Ada sesiapa suka makan kek cawan tak dekat sini? Kek Cawan, apa tu?! Hamboii, bila nama melayu tak kenal aje korang ye. Kalau Cupcake kenal tak? Kalau tak kenal jugak, err... takpelah meh sini biar i kenalkan.
Sekarang ni rasanya dah tak susah nak dapatkan cupcake dekat mana-mana pun. Nak beli melalui online boleh, dapatkan terus dekat kedai kek pun boleh dan nak buat sendiri pun boleh. Mungkin sebab rupanya yang comel dan rasanya yang yummy, semua orang jadi excited bila dengar perkataan cupcake. Dapat makan sebiji pun dah boleh buat rasa happy je satu hari (eh, yeke? Hehe).
Jangan terkejut kalau i bagitau yang i bukanlah kategori orang yang suka sangat makan cupcake (aik?! Hehe) Bukan apa, i tengok kadang-kadang sesetengah cupcake tu bahagian toppingnya penuh betul dengan icing. Bila dah namanya icing, korang paham-paham jelah confirm lah semanis gula (mestilah gulakan? Takkanlah umpama garam). Rasanya i lebih prefer coklat / chocolate cupcake daripada cupcake yang ada icing kot. Hehe.
So, kalau ada diantara korang yang suka makan cupcake atau nak lepak dengan kawan-kawan atau family sambil kunyah cupcake. I nak suggestkan satu kedai cupcake yang happening dekat area Uptown, Damansara. Kedai ni, officemate i yang introduce sebenarnya. Sebelum tu, i pernah jugak terbaca pasal pembukaan kedai cupcake ni dekat satu blog (duhh, dah tak ingat blog mana satu). Sebab blog tu pun tak bagi lokasi tepat pasal kedai cupcake ni, jadi naluri excited i takdelah membuak-buak sangat nak pergi (hamboi! Tihihi).
Macam mana pun, akhirnya i terpengaruh jugak pergi ke kedai cupcake ni gara-gara cerita daripada officemate i sendiri. Yelah kalau tak cuba mana nak tau best ke tidak kan?
Kedai cupcake ni namanya ialah Wondermilk Cafe (ingat! Bukan Wonderpet tau. Hehe). First impression bila tolak pintu masuk ke dalam Wondemilk, i dah tunjuk muka kagum dalam excited. I suka sangat dengan konsep interior (hiasan) yang ada dalam Wondermilk. Cantik, kreatif, comel, cosy, art dan lain dari yang lain. Nak duduk lama-lama pun rasa seronok je. Macam tak nak balik pun ada jugak. Haha.
Kalau korang nak tau Wondermilk mempunyai tiga lokasi yang terletak dekat alamat di bawah :-
+Wondermilk Damansara Uptown
41, Jalan SS 21/1A Damansara Utama
47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel: 03-77258930
+Wondermilk Citta Mall
Lot G-48, Citta Mall, Jalan PJU 1A/48
Ara Damansara
47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel: 03-78317296
+Wondermilk Publika Shopping Gallery
7A & 8A, Level G2 Publika
Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1
50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-62111092
Wondermilk dibuka setiap hari, dari pukul 9:00 pagi hingga 10:00 malam.
Dan hanya tutup pada cuti umum (public holiday) (alaa... buka hari-hari tak boleh ke?)
Selain menyediakan pelbagai jenis cupcakes untuk digigit, Wondermilk turut menyediakan hidangan seperti kek, kopi, sandwich, baked potato, burger, breakfast meal dan snack. Setiap menu berbeza untuk setiap lokasi. Contoh kalau menu dekat Uptown, Damansara (tempat yang i pergi), korang boleh tengok menu dan harganya macam dalam gambar di bawah. Atau untuk lain-lain menu korang boleh check dekat link sini ---> http://www.ilovewondermilk.com/Wondermilk/+Wondermilk___Menu.html
Teringin nak order / tempah cupcake dengan Wondermilk sebab nak buat birthday party ke, untuk hantaran ke, hadiah untuk yang tersayang ke atau lain-lain. Syarat-syaratnya, kena belanja i makan dulu. Eh, hehe... tipu je. Korang picit link ini ---> http://www.ilovecuppacakes.com/Cuppacakes/Cuppacakes___Ordering_Information.html
Lepas tu meh rambang-rambang mata pilih cupcake dekat sini --->
Untuk order melalui online pulak, korang isikan form dekat sini
Harga cupcake di Wondermilk, berbeza mengikut saiz dan kuantiti. I nak ingatkan korang, saiz untuk mini tu, memanglah mini yang amat. Kalau Steven Tyler ni, 3 mini cupcakes sekaligus dia boleh telan dengan selamba (hehe... ampun Steven).
Anyway, Wondermilk pun ada Facebook tau. Jom kita picit LIKE, nantilah senanglah nak tau sebarang promosi yang ada dekat Wondermilk.
http://www.facebook.com/CuppacakesWondermilk
Ok, jom tengok gambar i dan family yang happy makan cupcake. Pilihan i semestinya chocolate cupcake (yeay!)
p/s : Cantikkan decoration +Wondermilk?
oh cupcakes? opkos sdp ekceli klu dpt free!
ReplyDeletepsst,kak reena..jam incik abang ensem tu lawalah smlm color biru yg ni plak jam caler merah ..hihihi!
Ish, apesal kau panggil aku kak reena ni, bukan kau tua 2 bulan dari aku ke? Haha...
DeleteOhh, tu jam ipod nano. Kan boleh tukar-tukar tali :)
hahahaha..terbiasa sudah..okeh pasni call pn.reena? ohsem tak?hihihi..peace yo!!!
DeleteDatin Reena ok kot. Kehkehkeh
Deletecam best..nak p..
ReplyDeleteBukan macam lagik, tapi memang pun best pun dear :)
Delete