangkap gambar biasa pun boleh jadi amazing sangat bila pakai DSLR ni, so mulalah bercita-cita nak beli satu jugak.

Memandangkan hari raya pun nak dekat, perasaan nak bergambar sakan dengan family pun mula membuak-buak *al-maklumlah semua pakai baju barulah katakan* dan ditambah pula dengan kedai kamera yang berebut-rebut bagi offer menarik gile. Buat mata i mula tak senang duduk diam. Gila sekejap jugaklah jadinya. Hehe.

Niat survey pun dah bertukar terus jadi Terkam! Haha. So, i ajaklah hubby jenjalan dekat Low Yatt. Memang hati waktu tu dah nekad nak pilih Canon 600D. Tapi yang peliknya ada je benda-benda yang buat i macam memang takde jodoh dengan Canon 600D. Sebab apa? Sebab, bila dah puas hati dengan price yang kedai tu tawarkan tetiba takde stok pulak. Bila tanya kedai yang lain pulak, free gift yang dia bagi tak menarik pulak.

Entah macam mana sampailah i dekat satu kedai ni, ikutkan waktu tu kita orang tinggal nak buat payment je. Tapi cina kedai tu, boleh buat soalan best dekat i dan hubby. Soalannya, "kenapa u pilih produk Canon?" I terdiam waktu dengar soalan dia. Dalam hati i, i pun tak sure kenapa i nak pilih Canon maybe sebab i tengok ramai photographer pro gunakan Canon so i pun nak pakai Canon jugaklah. Dan penyanyi kesayangan i, Yuna pun pakai Canon! Last-last i tanya dia balik, "kenapa Canon tak bagus ke?" "Eh, bukan tak bagus tapi kalau u biasa dengan itu kamera DSLR memang tak jadi masalah." Tapi waktu belek-belek Canon serius i mengaku. I jadi blur sekejap. Nak picit apa pun tak reti. I macam diserang fobia. Haha. Lepas tu cina kedai tu explain dekat i. Through experience dia, dia lagik suka pakai Nikon. Lagipun Nikon sekarang ni dah keluar model baru D5100. Model ni adalah model pertengahan / intermediate, maksudnya di antara model Nikon yang jenis high end dan yang jenis biasa. So, dia boleh capture gambar sama hebat macam kamera D90 tapi dalam range harga yang berpatutan. Ok, i dengar dah excited :) Then, i mintak dia keluarkan satu model Nikon D5100 untuk i tengok. Macam tak percaya, i terus jatuh cinta waktu test, try, tangkap & tengok. Dah la camera button dia user friendly habis. Bila kita tak paham dengan satu-satu butang pada kamera tu, toksah suspen atau nak kena bukak manual balik. Korang boleh picit je tanda soal (?) dekat kamera tu sendiri. Dia akan explain apa function dekat menu kamera tu. Best kan?




Boleh ambil Movie.
Skrin belakang boleh tutup.
Then boleh buka dan boleh pusing (flip) untuk memudahkan ambil gambar sama ada atas lantai dan di tempat yang ramai orang.

Dan yang kelakar tu, dan-dan tu i terus tukar decision beli Nikon D5100. Haha. Hubby i layankan aje :P Balik-balik dari beli Nikon D5100 barulah i bukak internet cari info pasal Nikon D5100 *terbaliklah pulak, orang sebelum belilah cari info*. Dan i boleh tersenyum lebar sebab keputusan i pilih Nikon D5100 memang tepat sebab Nikon D5100 menang score 95 daripada Canon 600D yang cuma 68 aje. Eh, i cerita score bola sepak ke? Hehe.. tak-tak, score perbandingan di antara Nikon D5100 dengan Canon 600D. Korang boleh tengok ulasan comparison ni dekat link bawah.


By the way, pada pendapat i yang buat Nikon D5100 ni lagik menang besar dari Canon 600D ialah tang harga dia yang murah sedikit berbanding Canon (sikit pun beza RM100 jugak tau). Untuk free gift, i siap dapat original camera bag Nikon, SD Card dan Tripod. Complete untuk nak guna sempena raya.

Untuk sesape yang nak berkenalan dengan Nikon. Bolehlah tengok website ni

Yang nak tahu details pasal Nikon D5100 bolehlah tengok dekat sini pulak

Dan yang buat i double excited sangat, even just baca manual guide Nikon D5100. I dah boleh capture picture like a pro *ceh-ceh*. Dan yang best tu, walaupun kengkadang i cuma guna set AUTO tapi hasil gambar yang jadi memang mabeles "marvellous". Tau tak apa yang 1st thing i belajar bila dah sampai rumah? Tangkap gambar Danish meloncat ala-ala terapung. Haha. Ok, nanti i tunjuk dekat you all k. Memula ni i bagi info pengenalan dulu pasal Nikon D5100. Hehe. Lagipun entry ni di request oleh CikMin, kakak blogger kesayangan i.

KEMASKINI / UPDATE TERBARU : Nak baca entry berkaitan dengan Aksesori Kamera, Buku Fotografi dan lain-lain lagi, korang bolehlah klik link dekat bawah :-

http://www.reenaonline.com/2012/01/tips-apa-yang-perlu-ada-selepas-membeli.html

http://www.reenaonline.com/2012/02/kegunaan-mode-dial-mode-dial-function.html

http://www.reenaonline.com/2012/04/nikon-lens-hood-nikon-remote-control.html

http://www.reenaonline.com/2012/01/buku-digital-fotografi.html


Jom tengok Youtube mengenai Nikon D5100. Confirm korang pun jatuh cinta.



p/s: sesape yang ada pengalaman pasal DSLR dan nak sharing info, silalah jangan kedekut dengan i. Mekacih! :)

13 comments:

  1. Kepada mereka yang dah bagi komen sebelum ni. So.. sorry application komen sebelum ni ada problem sikit. So kita jawab secara ringkas k :)

    Uchi-kf - rasanya awak dah baca komen reply yang bagi kan?

    Ratna - Kalau kita dekat tempat awak, kompom kita taknak berenggang dengan Nikon D5100 sebab banyak pic menarik boleh tangkap :)

    Tny - Hehe~time jumpa awak tu, memang Nikon D5100 ni baru lagik. Sebab tulah asik bergambar sakan je.

    Cikmin - Nanti dah beli jangan lupa tuit-tuit tau <3

    Fizah *sory taksure nama, tapi thanks sebab sudi tinggal komen tau - Harga Nikon D5100 lepas session tawar-menawar = RM2,480.00

    ReplyDelete
  2. nikon or canon both are the same.. DSLR jugeee.. bukan pasal kamera its all about passion.. selamat bermain2x ngan toy baru ini..nnti senang2x kita kuar la amik gambar bersama2x.. :D oh amik gambar anak2x akak yg comel pastu upload byk2x tau..

    ReplyDelete
  3. @Bulan Bintang A'ah betul tu. Kalau tak minat dan taknak study asas ambil gambar. Buat apa style ambil gambar pun still nampak gitu-gitu je even pakai DSLR tahap tertinggi :) Best jugak idea keluar sama-sama tu, tulah bila kita dapat jumpa in real world kan? Rasanya dah 3 tahun kita kenal. First kenal, Mun belikan akak eraser. Hehe *sronok!

    ReplyDelete
  4. bestnya....tingin gak nak rembat dslr nie sis...
    tapi maheiiiiii....
    lepas nie harus gambar uols mantopsss...

    ReplyDelete
  5. @rasp haha~mekacih sis. Alaaa~ sis tu bukan tak boleh rembat pun, saje lah tu. Malas beli :)

    ReplyDelete
  6. best la bole record video kan.

    ReplyDelete
  7. kite same lah..semalam g survey2 ngn hub..trs sambar nikon d5100..ktrg nh beginner user..so terpengaruh bli segale accessories die... total sume rm3500 ( battery grip, xtra battery 1, tripod, filter, hood, remote, sd card 16G, cleaner, screen protector tebal) huh..asal budget kitorang 3k je..tak tau lah byk bende extra nk tambah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh... sekali beli biar puas hati kan awak? Hehehe... Kalau ada budget apa salahnya. I mampu beli sikit-sikit je dulu :)

      Delete
  8. Berapa RM Nikon D5100 ni Reena?

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM2 ribu ke atas. Tak pun tengok dekat link bawah ni ok :)

      http://www.nikon.com.my/en_MY/product_details.page?DCRPath=templatedata/en_MY/saleable_product_information/data/Digital%20SLR%20Cameras/D5100.xml&CategoryID=gp11zl1l

      Delete
  9. psstt: google pasal D5100, jumpa entry ni.. eemm.. menarik.. ai masih baru dengan DSLR.. orang beli ai pun nak.. sudahnya dapat.. ;) tapi sampai la masih tak reti guna.. wakakaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu awak. Pssttt... Kita pun sama sebenarnya... Kihkihkih...

      Takpe kita belajar sama-sama guna kamera D5100 ni k. Kalau ada apa-apa knowledge yang boleh saya kongsikan. Nanti saya kongsikan lagi :)

      Delete
  10. puas aty ke pkai D5100 nie???
    coz sy bru nk pkai..mntak pndapat je la..

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)