Hari ni i nak story pasal tempat shopping yang paling happening dekat Kuala Lumpur ni. Especially untuk kaum-kaum Hawa a.k.a Perempuan. Kaum-kaum Adam a.k.a Lelaki sila sumbangkan duit je. Hehe. Tempat ni cuma muncul setiap minggu, hanya pada hari Jumaat dari pukul 11:00 pagi sampai pukul 2:30 petang je. Kecuali kalau hari Jumaat tu public holiday, barulah tempat ni takde. Ish, macam suspen je bunyinya kan? Tempat happening tapi muncul time-time orang pergi sembahyang Jumaat. Dan kalau ada kaum Adam dekat situ, sah-sah kita tau dia tak sembahyang Jumaat masa hari tu *haha. Maybe uzur kot :P*
Ok, tak nak bagi suspen lebih-lebih. Nanti korang tension. Hehe. Actually tempat ni lebih kurang macam Pasar Malam jugak, cuma orang tak panggil dia Pasar Malam. Orang panggil dia Pasar Siang atau Pasar Jalan Tengah. Lokasinya di sepanjang jalan di Jalan Tengah, di antara Bangunan MAS, Bangunan ING, Bangunan Affin Bank, Bangunan Lim Foo Yong dan St Mary Residences (dulu Sekolah St Mary). Sesiapa yang pernah sekolah dekat St Mary rasanya tau sangat-sangatlah location Jalan Tengah ni.
Tengok tu, semua muka bersemangat walaupun hari panas! Terkam!
Dekat sini umpama macam syurga untuk kaum Hawa sebab segala macam barang terjual dekat sini. Harga pun murah-murah. Murah yang macam mana, murah yang sampai korang tak tau nak spend duit korang nak beli yang mana satu. Sebab i pernah shopping baju anak-anak i cuma harga RM5.00 sehelai (bukan baju secondhand tau tapi baju yang kena reject). Nak cari segala macam tudung pun banyak dekat sini. Dari tudung syria, siti, pashmina, shawl pun start dari harga RM5.00. Kalau korang memang handal bab tawar-menawar, baju RM20.00 pun boleh beli RM15.00. Baju dress kanak-kanak ala-ala princess pun ada yang RM20.00. Kain Cotton Korea untuk buat baju kurung pun ada jual dekat sini. I tak ingat harganya tapi kalau tak silap i harga untuk 4 meter = RM60.00. Baju inner yang kebiasaan orang jual RM15.00 dekat luar tapi dekat Jalan Tengah ni cuma RM10.00 je *best kan? best kan?* Baju tidur yang jenis macam kain t shirt tu pun ada. Siap ada gambar kartun lagik. Kalau nak mimpi yang comel-comel bolehlah pakai bawak tidur. Segala macam kek, kuih, makanan yang sedap-sedap pun ada jual dekat sini. So, korang takkan kelaparan waktu bershopping tu. Agak-agak kalau tak suka beli makanan tepi jalan, korang boleh pergi dekat The Weld je. Dekat situ ada Secret Recipe, Subway, Mc Donald dan Domino's Pizza. Food Court pun ada jugak dekat tingkat 4.
Amacam teruja tak dengan story i? Ikutkan banyak lagi barang-barang yang terjual dekat sini (tak larat nak cite satu per satu tau). Better korang pergi intai sendiri. So, ladies agak-agak kalau dah tak tau nak shopping mana waktu hari Jumaat tu (maklumlah rehat panjang kan? Tihihi). Jom ikut i shopping dekat Jalan Tengah. Shopping budget gitu *i like*.
p/s: Kalau rajin, nanti i tepek-tepek gambar apa yang i shopping dekat sana k. By the way, Jalan Tengah ni dekat dengan area office i (once upon a time).
tunggu kak reena upload pix baru teruja kot!
ReplyDeletemmg suspenlah !!!
hye :)
ReplyDeletemurah2 nyer..nak cari pashmina la..
@Uchi kay-f @hmad Orang lelaki nak suspen apenya. Hehe. Kalau barang kete suspen lah kot.
ReplyDelete@Tihara Dear, harga pashmina baru RM10.00 kat situ tau :)
ReplyDelete@Reenasuspen sbb keluar duitlah kak oitt..
ReplyDeletebtw komen ape tadi?sume lepas je ade 2 komen tue...danke iya!
@Uchi kay-f @hmad Ehem... suspen sebab kena keluar duit? Sape yang mintak tu?
ReplyDeletesaya pun minat benda2 comel mcm ni, tapi cuma suka tengok je, nak kumpul tak lg. :)
ReplyDeleteops, sori yg tadi tu nak komen kat pemadam comel2 tu, tp tersalah masuk komen entry lain lak, hehehehe.... sori yer.
ReplyDeleteselamat berkenalan tuan rumah. ;)
@ceywie Hehe. Seronok kan tengok benda-benda comel ni. Boleh buat kita jadi muda 10 tahun lagik.
ReplyDelete@ceywie Haha~ takpe-takpe kita paham. Kita pun kadang-kadang pun macam gitu jugak. Anyway thanks for visiting here. Salam kenal jugak :)
ReplyDelete