Blogger templates

Jan 24, 2012

Tudung Hana Tajima / Tudung Maysaa

Kalau sebelum ni i ada cerita mengenai Siapa Hana Tajima? So hari ni i nak cerita pasal Tudung keluaran Hana Tajima iaitu Tudung Maysaa. Eh, nak sebut tudung ke hijab ni? Takpelah, dua-dua sama je ertinyakan? Trend sekarang panggilan tudung macam dah lapuk dek zaman. Bunyi hijab lebih urban gitu (kononnya). Tak kisahlah mana-mana pun janji tujuannya sama untuk melindungi aurat wanita.

Sejak Yuna menggayakan tudung / inner dari Maysaa, i mula tertunggu-tunggu bilalah Satin Wrap Band Snood dan Chiffon Scarf Snood ni akan ada semula stoknya di Maysaa. Puas i hantar komen ke Facebook StyleCovered atau Facebook Maysaa semata-mata nak dapatkan jawapan segera untuk kedua-dua item ini. Tapi bukan jawapan yang i dapat, rupa-rupaya semua berpusu-pusu bertanyakan soalan yang sama macam i. Wahh... Nampak sangat semua pun dah tak sabar menunggu dah ni (seksanya penantian. Eceh-ceh). Sudahnya, hari-hari i follow perkembangan website Hana Tajima iaitu StyleCovered. Pantang ada info sikit pasal update terbaru Maysaa. Mesti cepat-cepat i check untuk availability skaf / tudung / inner yang i nak sangat tu. Bukan apa, i takut terlepas. Dah tak larat nak tunggu lama-lama lagik. Huhuhu-Waaa.

Maysaa Satin Wrap Band Snood. Harga RM60.00
Maysaa Chiffon Scarf Snood. Harga RM95.00
Bila Hana Tajima tunjukkan Vimeo preview antara warna-warna baru untuk Satin Wrap Band Snood dan Chiffon Scarf Snood yang akan dikeluarkan di Maysaa. Excitednya i waktu tu tak tahu nak cakap macam mana. I budget mesti tak lama lagi stok skaf / tudung / inner idaman i akan muncul kembali (eee... Tak sabar tau).

Sampailah satu hari tu, macam biasa i main-main masuk website Maysaa. Eh-eh, kenapa macam layout bahagian scarves ni lain macam je. Apakah? Wahh, tak sempat nak habis soalan. I terus sign-in untuk order semua Satin Wrap Band Snood dan Chiffon Scarf Snood yang i berkenan (punyalah laju, line Streamyx pun tak pantas macam i tau. Hehe). Tengah-tengah seronok order, lorr rupa-rupanya pembayaran dekat website Maysaa kena guna Paypal. Duhh, i dah lupa pulak password Paypal. Hmm.. elok sangatlah tu. Apa i nak buat ni? Tetiba i teringat, rasanya i macam pernah baca yang Maysaa terima pembayaran melalui akaun Maybank. Cepat-cepat i cari balik link yang i pernah baca.
No. Akaun Maybank : 564735801772
Nama pemegang akaun : Adam Aubrey

Lepas buat pembayaran, i emel terus kepada enquiries@maysaa.com untuk inform mereka mengenai payment yang i dah buat. Takut jugak waktu tu kalau duit yang i transfer through Maybank hilang atau yang paling tension tak wujud pun akaun Maybank tu (wuhuu... Jangan main-main, bukan murah pulak tu)

Butir-butir yang i emel ialah :-
1. Full Name :
2. Contact No. :
3. Order lists :
4. Total payment (including delivery charge)
5. Delivery Address :

I sertakan sekali bukti pembayaran yang i buat (i capture pakai kamera je) dan i bagitahu mereka yang i dah buat pembayaran melalui akaun Maybank.

Jadi, i nak bagi tips dekat korang, sekalipun korang dah buat bayaran melalui Maybank. Pastikan korang dah sign-up nama korang dekat website Maysaa dan isi semua butir order yang korang nak, cuma tinggalkan atau jangan teruskan untuk buat bayaran menerusi Paypal je. Yelah, kan ke korang nak buat bayaran dekat Maybank kan. Kenapa kena buat macam ni? Sebab, Maysaa tetap akan kemaskini (update) order processing korang di website mereka terutama sekali untuk bahagian tracking number shipment.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, korang emel je ke enquiries@maysaa.com sebab dorang akan layan korang sebaik mungkin. Jangan risau, semua pertanyaan korang akan dibalas dengan pantas.

Dan yang paling best, dalam masa satu hari je order yang i buat dah sampai (sayang Maysaa ketat-ketat). Seronok sangat sebab besok je i dah boleh melaram dengan jayanya (tihihi). Hebat kan? Macam mana pun, i nak ingatkan korang periksa dulu semua order yang korang terima sebelum korang buang segala tagging label mak nenek yang ada tu. Sekiranya ada kerosakan atau korang rasa macam tak puas hati dengan order korang tu, korang boleh pulangkan balik dengan isikan form yang disertakan dengan order korang tu. Senang je kan?

So, nak tengok apa yang i order? Jom!







Eh, Reena Tajima. Kih-kih-kih


p/s : Sekarang ni banyak betul tudung Maysaa celup kan? Kesian Hana Tajima.


10 comments:

  1. seyeslah kak reena dah mmg natural cute,so pakai ape2 pun tudung dah terserlah..

    psst,kaler pink xde tak? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah? Haha... pergi suruh Hana Tajima buat color pink. Confirm akak nak beli.

      Delete
  2. I pun nk dah ikut cara u. Warna apa ye yg ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada 4 warna, boleh jenguk website Maysaa ok? :)

      Delete
  3. hi.klo skali dgn delivery charge sume skali times brape eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Delivery RM15.00, kalau beli atas RM175.00 dapat free delivery

      Delete
  4. salam, tatau mcamane nk place order kt mysaa website...i dah sign up...tp lps pilih item, xjumpe button order or checkout...pls help... amushifilanina@yahoo.com...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... Rasanya form untuk place order tu simple je. Takpe, cuba tengok betul-betul ye, mana tahu excited sangat ke waktu tu. Hehehe

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)