Blogger templates

Oct 16, 2011

Shihlin Taiwan Street Snacks

Agak-agak korang tau tak tempat favourite i lepak-lepak dengan hubby bila balik kerja? Apa Ikea? Haha... tu jelah status update yang korang akan jumpa dekat FB i tepat pukul 6:00pm. Takde, ni takde kaitan dengan Ikea. Ni berkait rapat dengan perut. Huishh~perut? Haha... macam suspen pulak eh? Bak kata orang dulu-dulu, 'Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati'. So, kalau dah sebut perut tu paham-paham je nafsu makan sedang membuas. Aumm!

Nama tempat makan yang i nak perkenalkan dekat korang ni ialah Shihlin Taiwan Street Snacks. Tak payah sampai nak kena pergi Taiwan sebab nak merasa makanan ni. Korang boleh menuju ke Ikano Power Centre, Kota Damansara dekat Level P1, sebelah ATM machine Maybank, RHB dengan CIMB. Bagus sangat location tempat makan ni kan? Takde alasan untuk korang katakan, takde duit atau tak cukup duit (para gadis sunti sila beri perhatian kepada boyfriend masing-masing. Hehe). Kalau korang nak tau, rupa kedai makannya pun macam stall / gerai tepi jalan yang biasa kita tengok. Cuma class sikitlah sebab gerai dia dekat dalam Shopping Complex, siap ada aircond. Haha.

Sebelum ni dah banyak kali i ulang-alik depan kedai Shihlin ni tapi tak pernah pulak teringin nak singgah sini. Sebab apa? Sebab waktu tu macam confuse kedai ni Halal ke tak? Dah tu, tak perasan pulak ada orang melayu makan dekat situ ke tak? Jadi, waktu tu memang tak masuk dalam list favourite kedai makan i lah. Sampailah satu hari tu, i perasan ada orang melayu makan dengan rakusnya dekat situ. I pun tanyalah hubby i, "eh, kedai makan ni halal eh sayang?" Soalan punyalah innocent kan? Lain kali cuba jenguk-jenguk sikit. Kalau dari dulu lagi i tau kedai ni halal, confirm dari dulu jugak i dah jadi regular customer Shihlin ni. Hubby i pun jawab dengan kerut-kerut dahi, "memang halal pun. Sayang baru tahu ke?" (sayang + sayang = lebih sayang. Tetiba keluar formula pulak. Haha. Layan).

Memang sah, ada logo Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam dekat kedai tu. Haishh~ kenapalah i boleh tak perasan selama ni. Lain kali bentang logo besar-besar alam sikit. Senanglah i nak pandang (tak pasal-pasal salahkan logo. Haha). Bila dah tak timbul perasaan ragu-ragu lagik. Jadi, bolehlah i menikmati makanan dekat sini dengan suka hati (yeay!). Barulah kena dengan pepatah orang dulu-dulu yang i cakap tadi.

Antara makanan yang selalu i order dekat sini ialah XXL Crispy Chicken (angkat dua ibu jari kaki eh, tangan. Ayam dia tanpa tulang. Macam ala-ala Chicken Chop tapi lagi best! Tapi jangan pulak korang bayangkan saiz dia macam baju saiz XXL. Ho-ho-ho pengsan!), Sweet Plum Potato Fries (ni pun best. Selalu korang biasa makan kentang goreng kan. Haa, yang ni keledek goreng tapi sama pattern macam kentang goreng), Happy! Rice Box Set (gambarnya korang boleh tengok dekat bawah k. Set ni termasuk dengan air sekali. Save budget gitu) dan Seafood Tempura (kalau orang melayu panggil Keropok Lekor. Haha. Tak percaya, cuba order). By the way kan air soya V-Soy dia sangat lazat dekat sini!

inilah dia, Happy! Rice Box Set. Dap-dap

Belah kiri tulah XXL Crispy Chicken (hamboiii)

Tanda halal ada di gambar tengah, dekat dinding putih

Sweet Plum Potato Fries



Nak tahu menu dan alamat Shihlin Taiwan Street Snacks ni, korang boleh tengok dekat link bawah ni. Selain tu, korang jugak boleh like FB Fanpage Shihlin ni dan jadi dorang punya kipas-susah-mati (die-hard-fan).



p/s: Entry ni di request oleh Uchi. Penat dah cerita ni, kalau dia tak pergi try makan dekat sini. Siaplah... haha...


21 comments:

  1. hihihihi *bce entry sambil senyum yg panjangggggggg*

    bagusnye boleh plak mesin ATM dekat2 dgn restoran ni...*mmg suh nk kopak duit ni*

    nntilah ajak wife *ehem3*...hihihi

    terima kasih wahai mak budak@kak reena..

    p/s:-baru sedar saya berbakat rupanya dlm bab teda updated blog .......lalala

    ReplyDelete
  2. komen refer dekat entri yg tersalah komen tu bole?
    tapi seyes nak try~ hahaha

    ReplyDelete
  3. uhukx2...akak reena oit mak budak!

    tahniah,menang contest mari bercerita..

    *pesal gwa yg ekcited ni* hihihi..

    xsangke lah pantun tu sgt ohsemmm!

    tahniah byk2..ingat nk pau adiah..xperlah sile delivery pau color pink iya for my besday 19 oct..

    okeh daa gtg!
    *senyum yg pjg*

    ReplyDelete
  4. thx dear sbb join contest and congratz for the winning! nanti kitaorg buat entry khas punya khas utk ko! =) tungguuuuu ^^

    street snack ni aku suka ayam crispy dia.seyes sedap weh! pastu skali mkn rs nak mkn lg dan lg haha. diaorg ltk dadah ke pe ni???hahaha

    ReplyDelete
  5. aku jarang pegi area tu. malas.tp tmpt cam best je. tp weekend nak pegi library selangor kat shah alam tu. lawo...

    tak pecaya ke memang. hahaha.patun ko ohhseemmm.sbb tu menang. =D

    ReplyDelete
  6. same2 bunga ! *senyum* alahai terharu sbb menyempat diri view blog sya taw mak budak..
    keje bagusx2 arr bunga taik ayam..bhahaha LOL

    ReplyDelete
  7. nmpk cm x menarik je makanan dia..hehe


    btw..tahniah gak kt kita dua sebab menang mari bercerita..haha

    ReplyDelete
  8. baca pun dah tau sedap.malangnya tak berapa nak dekat..:)

    ReplyDelete
  9. where r u beb. bizi ke.

    ReplyDelete
  10. first time dgr psl kedai ni..huhuu

    ReplyDelete
  11. hadiah ko bebeh.

    http://juestan.blogspot.com/2011/11/hot-mama-reena.html

    ReplyDelete
  12. reena, ni emel aku. novyani@gmail.com

    ReplyDelete
  13. bagi latest pix cepat tau.

    ReplyDelete
  14. Good morning!

    I'm currently on a look out to engage mommy bloggers for a client of mine and I came across your blog.
    We are seeking to engage mommy bloggers for paid advertorial write-up for a milk client, which will be kick-starting their campaign soon.

    Would you be keen to further explore the possibilities of working together?

    Do hope to hear from you soon!

    My email is jaclyn@sirens.my

    ReplyDelete
  15. kak reena !!!!!!!!!!!!

    ke mane anda menghilang, apepun hrp sihat wal afiat di samping keluarge tercinta...

    *did u use "tudung" ? omg! if true, i'm grateful..

    ReplyDelete
  16. @Uchi kay-f @hmad haha, yup! i'm here. Busy sikit sekarang ni. Dan betul, akak dah berimej baru, cuma tak reveal je lagik dengan kengkawan blogger :)

    ReplyDelete
  17. @Reena:wah,klu benar bagai dikata,saya tumpg gumbire!

    tak tahu nk kata ape,cume..hope kak reena gumbire ape yg anda lakukan itu..6-*

    ReplyDelete
  18. Halal ker shihlin taiwan ni??sy gi booth dia xde logo halal pun..dalam direktori jakim pun xde..perbetulkan jika saya silap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya pada gambar ketiga (yang last sekali. Boleh klik pada gambar untuk tumbesaran) di belakang lelaki tu ada tanda logo halal yang dipamerkan. Terima kasih untuk pertanyaan :)

      Delete
  19. bukan nk kata xhalal..tp kita sbgai umat islam pon xtaw cmna dia masak dan sbgai nya..apa pon hati2 la ye..skadar pandngan seorang muslim yg bukan sesiapa..sbb ade bnyk kes da pasal logo..tu yg musykil je..kalau bole elakkan la makan di tmpt yg was2..hhuhu..ape pon sy harap kedai ni mmg da di iktiraf halal oleh jakim,,wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu setuju. Cuma kalau betul ada masalah dengan mana-mana kedai makan / restoran yang memaparkan logo halal yang meragui sepatutnya Jakim ambil tindakan segera. Lagipun mereka lebih arif kan? Macam mana pun terima kasih untuk komen ini :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)