Entry kali ni dan gambar-gambar dekat bawah ialah pada 14hb Mei 2011 iaitu pada Hari Sukan Q-dees , Saujana Utama diadakan (ini tempat Danish menimba ilmu. Hehe). Bila attend untuk Hari Sukan Q-dees ni, terasa betapa lamanya i dah tinggalkan zaman keseronokan kanak-kanak riang (hu-hu-hu). Seronok sangat zaman ni kan? Tak pernah nak fikir apa-apa masalah pun, enjoy je memanjang dengan kawan-kawan.
Hari Sukan Q-dees ni bukanlah diadakan bertempat di kawasan Q-dees tapi diadakan di dewan Sekolah yang berhampiran. Kata principal Danish iaitu Teacher Emy, tujuan Hari Sukan Q-dees ni dibuat dekat dewan sekolah sebab lagik mudah dan teduh, takdelah semua orang muka macam udang kena bakar (ayat belakang tu i yang saje buat nasi tambah tihihi). Jadi, awal-awal pagi Danish dah kena bersiap untuk bersukan (hehehe). Excited je dia bila i sebut hari ni ialah Q-dees Sport's Day, budak-budak lah katakan. Semua benda seronok je pada dia. Kalau suruh orang tua yang pergi Hari Sukan confirmlah serta-merta buat muka lemah (hehe).
Sampai aje di lokasi Hari Sukan Q-dees Danish ni, i tengok ramai ibu bapa yang lain dah berada dalam dewan. Dan kawan-kawan Danish yang lain semuanya dah get ready untuk mulakan upacara Hari Sukan. Fuhh, nasib baiklah kita orang sampai tepat pada masanya.
Danish mewakili kelas E-Mozart, dan ada 2 games yang Danish kena berentap dengan kelas yang lain. Macam manapun, kelas Danish cuma menang satu games je (takpelah kan, Danish pun baru 5 tahun. Lain kali boleh cuba lagik). Tak salah i game yang Danish menang ialah masukkan air dalam botol. Happy je dia bila dapat hadiah berupa piala comel daripada Q-dees.
Selain daripada perlawanan games antara kelas dengan kelas di Q-dees, aktiviti-aktiviti lain pada Hari Sukan Q-dees ni ialah cabutan bertuah, pertandingan yang melibatkan anak dan ibu atau bapa masing-masing dan part yang yang kelakar pada i bila ada pertandingan perlawanan di antara pasangan ibu bapa di mana bapa kena bawa / dukung ibu di belakang badan mereka (pengsanlah bapa hihi). I dan hubby ada join jugak untuk pertandingan ni tapi kita orang kalah. Haha. Malunya...
Overall i rasa fun untuk Hari Sukan Q-dees ni. Kreatif sangat idea principal dan teacher-teacher Q-dees yang lain sebab adakan aktiviti yang melibatkan semua orang. Jadi takdelah ibu bapa yang datang tu sekadar jadi pemerhati je.
Jom tengok gambar-gambar Danish sepanjang Hari Sukan Q-dees 2011.
Danish dengan muka excited dia |
Paper bag ni untuk mama Danish. Wee.. |
Danish dan group kelas E-Mozart tengah ready nak mulakan games |
Hadiah yang bakal dimenangi |
Danish dapat hadiah "piala" daripada Teacher Marissa |
Danish dengan kawan-kawan rapat |
p/s : haishh, gambar mama langsung takde? Duhh...
best gi sukan anak2...
ReplyDeletetengok gelagat kids kat situ can make us smile jer kan...
cepatnya danish dah 5 year sis....
mamanya maintin chomels forever!
@rasp a'ah kakakku cayang, kejap je masa berlalu kan? Tahun ni Danish dah jadi 6 tahun maknanya tahun depan dah naik darjah 1. Chomel lagik ke kita ni sis? Hehe... Kelakar tau. Chomel tua kot.
ReplyDelete