Kali ni i nak ceritakan pengalaman i waktu pergi ke Muzium Padi yang terletak di Kedah Darul Aman. Seronok jugak bila sekali-sekala bawa anak-anak pergi ke tempat-tempat macam ni. Lain dari yang lain. Lagipun banyak info yang menarik yang i dapat tau bila pergi Muzium Padi antaranya mengenai sejarah penanaman padi, peralatan pertanian lama yang digunakan dari zaman dulu (kebanyakannya tidak digunakan lagi pada masa kini) serta barang atau makanan yang boleh dihasilkan daripada padi atau beras. Jangan tak percaya walaupun i berkahwin dengan orang Utara tapi i sendiri tak pernah tengok secara live pun rupa dan bentuk sebenar padi (adeh, kesiannya kan?). Ikutkan setiap kali balik kampung, kiri kanan laluan semuanya ada sawah padi. Tapi memandangkan i ni penakut sangat dengan pacat, so nak pergi dekat dengan sawah padi pun i rasa menggigil (takuttt!)
Lokasi sebenar Muzium Padi ni terletak kira-kira 8 kilometer dari Bandar Alor Setar, betul-betul berhadapan dengan Kampung Tradisional, Gunung Keriang dan berhampiran dengan laluan ke Pusat Sains Negara dan Pusat Akuatik. Kawasannya memang agak jauh dan terpencil dari bandar tapi itulah yang menjadi daya tarikannya bila berada di sini. Sebabnya korang akan terasa suasana sebenar negeri Kedah yang dikenali sebagai Rice Bowl of Malaysia ini.
Muzium Padi ini dibuka dan dirasmikan oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Negeri Kedah pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425 hijrah. Untuk pengetahuan korang juga, muzium ini adalah satu-satunya muzium padi di Malaysia. Ianya mempamerkan pelbagai bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.
Muzium ini berkeluasan 12,000 meter persegi dan mempunyai tiga aras. Dari aras 1, ianya mempamerkan sejarah penanaman padi, variati-variati padi, alat persawahan tradisional seperti anok, renggam dan lain-lain lagi. Selain itu alat menangkap ikan tradisional yang hampir pupus seperti sepila, tuar, bubu dan lain-lain juga turut dipamerkan di aras ini.
Pada aras 2 pula ada terdapat 6 galeri, di mana korang boleh melihat lukisan-lukisan yang menggambarkan aktiviti pertanian bermula dari zaman penjajahan hingga sekarang. Dokumentari mengenai kaedah penanaman padi juga ada ditayangkan di sini setiap hari. Malah korang juga boleh melihat dengan lebih dekat perbezaan jenis-jenis beras di seluruh dunia.
Manakala yang paling menarik dan unik di Muzium Padi ini ialah apabila berada di aras 3 iaitu di tingkat atas sekali. Korang boleh melihat panorama sebenar tanaman padi yang diabdikan dalam bentuk mural dan lanskap. Mural yang berketinggian 8 meter dan 103 meter panjang ini adalah salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia. Di sini juga disediakan ruang pemerhati yang terletak di atas platform yang berputar, jadi kesemua aktiviti ini korang boleh saksikan melalui kerusi yang disediakan khas.
Kalau korang nak dapatkan cenderamata sebagai kenang-kenangan seperti baju "T", alat tulis, kraftangan dan makanan tradisional macam sagon, karas serta lain-lain lagi, korang boleh pergi ke Kedai Cenderamata yang berada di Aras 1. Semua makanan ini dihasilkan oleh anak-anak negeri Kedah sendiri dan dijual dengan harga yang berpatutan.
Info mengenai Muzium Padi yang perlu korang tahu ialah :
Muzium Padi ini
dibuka setiap hari.
Masa lawatan untuk hari
Sabtu hingga Khamis ialah
dari pukul 9:00 pagi hingga 5:00 petang.
Manakala pada hari
Jumaat pula, ianya dibuka
dari 9:00 pagi hingga 12:30 tengah hari dan kemudian
bersambung dari pukul 2:30 petang hingga 5:00 petang
Tiket / bayaran masuk ke Muzium Padi ialah:
Dewasa - RM3.00
Kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) - RM1.00
Rombongan sekolah - RM1.00
Kamera - RM2.00 (sebuah)
Dah cerita panjang-lebar mengenai Muzium Padi ni, jomlah kita tengok gambar i sekeluarga di Muzium Padi ni pulak. Ada 32 gambar semua sekali. Fuhh... ini antara
entry pertama i yang dipenuhi dengan gambar. Layan. Hehe.
|
Tempat duduk berehat berhampiran dengan tangga masuk ke Muzium |
|
Padi real yang ditanam dihadapan tangga masuk Muzium Padi. Wahh! |
|
Inilah rupa pokok padi sebenar, siap berbuah lagik |
|
Cantikkan permandangan Gunung Keriang |
|
Sawah Padi berhampiran dengan Muzium Padi |
KEADAAN MUZIUM PADI, ARAS 1
|
Alatan menangkap ikan waktu dulu kala |
|
Nak sembang dengan kerbau, bolehlah belajar bahasa kerbau. Hehe |
|
Eh, kucing bodoh? Siapa yang bodoh sebenarnya? |
|
Alat Sukatan Beras yang digunakan |
GALERI ALATAN PERTANIAN PADI, KEMBOJA DI ARAS 1
|
Lampu kalimantang pattern macam ni hanya untuk orang kaya je |
|
Rumah padi ni diperbuat daripada tahi lembu. Ada berani, nak berumah macam gini? |
|
Alatan memotong padi. Ganas habis! |
|
Eh-eh comel je petani ni kan? Hehe |
KEADAAN MUZIUM PADI, ARAS 2
|
Jenis-jenis beras di seluruh dunia |
|
Emping ni diperbuat daripada beras |
KEADAAN MUZIUM PADI, ARAS 3
|
Tangga yang digambarkan seperti pendakian ke Gunung Keriang |
|
Adventure tak? Hehe |
|
Nilah dia pentas pemutar, tak payah nak bergerak keliling, duduk diam-diam. Nanti dia berpusing slow-slow |
|
Cantikkan mural ni? |
|
Ariana excited tengok pentas ni berputar. Hehe |
p/s : Macam mana best tak Muzium Padi, Kedah ni? Best kan?
sumber rujukan :
hihihi best gak erk g muzium nie..zura salu blk kg hubby msti lalu muzium nie tp xterluah kta2 nak singgah..
ReplyDeletepasni hrus pegila sb knala melawat tmpt2 sejarah negeri org nie kn..*____*
Pusat sains negara cawangan wilayah utara x pi ke..? Sebelah je kan? :)
ReplyDeletebest jgk sekali sekala percutian melawat tmpt maacm ni. aku ni jakun lagi kalau jumpe sawah padi tp since ada pacat. jakun dari kejauhan je la. nak turun takut.geli.
ReplyDelete@LoVEaQshA Tryla pegi Zura, alaa... murah je tiket masuknya hihi... at least boleh tau macam mana rupa sebenar Muzium Padi ni.
ReplyDelete@Zuhaini alaa.. tak sempat nak pergilah awak. Nanti kita ingat nak jalan-jalan area sana lagik :)
ReplyDelete@Hanie Dew haha... aku pun sama Hanie, kadang-kadang tu ada feeling macam nak ambik gambar dkt tengah-tengah sawah padi. Tapi kalau tgh2 ambil gambar pacat merayap. Duhh... histeria aku jadinya.
ReplyDeletebestnya..saya yg asal kedah pun tak penah masuk.penah pegi rumah kawan kt sebelah muzium ni je tp still jgk tk pegi muzium..
ReplyDelete@yana-feehily haha, selalu memang macam gitu Yana. Contoh macam akak pun boleh je pergi tengok Bandar ICT tu hari-hari tapi sampai sekarang tak pergi-pergi lagi.
ReplyDelete