Ini adalah sticky note untuk memberi laluan kepada contest yang i join sehingga 17hb Okt 2011. Sila turunkan cursor ke bahagian bawah entry ini untuk entry-entry terbaru ya. Mekacih!
Pada suatu masa dahulu, disebuah negara yang diberikan nama Negara Doodle, tinggallah seorang Raja dan Permaisuri bersama puteri mereka yang comel bernama Tengku Puteri dengan aman damainya.
Namun masa demi masa, tahun berganti tahun, menginjaknya usia Tengku Puteri menjadi 20 tahun. Tengku Puteri membesar menjadi seorang yang bergetah, rupawan dan jelita sehingga memukau sekalian alam . Lirikan tajam matanya yang menggoda umpama Ziana Zain, rambut mengerbang lurus bak Aishwarya Rai, mulut mungil tak kalah seperti Angelina Jolie, hidung mancung tercucuk bagaikan Jennifer Aniston dan body melentik 75 degree mengalahkan Paris Hilton. Menjadikan nama Tengku Puteri famous amous seantero dunia. Serba-serbi cukup perfect sehinggakan Negara Doodle yang dulunya tak terkenal, menjadi kecoh dek kemantapan body dan wajah Tengku Puteri
Mulalah nama Tengku Puteri mengambil tempat sebagai topik utama oleh makcik-makcik mesyuarat tingkap di laman-laman sembang mereka. Bahkan Facebook Tengku Puteri juga di LIKE hampir 2,900,765,733 orang . Ada yang nak jadi kakak angkatlah, adik angkatlah, isteri angkatlah dan segala macam angkat . Sampaikan pergerakan dan gambar-gambar Tengku Puteri juga turut menjadi mangsa kepada ruangan blog gossip dan disapu oleh blog-blog jualan sebagai tujuan pelaris . Dahla disapunya gambar Tengku Puteri sedikit share mahupun royalti langsung tak diberikan kepada Tengku Puteri (ish-ish-ish). Mentang-mentanglah Tengku Puteri anak Raja.
Meletupnya kisah kecantikan Tengku Puteri ini menyebabkan ramai jejaka-jejaka yang hidung mancung berdarah, pipi tersorong-sorong juga mengenepikan keadaan jerawat batu mereka untuk menyerahkan nasib mereka di'tackle' oleh Tuan Puteri . Dorongan kuat dari ibu bapa mereka yang berkeinginan bermenantukan Tengku Puteri menjadikan semangat mereka tak pernah luntur seperti clorox . Malah mereka sanggup beramai-ramai mendirikan rumah 'seting garden' dihadapan istana Tengku Puteri hanya untuk menunggu Tengku Puteri keluar ke shopping complex
Kehidupan Tuan Puteri kini tidak lagi aman. Pergerakan Tengku Puteri sering sahaja diintip oleh Papa Jahat a.k.a Paparazzi. Demi membendung gejala yang tidak sihat, Raja dan Permaisuri telah melarang Tengku Puteri daripada menghirup udara luar. Jika mahu sekalipun Tengku Puteri hanya dibenarkan menghirup kopi cap Power Root bagi menghilangkan rasa keboringan yang melanda.
Berita permasalahan dan kesedihan Tengku Puteri akhirnya sampai ke pendengaran Puan Kutu melalui burung Tweet-tweet . Puan Kutu berasa simpati dengan Tengku Puteri dan teringin membantu Tuan Puteri memandangkan selama ini beliau tidak pernah melepak di mana-mana kepala manusia. Mesti syok agaknya kan? Fikir hati kecik Puan Kutu yang memang sedia kecik. Yelah, bukan calang-calang kepala yang dia dapat lepak. Kepala Tengku Puteri tu! Selepas meminta keizinan dari Encik Kutu, maka Puan Kutu pun memulakan langkah perjalanan yang panjang yang memakan masa hampir 15 tahun 7 bulan 49 hari untuk tiba ke istana Tengku Puteri. Pelbagai onak, ranjau berduri dilalui oleh Puan Kutu sepanjang perjalanan menuju ke istana Tengku Puteri . Tetapi itu semua small matter je pada Puan Kutu. Mujurlah juga stok bekalan makanan tidak pernah putus sepanjang perjalanan yang dilaluinya itu. Puan Kutu juga tak perlu meminta-minta, ada sahaja insan yang sudi mendermakan darah sebelum Puan Kutu membuka mulut . Sebenarnya mereka lebih rela menderma darah mereka setitik dua daripada membiarkan Puan Kutu melepak di badan dan kepala mereka (haishh..)
Perjalanan Puan Kutu bukan setakat berhenti di sini sahaja. Apabila tiba di istana Tengku Puteri, Puan Kutu terpaksa mencari pula kedudukan Tengku Puteri di dalam istana. Bayangkanlah betapa besarnya istana Tengku Puteri sehingga Puan Kutu terpaksa menambah destinasi budget eh, perjalanannya menjadi 9 bulan lamanya. Akhirnya, berkat ketabahan dan kesabaran Puan Kutu berjaya menjumpai Tengku Puteri. Dari jauh Puan Kutu dapat melihat Tengku Puteri yang sedang meratap kesedihan (alahai, kesian dia.) Kecantikan Tengku Puteri juga masih tak lapuk dek zaman walaupun dah 17 tahun berlalu. Perlahan-lahan Puan Kutu bertenggek di bahu Tengku Puteri. Alangkah terkejutnya Tengku Puteri kerana ada makhluk lain bersama-samanya di dalam kamar tidurnya. Hampir sahaja Tengku Puteri menjerit histeria. "Siapakah gerangan Tuan Hamba?" Tengku Puteri bertanyakan soalan. "Nama saya Puan Kutu, wahai Tengku Puteri." jawab Puan Kutu.
Setelah menceritakan maksud kedatangan dirinya ke istana bagi tujuan mengurangkan populariti Tengku Puteri . Tengku Puteri dengan senang hati menerima kehadiran Puan Kutu. Dalam pertemuan yang singkat itu mereka menjadi teman tapi mesra. Walaupun kemesraan sudah terjalin, Puan Kutu tak bagi chance langsung untuk negotiate syarat-syarat yang beliau ditetapkan (hamboi Puan Kutu ni, nak tolong pun bersyarat-syarat pulak tau. Nampak sangat tak ikhlas). Ada Empat syarat yang terpaksa Tengku Puteri patuhi untuk memastikan semuanya sukses. Iaitu pertama, Tengku Puteri hendaklah membenarkan Puan Kutu makan, minum, tidur, mandi, berak, cangkung atas kepalanya (euww). Kedua, tidak dibenarkan menggunakan sebarang jenis shampoo pada kepala Tengku Puteri. Ketiga, Tengku Puteri dilarang menggunakan sebarang jenis sikat even sebatang pen sekalipun untuk menyikat rambut ala-ala Aishwarya Rai nya itu walaupun gatal menusuk kelbu dan sanubari. Keempat, jangan pepandai Tengku Puteri mengikut trend-trend fesyen rambut terkini especially skin head . Tengku Puteri juga hendaklah memastikan rambutnya sentiasa dalam sukatan 5 meter panjang bagi memastikan keselesaan Puan Kutu bergolek-golek di atas kepala Tengku Puteri terjamin dan selesa. Sekiranya Tengku Puteri gagal menunaikan syarat-syarat yang dinyatakan oleh Puan Kutu, seluruh keturunan Tengku Puteri akan dijangkiti keturunan Puan Kutu selama-lamanya .
Mendengar permintaan yang simple itu, Tengku Puteri terus mengangguk-angguk setuju dengan pantasnya tanpa menoleh ke belakang lagik. Pada pemikiran Tengku Puteri setakat Puan Kutu nak lepak atas kepala, apalah sangatnya. Lagipun bukan orang boleh nampak pun Puan Kutu disebalik rambutnya yang ikal mayang itu. Yang penting kegiatan shopping beliau di KLCC dan The Garden dapat diaktifkan semula . Setelah bersetuju, Puan Kutu dengan senang hati melanding di atas kepala Tengku Puteri dan memulakan hari-hari indah bersama Tengku Puteri (oh...).
Kini kehidupan Tengku Puteri kembali menjadi tenang dan normal seperti yang diidamkan. Jejaka-jejaka yang dulunya sanggup menunggunya dihadapan istana kini tiada lagi. Semua cabut lari semenjak Puan Kutu bermastautin di kepala Tengku Puteri . Ke mana sahaja Tengku Puteri pergi tiada siapa mengekori. Tiada siapa yang sanggup pandang sebelah mata, inikan pula bertentang mata . Dan tiada siapa pun yang nak berlaga bahu dengan Tengku Puteri. Semuanya get ready nyanyi lagu angkat kaki bila Tengku Puteri berada di situ Blog-blog dan laman sosial pula, tidak lagi memaparkan Tengku Puteri yang cantik jelita tetapi gambar seorang Puteri yang dah sipi-sipi macam nenek kebayan (50 tahun lebih tua dari umur sebenar yang dirahsiakan). Ditambah dengan aroma bau perfume semula jadi dari kepala Tengku Puteri (lebih sikit dari bau kambing) menyebabkan Tengku Puteri mempunyai pakej lengkap bagi memastikan sesiapa yang berada pada jarak 10 meter dengan dirinya mengalami muntah hijau .
Demi menjaga sebuah persahabatan dan ikatan perjanjian di antara Puan Kutu dan Tengku Puteri. Maka Tengku Puteri dan Puan Kutu menjadi BFF selama-lamanya . Mereka gemar menghabiskan masa shopping, berFacebook, mandi water park dan bergambar bersama-sama. "Friendship never dies!" Kata, Tengku Puteri bila disoal oleh wartawan Melodi, kenapa beliau memilih Puan Kutu berbanding kehidupan gila glamour sebelum ini.
The end.
Demi menjaga sebuah persahabatan dan ikatan perjanjian di antara Puan Kutu dan Tengku Puteri. Maka Tengku Puteri dan Puan Kutu menjadi BFF selama-lamanya . Mereka gemar menghabiskan masa shopping, berFacebook, mandi water park dan bergambar bersama-sama. "Friendship never dies!" Kata, Tengku Puteri bila disoal oleh wartawan Melodi, kenapa beliau memilih Puan Kutu berbanding kehidupan gila glamour sebelum ini.
The end.
Contest ini adalah anjuran Tengku Puteri & Puan kutu dan hadiah utama di taja oleh tetikusrusak.net
p/s: Dah lama tak join contest dan merepek camgini. Suka contest ni sebab lain dari yang lain. Hehe. So, kengkawan , jom join reramai. Detail contest sila click dekat sidebar i k.
HOHOHO..GUD LUCK SIS..MENARIK..LIKE2
ReplyDelete@MizaShoppe Thanks a lot dear! :)
ReplyDeleterajennye kakak ni join contest ekk!
ReplyDelete*wah suke iya lagu vierra tu..boleh dunlod dr link kat blog sya tu okeh!
"jgn pergi pergi lagi.."
(say what) x2 ohsemmmm....
haha lawak2..kreatif kisah dongeng nie.tq join yer..gudluck..:)
ReplyDelete@Uchi kay-f @hmad Sesaje cuba nasib dik oii. Hehe. Dah dunlod dekat henpon sebenarnya :)
ReplyDelete@Puan Kutu Mekasih datang jenguk ye Puan Kutu :)
ReplyDeletehahahaha...kreatif la reena..sorry ye lmbt terjah...heee..sy datang menilai...terima kasih meriahkan suasana..gud luck...=)
ReplyDelete