Blogger templates

Jan 22, 2012

Malay Village Restaurant

Korang pernah makan dekat Malay Village Restaurant atau dalam bahasa melayunya ialah Restoren Kampung Melayu. Eh ada nama melayu ke restoren ni? Hehe... tak payah korang susah-susahkan diri nak translate ke bahasa melayu, memang restoren ni guna nama mat salleh aje (hamboi!).

Walaupun i orang Johor, tapi sebab dah lama sangat menetap lama dekat Selangor. Bila sekali-sekala cari kedai makan dekat Johor, i sampai jadi pening tak tahu nak makan dekat mana? Dan kejadian ni berlaku sewaktu penghujung bulan puasa tahun 2011. Wah, kiranya esok dah Hari Raya dah. Kalau orang lain dah sibuk berperang dekat dapur nak masak untuk Hari Raya. Tapi i pulak boleh jalan-jalan cari makan lagi, sehari sebelum Hari Raya. Alaa... pelik ke? Tak pelikkan? Hehehe...

Nasib baiklah handphone zaman sekarang ni serba canggih sebab boleh tengok internet. So sebelum azan Maghrib berkumandang tak lama lagik. Dengan sepantas kilat i mencari sumber-sumber makanan yang boleh kita orang makan sewaktu berbuka nanti. Cari punya cari, ramai pulak yang buat entry pasal Malay Village Restaurant. Ada yang kata sedap dan ada yang kata boleh la! (mulut kena nganga besar sikit waktu perkataan 'la' tu. Hehe). Malas nak mencari info lain lagik, dah tu masa pun amat mencemburui i. Ditambah pulak dengan memikirkan restoren lain pun confirm dah penuh dengan tempahan untuk berbuka puasa. I dan hubby pun decide untuk pergi ke sini je. Nasib baiklah waktu i telefon Malay Village Restaurant, reservation dekat situ belum penuh lagik (lega-lega).

Ikutkan ada dua lokasi Malay Village Restaurant di Johor. Satu di alamat :-

Kolam Air Branch
No. 9A, Jalan Kolam Air
80100 Johor Bahru
Johor
No. Telefon : [07] 221 1221

dan satu lagik di alamat :-

Kolam Nusa Bestari Branch
No. 51, Jalan Bestari 1/5
Taman Nusa Bestari
81300 Johor Bahru
Johor
No. Telefon : [07] 512 6020

Kita orang berbuka puasa di cawangan Malay Village Restaurant di Kolam Nusa Bestari. Ingatkan bolehlah order makanan ala-carte. Rupa-rupanya sepanjang bulan puasa, dorang hanya sediakan buffet Ramadhan je. I tension nak makan makanan buffet style ni sebenarnya. Sebab apa? Sebab selalunya tak pernah menguntungkan i pun. Paling banyak i boleh telan pun cuma satu pinggan setengah (siap ada setengah tu. hihihi), nasib baiklah untuk budak yang belum sekolah dia tak kenakan sebarang caj. Jadi kebanyakan makanan i, i pass dekat Danish dan Ariana.

Harga untuk buffet Ramadhan = RM29.90 (Dewasa) dan RM15.90 (Kanak-kanak).

Kalau tanya pendapat i sedap ke tak makanan dekat sini? I rasa i pilih jawapan yang ada sebut perkataan 'la' sambil nganga mulut tu (boleh la!) Hehehe. Makanan buffet Ramadhan yang disediakan, simple je pada i, tak banyak pilihan yang menarik. Mungkin lain kali mana tahu kalau i cuba makanan ala-carte, i tukar jawapan jadi sedap pulak ke? Tak tahu jugakkan? Takpe, next time kalau i makan dekat sini lagi, i buat review pasal makanan lain pulak.

Dan yang paling-paling i tak sangka waktu berada dekat sini, bila ada orang tegur i, "Eh, boleh tanya? Akak ni Reena online ke?" Terus serta-merta i diserang perasaan panik sekejap (duh... budget retis ke hape? Hahaha) Bukan paniklah, terkejut je. Kalau dah sebut perkataan Reena online, tak lain dan tak bukan confirm sangat-sangat yang tegur i ialah kawan-kawan blogger. Sambil mengunyah makanan, otak i ligat nak ingat balik (recall) muka sorang-sorang kawan blogger yang biasa jengah blog i. Selalu sangat terjadi bila orang lagik senang nak cam i dekat luar berbanding i nak cam orang yang cam i tu (paham tak apa yang i nak terangkan ni? Tak paham? Takpe, sila buat-buat paham. Hehehe). Yeay, setelah berhempas pulas mengingatkan balik, kalau korang nak tahu, orang yang tegur i tu tak lain dan tak bukan ialah Tny dari blog http://3tny.blogspot.com/ Tak sangka dapat bertentang mata dalam dunia realiti gitu. Insya-Allah, kalau dapat jumpa lagik, kita borak panjang-panjang k.

Semua gambar dekat bawah menggunakan Nikon D5100. Waktu ni, Nikon D5100 baru seminggu i beli. Kebanyakannya i guna set AUTO je.


Ni je makanan yang i rasa paling best. Ni je?!
Pinggan hubby i dah licin, pinggan i? Wuu... pengsan.
I rasa macam tak padan je harga RM59.80 dengan makanan yang i makan. Macam mana tu?
Hello Tny! Tinggi rupanya Tny ni, ok lain kali i kena pakai high heel pergi mana-mana

p/s : Agak-agak bulan puasa 2012 ni harga buffet Ramadhan dekat sini sama lagik ke? Jom kita teka.


10 comments:

  1. owh restoran ni? rase2nye ade masuk mudah.com sbb diorg sdg cari owner baru!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, cari owner baru sampai masuk mudah.com? Peliknya... Hehehe

      Delete
    2. pelik? *sambil gigit jari*..dunia tenetkan dihjg jari kak reena oitt...now iklan tu dah invalid dah..
      lagipn kak reena kat mudah.com tu sumeeeeeeenye bole jual sbb "mudah"..dan mudahlah jugak urg masuk perangkap kena tipu..btw cara nk mudah nk urusniaga dlm mudah.com tue cara "COD"..cash on delivery...brg sampai baru bayar..

      ok daa..slmt bercuti..

      kongsi2 jgn kongsi berus gigi..hahahaha...aiyoh!!!

      Delete
    3. Hahaha... mekasih :)

      So far tak pernah lagik beli thorugh Mudah ni sebab selalu dengar complain. Tapi akak penah jugak jual iPhone dekat Mudah, memang senang sangat nak buat iklan.

      Delete
  2. Hehehe... Tetiba publish muka kt sni.. malu plak rasanya.. **time tu sy punyalah selekeh**

    BTW, akak bile wat transformasi? =) Suke!!! Tetap fashionable & kawaii =) *sy terpikir ke arah tu tp belum ada gutt to go on**

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tihihi... takpe walaupun kita berdua comot, yang penting kenangan dapat jumpa tu.

      Sejak Syawal lagik akak dah buat transformasi yang, mula-mula tu sama gak macam takde keyakinan takut jugak kalau buat perkara separuh jalan. Bila pikir balik sampai bila nak kena tangguh. Bak kata orang perkara baik tak elok, dilengah-lengahkan [ecehh]. Sejak tu tak toleh belakang lagik. Yes, maju ke depan. Hehehe...

      Insya-Allah akak doakan yang terbaik untuk awak tau :)

      Delete
    2. Hikhik.. suke!!! Akak ni so motivational.. I loike!!! =)
      Tulah.. terpikir gak, tp isau gak **takot separuh jln tu lah** BTW TQ, doakan yg terbaik.. doakan smoga sy ehemmm ehemmm ngn org yg akak jumpe tuari gak yea ;)


      Sy pun sntiasa doakan kesejahteraan akak.. Errmm.. teruja okaaay tgk akk nya koleksi shawl& tudung fashionable tu **bersemangat gigih!!**

      xoxo

      Delete
    3. Mekacih.... mekacih.... Ohh... nanti kem salam ehem-ehem tau... Hehehe... Mesti dia pemalu kan orangnya sebab senyap je waktu jumpa tu.

      Mestilah akak doakan awak dengan ehem-ehem cepat-cepat naik atas pelamin. Tak sabar nak tunggu transformasi awak. Insya-Allah dipermudahkan segala-galanya :)

      Delete
  3. hi Reena...saya baru jer upload pics kat blog semalam masa makan ngan famili kat Malay Village nih. Senang2 tu singgah la yer. Besar jugak nampak branch nusa bestari nih...yg saya pegi kat kolam air

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Papa-Ntiq,

      Ok, saya datang jenguk ye. Rasanya branch yang dekat Nusa Bestari ni cantik sikit kan? :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)