Blogger templates

Jan 8, 2012

[Gambar] Melaka : Jonker Walk / Jonker Street / Bangunan Merah / Tapak Baru Tinggalan Portugis

Gambar ni di ambil masa bulan Mei 2011 dan sambungan dari entry Melaka Perfect Homestay i yang ceritakan sebelum ni. Seronok sebenarnya sekali-sekala berjalan dengan family sampai lenguh-lenguh kaki walaupun cuma berjalan dekat Melaka je kan? (Eh, pergi Melaka je?) Eh, pergi Melaka pun seronok jugak tau (ayat pertelingkahan dalaman. Haha). Takpelah yang penting dapat spend quality time dengan family. Walaupun kerja tu menjanjikan pulangan gaji, tapi family must comes first. Sebab family yang selalu ada waktu kita susah dengan senang. Kerja selalu bagi susah sebab nak menyenangkan company (haha, takde-takde i love my job).

Kalau korang nak merasa ke'happening'an jalan dekat Melaka ni, korang pergilah berjalan dekat Jonker Street atau pun nak lagik stylo panggil Jonker Walk (ala-ala Bintang Walk gitu) especially pada hari Jumaat, Sabtu dengan Ahad. Setiap hujung minggu ni biasanya ada Pasar Malam dekat sini bermula dari pukul 6:30 petang sampailah ke tengah malam. Meriah habis. Macam-macam barang ada terjual dekat sini. Memandangkan dekat sini komuniti melayu nya kurang so, Pasar Malam dekat Jonker Street ni takdelah jual kain ke, tudung bagai. Hehe (i tau, itu yang korang aim kan, waktu datang pasar malam). Takpe, nak beli kain ke, tudung ke, datang je Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tak pun, Jalan Tengah, entry yang i cerita sebelum ni. Hah, dekat situ lagik heaven.

Sebab tujuan asal hanya nak berjalan-jalan. So, i tak beli apa pun dekat Pasar Malam Jonker Street ni. Lebih kepada tengok-tengok je daripada hulur-hulur duit. Hehe. Dengan keadaan orang yang terlampaulah ramai dekat sini, lagiklah buat mood bershopping tu slow down sikit (kalau tak, ada jugaklah yang berkenaan tu. Haha). Macam mana pun i enjoy tengok bangunan, suasana, style Bandar Melaka ni yang cantik je pada pandangan mata i. Klasik dalam keadaan yang moden gitu (power tak penggunaan bahasa i. Hehe).

Tapi yang kelakar tu bila dah sampai Melaka baru teringat, i terlupa bawak the real camera (ada ke patut? Huhu). So, waktu ni, iPhone 4 sangat berjasa merakam detik-detik indah kecantikan bandar Melaka walaupun bateri dah macam nyawa-nyawa ikan je. Apa taknya asyik bukak tutup application camera tak habis-habis. Kalau orang telefon kompom terus die-die-die (ganasnya. Haha).

Selain tu, sempat jugaklah i berjalan dekat dua tapak / kawasan baru tinggalan Portugis yang dijumpai dekat Jalan Kota, berhampiran Balai Polis Trafik Melaka Tengah dan replika Kincir Kesultanan Melayu Melaka di hadapan tebing Sungai Melaka. Besarnya kota Melaka ni kan? Maklumlah takkan nama Malacca boleh muncul dekat map dalam cerita Alice in Wonderland (tak percaya cuba tengok dekat ending cerita Alice in Wonderland tu). Bangga i tau bila perasan nama Malacca keluar dekat cerita tu walaupun bukan asal orang Melaka. Hehe.

Tapikan banyak-banyak bangunan dekat Melaka ni, i paling suka tengok Bangunan Stadhuys. Bila sebut Stadhuys mesti korang tertanya-tanya kan, bangunan apa tu? Hehe. Bangunan Stadhuys tu Bangunan Merah lah. Cuba korang cat rumah warna merah, mesti jadi tarikan kan? Amacam ada bran? Hehe. Mengikut sejarah, Studhuys dalam bahasa Belanda bermaksud Dewan Bandaran, so jangan risau bangunan ni takde nilai-nilai menyeramkan (pepandai je. Haha). Bangunan ini merupakan bangunan pertama yang dibina oleh Belanda pada tahun 1650-an. Dan telah menjadi kediaman Gabenor Belanda dan pusat pentadbiran Belanda hingga awal kurun ke-18. Bangunan ini juga dijadikan pusat pentadbiran Negeri  hingga tahun 1961. Kalau korang nak tahu warna asal bangunan ni ialah warna putih (tetiba tukar color jadi merah pulak, mesti nak bagi ong kot. Hehe).

Panjang pulak cerita i eh, mention dekat tajuk atas gambar je. Haha. Ok, sebelum menguap, marilah tengok gambar-gambar yang i ambil ni. Enjoy!




View kedai-kedai sepanjang jalan di Jonker Walk

Bangunan Merah tu pic yang belah kanan sekali


 Tapak peninggalan sejarah yang baru ditemui di Melaka. Terror la dia orang jumpa :)

Pasar malam Jonker Walk dah start beroperasi. Sesak habis!


2 comments:

  1. sign in je blog pastu nmpk "kak reena", komen apporve terus ke blog ni! sile kembang bulu roma..hihihi

    bukan saje terkezut,pengsan bgn balik taw kak reena! hahaha..just kidding LOL

    besh jln2 ni ekceli dgn family..sya dah pun dah lame x pi cuti2 malaysia...paling2 jauh pi cuti mkn angin pun tulah kota singapore..hahaha


    so,dah kebetulan dh komen ni,sya nk ucapakn slmt thn baru 2012,tak sabar nk tgk imej terbaru kak reena...mesti ohsemmmmmmmm!

    ok daa..sugeng dalu!

    ReplyDelete
  2. @Uchi kay-f @hmad haha, ni kiranya dah bangun daripada pengsanlah ni eh? Fuhh, orang cuti-cuti dalam Malaysia je, dia siap pergi obersi. Lagikla hebat! Hehe.

    Insya-Allah next to the next entry akak reveal. Pengpaham jela, akak kalau taip entry berjela-jela. Haha. Saje bagi muntah orang baca :)

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)