Blogger templates

Jan 15, 2012

Buku Digital Fotografi

Perasan tak? Sekarang ni memang ada banyak buku-buku dan majalah yang boleh tunjukkan kita bagaimana teknik fotografi, cara dan bagaimana untuk menghasilkan gambar-gambar yang cantik terutama sekali dengan menggunakan kamera DSLR. Tak payah pening-pening kepala nak cari dekat mana, korang pergi je ke myNews, kedai buku Popular, Kinokuniya atau MPH. Nak tau lokasi sebenar book store ni semua, korang klik je dekat nama-nama yang i bagitau tadi tu. Semua dah ada direct link ke website dorang. Bila sampai aje dekat kedai buku tu semua nanti, korang duduklah termenung belek satu-satu, mana buku atau magazine yang sesuai dengan citarasa korang. Tapi masalahnya kebanyakan buku-buku dan majalah yang i jumpa semuanya kurang memenuhi citarasa i (hamboi, high taste gitu. Haha). Nak tau kenapa? Antara sebab-sebabnya ialah :-
  1. I bukanlah jurugambar profesional (profesional photographer). Jadi sebagai seorang yang novice (bukan nomad eh.. haha) atau orang melayu panggil amatur lagi, i rasa semua buku-buku atau majalah tu memeningkan kepala i je. Apataknya semua bahasa yang dorang gunakan kebanyakkannya ialah bahasa profesional photographer (adehh). Untuk orang yang still lagik tangan menggigil nak tekan punat shutter ni, even baca berjuta kali pun belum tentulah boleh paham (hu-hu-hu). Maklumlah baru lagik nak berjinak-jinak dengan dunia fotografi, jadi i ni umpama budak tadika yang baru nak kenal A, B, C (eceh-ceh). Tak boleh nak masukkan segala input serta-merta dalam kepala sekaligus. Kena pahamkan satu-persatu dulu kesemua maksud photography terms ni barulah boleh beralih ke style buku-buku macam gini (waktu ni confirm dah jadi profesional dah. Hehe).
  2. Bila dah jumpa buku atau majalah yang menarik, sekali lagik i jadi frust sebabnya info yang i nak tu adalah cuma 3 atau 4 muka surat je. Yang lain-lain tu i rasa tak penting pun i nak tau. Bila dah jadi macam ni, sekali lagik i batalkan niat nak beli. I rasa macam tak berbaloi nak keluarkan duit untuk baca 3 atau 4 muka surat je. Lagipun buku-buku berkaitan fotografi ni bukannya murah-murah, semuanya mahal-mahal belaka (sob-sob, pandang wallet).
  3. Yang part ni lagik best. Buku dan majalah tu bukan main lagi tunjuk macam-macam gambar yang best-best. Hati i dah excited dah, beriya-iya selak satu per satu macam mana dia tangkap jadi macam gitu. Lepas tu adalah dia mention sikit-sikit pasal aperture dengan shutter speed dan bla-bla-bla. Sekali lagik i blur. Dalam hati dah mula membebel, "apa kau merepek ni labu..." (haishh, buku tu explain ringkas pun salah, explain panjang pun salah. Hehe).
Haa... inilah antara situasi yang i hadapi bila nak beli buku atau majalah fotografi DSLR. Krisis habiskan? Haha, mengalahkan crisis identity gitu. Tapi tak taulah orang lain macam mana (ke, i sorang je yang rasa macam gini? Haha).

Habis kalau semuanya tak memenuhi citarasa i. Buku atau majalah yang macam mana i nak ni? I nakkan buku yang gunakan ayat simple dan tak complicated untuk i paham, buku yang ada tunjukkan gambar sebelum atau selepas di edit dengan menggunakan perisian photoshop ke atau terus dari kamera, buku yang ada banyak tips-tips menarik untuk dikongsi berdasarkan pengalaman dorang sebagai jurugambar, buku yang ada terangkan setiap kegunaan alatan tambahan yang digunakan bersama dengan kamera DSLR, buku yang ada banyak penerangan bergambar sebagai rujukan, buku yang kena sangat fungsinya dengan kamera Nikon D5100 i  tu dan buku yang lengkap ada kesemua yang i nyatakan tadi. Agak-agak korang ada tak buku atau majalah yang sama macam apa yang i bagitau tu? Ni, kalau i cakap dengan member-member yang rajin attend photographer class pun boleh pening dorang jadinya (hehe).

Tapi korang jangan terkejut sebenarnya memang ada buku yang macam i bagitau tu dan buku ni i jumpa di Kinokuniya Book Store, KLCC (yeay, tak sangka kan? I sendiri dua kali ganda tak sangka tau). Jadi i cadangkan sangat-sangat buku ni untuk korang yang menghadapi masalah sama macam i. Untuk orang yang nak tambahkan pengetahuan pasal fotografi pun sesuai jugak. Buku yang maksudkan ialah The Digital Photography Book [The step-by-step secrets for how to make your photos look like a pros'!] yang terdiri daripada volume 1, volume 2 dan volume 3. Harga buku ni berbeza-beza setiap volume. Anggarannya ialah antara RM60.00 hingga RM80.00 setiap satu buku. Nama penulis buku ni ialah Scott Kelby dan pada i, dia ni merupakan profesional photographer yang cukup humble. Dia tak kedekut share macam-macam tips dan ilmu yang dia tahu dan yang akan buat korang rasa macam kenal dekat dengan dia ialah cara penulisannya yang sempoi habis (gerenti korang pahamlah) walaupun buku ni dalam bahasa inggeris.

Serius kalau i cakap, buku ni memang banyak membantu i. Dan yang seronoknya, i dah tak rasa segan nak bersembang dengan orang-orang yang terror pasal teknik fotografi. Siap boleh bertukar-tukar idea lagik dengan dorang. Kiranya taklah rasa tersisih macam sebelum ni sebab asyik blur je memanjang. Haha. I rasa memang kenalah sangat tajuk pada buku ni "antara langkah-langkah rahsia bagaimana menjadikan gambar anda kelihatan pro". Walaupun baru baca, i dah rasa macam ala-ala profesional gitu (Haha... gurau jelah. Ye-ye je kan?)

Nak tau macam mana rupa sebenar buku The Digital Photography Book [The step-by-step secrets for how to make your photos look like a pros'!] Haa... Inilah dia.

Buku ni senang korang nak bawa kemana-mana sebab saiz dia compact


Bawah : Isi kandungan dalam buku The Digital Photography Book [The step-by-step secrets for how to make your photos look like a pros'!]






Sekarang ni selain daripada buku dekat atas, i dah ada collection terbaru majalah yang i beli untuk lengkapkan lagik pengetahuan i mengenai dunia fotografi. Magazine keluaran MagBook ni ada bermacam-macam jenis dan yang ada pada simpanan i ialah The Essential Guide to Potraits, The Essential Guide to Outdoor Photography dan The Essential Guide to Landscape Photography. Magazine ni berharga RM24.50 setiap satu di Popular Book Store. Kalau dekat tempat lain i tak sure berapa harganya. Apa yang korang kena tau pasal magazine ni, segala info yang korang akan dapat memang  cukup details terutama sekali mengenai jenis-jenis lensa yang digunakan untuk setiap gambar,  apa jenama alatan / tools kamera yang terbaik di pasaran, bagaimana menghasilkan gambar terbaik melalui pelbagai contoh teknik gambar yang diberikan dan macam-macam lagik. Rupa magazine ni pulak korang boleh tengok dekat bawah ye.

 




Ni antara article dalam magazine. Menarikkan?

Mesti korang tertanya-tanyakan kenapalah i beriya-iya sangat beli semua buku dan majalah ni kan? Sebabnya pada i ni semua berkaitan dengan kepuasan diri. Apa guna kalau beli kamera DSLR tapi cuma setakat ambil gambar biasa-biasa je kan? Lagipun tak salah kalau kita menambahkan ilmu pengetahuan. Macam selalu orang kata tu, "lagi banyak yang kita tahu sebenarnya lagi banyak yang kita tak tahu". So, rajin-rajinlah menimba ilmu pengetahuan (renung-renungkan dan selamat beramal... tihihi).


p/s: Kalau ada buku-buku dan magazine lain yang korang nak share dengan i, jemput-jemputlah bagitau ye. Mekacih.

2 comments:

  1. tul tu sis...
    camera dah ada...
    make full use lah...
    kalo dak baik beli compact camera jer kan...

    ReplyDelete
  2. @rasp takpun baik pakai henpon je ambik gambar lagik senang kan kak. Hehe.

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)