Blogger templates

Jan 26, 2012

Sambutan Hari Jadi di Pizza Hut / Pizza Hut Birthday Party

Hujung minggu kalau takde aktiviti penting, biasanya i akan attend untuk apa-apa invitation daripada kawan-kawan dan officemates / colleagues samada untuk majlis kahwin atau birthday party (parti harijadi) anak-anak dorang. Kalau mak-bapak punya birthday party pun i tak kisah, i pergi jugak. Janji dapat makan kek free (kih-kih-kih).

So, kali ni i dapat jemputan untuk birthday party anak Kak Mi (colleague i) yang berumur 8 tahun dekat Pizza Hut, Kajang (bersebelahan dengan KFC). Rupa-rupanya ada tiga cawangan Pizza Hut dekat Kajang. Satu dekat dalam Tesco Kajang, satu dekat Pekan Kajang dan satu lagik berhampiran dengan Plaza Metro Point, Kajang. Disebabkan i tak biasa dengan area Kajang ni. I tersesat sampai pergi ke Pizza Hut yang dekat Pekan Kajang tu. Pelik jugak mula-mula bila sampai. Eh, mana pulak Restoren KFC yang Kak Mi bagitau i. Takde pun. Lagik best, jangankan bayang Kak Mi, bayang birthday party pun i tak nampak dekat situ. Ah, sudah! Takkanlah i lewat sangat tiba, sampaikan dah habis birthday party anak Kak Mi. Bertambah havoc, bila Kak Mi langsung tak angkat telefon waktu tu.

Bila tanya orang-orang dekat situ, lokasi Pizza Hut (bersebelahan dengan KFC) yang i nak pergi ni sebenarnya berdekatan dengan Plaza Metro Point. Lorr... Banyaknya Pizza Hut dekat Kajang. Mesti orang Kajang minat makan pizza kan? Hehe. Nasib baiklah tak berapa jauh daripada tempat Pizza Hut yang i sesat. Lebih kurang 5 minit je perjalanan nak ke situ. Kalau tak, confirm i patah balik rumah je. Kiranya rezeki nak makan kek dan pizza memang ada lagik untuk kita orang (pheww... syukur).

Walaupun dah terlepas beberapa acara birthday party anak Kak Mi. Tapi part yang bestnya, kita orang ngam-ngam sampai waktu acara makan-makan (terror tak terror kita orang kan? Tihihi). Bila tengok keadaan birthday party anak Kak Mi, i terfikir macam seronok je kalau nanti buat birthday party untuk anak-anak i dekat Pizza Hut jugak. Senang pun senang. Tak letih, nak kemas itu ini dan kita pun banyak masa nak handle tetamu. Semua benda / perkara akan diuruskan oleh pihak Pizza Hut contohnya macam acara permainan, maskot, door gift dan lain-lain lagi. Yang penting, kena sediakan duit jelah. Hehe.

Kalau korang pun teringin nak adakan sebarang celebration dekat Pizza Hut. Selalunya, Pizza Hut memang ada menawarkan pakej parti yang menarik samada untuk sambutan hari jadi, keraian sempena tamat peperiksaan, majlis perpisahan, kelahiran bayi dan lain-lain acara lagi dengan minimum harga pembelian makanan berjumlah RM350.00. Keterangan lanjut mengenai pakej parti yang disediakan oleh Pizza Hut, korang boleh tengok dekat link ini ---> http://www.pizzahut.com.my/dining/special-party.html atau pun pergi je mana-mana Pizza Hut yang berhampiran dengan rumah korang dan berbincang dengan pihak pengurusan mereka. Bagi mengetahui harga makanan dan menu yang disediakan di Pizza Hut pulak, korang boleh pergi ke link ini ---> http://www.pizzahut.com.my/dining/index.html dan picit pada bahagian OUR MENU di situ untuk pilihan set makanan yang disediakan. Manakala untuk alamat Pizza Hut di seluruh negeri Selangor, korang boleh click dekat sini ---> http://www.pizzaphut.com.my/coolstuff/hut_locator_selangor.html

Habis dah cerita. Sekarang boleh tengok gambar. Hehe.









p/s : buat sepah memang seronok, nak kemasnya. Hmphh... pengsan! Hehe

6 comments:

  1. wah terer lettew ngam2 sampai taim urg dok nk mkn! hihihi..

    urg kajang ni rasenye suke mkn satay kot kak reena det y ade satay kajang? oh miss nk mkn satay kajang...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah terer. Tihihi... Bab sense of food ni memang tak bole dipertikaikan. Haha..

      Sate kajang dah tak best lah Uchi. Nanti akak buat review sate yang paling best. Tungguuu

      Delete
  2. bestnya makan pizza hut..hmm semalam baru makan domino..bulan tak sihat sbb asyik mkn fastfood jek..pizza ok lg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... jangan makan pizza large sorang-sorang sudahla sayang.... makan satu slice takpe... Hehe

      Delete
  3. ermmmm macam ku kenal mereka itew *ihiks*
    ada fulus semua senang sis....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kalau tak kenal dorang, meh kita kenalkan sorang-sorang sis.

      Tulahh... takde fulus, tunggu je orang jemput makan. Tihihi

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)