Blogger templates

Feb 13, 2012

Crochet Coasters

Assalamualaikum semua, apa khabar? Terasa macam deejay radio je bila mulakan ucapan macam gini kan? Hehehe... Petang tadi jari-jemari i yang mulus (ceh-ceh...) tiba-tiba rasa macam rindu nak buat sesuatu. Ya, kalau sesiapa yang mengikuti dan mengenali i sejak mula-mula berkecimpung dalam arena blog (sejak tahun 2008 lagik), mesti dah tahu yang i sebenarnya suka membuat crochet / krusye dan i jugak adalah tokey (tuan tanah kedaunglah tu maknanya. Hehehe...) untuk blog Cuteness Collection. Tapi semenjak i mula tukar ke jabatan lain di tempat kerja dan tanggungjawab kerja pulak makin bertambah. Hobi dan business part time yang i buat selama ni kenalah i korbankan buat sementara waktu (lebih kurang macam lagu kekasih separuh masa yang kumpulan The Lima nyanyilah pulak). Sedih tau dan i tahu korang pun sedih jugakkan?

I pun memang tak announce apa-apa dekat blog Cuteness Collection pasal kesibukan i. Sebab, walau macam mana i bagitahu keadaan sebenar diri i dengan kerja pejabat atau di rumah ke, atau tutup order sementara waktu ke, tapi masih ramai yang emel mengharapkan i ambil order mereka (hadoiii...) Ikutkan perasaan tak sampai hati, i memang nak ambil je tempahan tu semua. Tapi dengan keadaan diri i sekarang ni, i takut kalau untuk sehelai cardigan budak umur 3 tahun pun belum tentu untuk jangkamasa sebulan i boleh siapkan. Kalau i yang jadi tukang order tu pun, confirm tension nak tunggu lama-lama. Terus-terang i cakap bukan senang sebenarnya nak ambil tempahan custom made berdasarkan umur yang berbeza-beza tau. Lagipun membuat crochet ni bukan macam menjahit baju. Beli kain, bentang sana-sini, ukur ikut saiz, potong sana-sini, cantum dan kemudian siap. Membuat crochet / krusye ni pulak, korang kena pastikan permulaan kiraan untuk tali air (crochet term yang dalam inggeris namanya chain) adalah tepat dengan saiz yang korang inginkan. Bila silap dekat permulaan yang korang buat ni, maknanya sampai ke penamat baju, korang dah buat salah. Nak tak nak, kenalah mula balik semula. Leceh kan? I yang dalam kategori expert ni pun (perghh!! expert lah sangat hehehe... mengaku ni pun sebab dah 21 tahun biasa buat crochet / krusye) selalu jugak buat silap. Bila mata dah letih, ada je i tercicir buat kiraan. Hehehe... Sebab tulah i kata bukan senang buat crochet / krusye kecuali untuk aksesori pattern / corak yang simple.

Apa sebenarnya yang ada dekat blog Cuteness Collection?

Untuk sesiapa yang belum mengenali Cuteness Collection. Meh i perkenalkan, Cuteness Collection adalah sebuah business online (perniagaan di dalam talian) yang menawarkan pelbagai pakaian kanak-kanak berumur 0 bulan hingga 3 tahun. Antaranya seperti cardigan, vest, cekak rambut / headband, topi, mittens, klip rambut, booties, cardigan dress / gaun dan lain-lain lagi. Termasuk aksesori-aksesori simple, anak patung (ada Hello Kitty yang comel jugak tau - ini favourite i!) dan beg yang kesemuanya diperbuat daripada benang bulu / yarn. 100% hasil kerja tangan dilakukan oleh jari-jemari i tanpa pertolongan daripada orang lain, mesin atau robot sekalipun (kesat peluh dekat dahi). Cuteness Collection merupakan salah satu cara untuk i mengeksperasikan hasil kerja tangan crochet / krusye yang i buat untuk dikongsikan dengan semua orang yang membelinya di sini.

Ok, dah berkenalan dengan Cuteness Collection kan? Mesti korang nampakkan, betapa tingginya impian i terhadap Cuteness Collection. Insya-Allah, doakanlah kejayaan i ye, kawan-kawan (mekacih!)

Jadi apa sebenarnya yang i dah buat petang ni? I berjaya siapkan coasters / pelapik minuman untuk diletakkan dekat pejabat i dan hubby (alololo... sweet gitu). Kalau korang nak tahu, i mula-mula belajar buat crochet / krusye masa berumur 10 tahun. Dan benda pertama yang i buat ialah coaster. Melalui coaster nilah, i belajar sedikit demi sedikit untuk memahirkan skill crochet i. Bila dah terror buat coaster i beralih cuba buat sarung bantal, alas meja, baju beruang kesayangan i dan lain-lain lagi. Untuk korang yang baru nak belajar asas crochet, i memang galakkan korang bermula dengan barang-barang yang mudah dan simple macam coaster ni. Bukan apa, crochet ni memerlukan kesabaran yang tinggi. Baru start belajar dah terus buat cardigan, i takut korang give-up tak nak buat crochet sampai bila-bila.

Dekat sini, i nak kongsikan link crochet coasters pattern yang i jumpa untuk korang cuba. Simple tapi cantik!

(Good luck! Kawan-kawan)

Jom tengok rupa coaster i pulak.



p/s : Tengok tu bunny pun berkenan dengan coaster yang i buat. Hehehe

16 comments:

  1. Ala ye kak,br ingt nk order tuk 1st bby zura nti..sb dr knl akk dlu da veangn teingin sgt nti nk order cardigan yg cute2 kat akk sm mcm kekiutan akk..xda rki la nmpknya..
    Tp nti bla akk da mula blk gtau zur yer sb zura mmg d booking akk dr 2009 ag..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai yeke dear? (alamak akak dah mula rasa serba-salah... huhuhu)... Takpe akak tengok macam mana dulu. Bila keadaan mengizinkan akak msg Zura k... BTW boleh tak bagi nombor handphone awak dekat emel akak....

      Tq :)

      Delete
  2. comelnyaa. dulu dulu penah gak buat tapi dah bertahun tak buat keras dah kot tangan ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tulah, akak pun sama bila berapa bulan je tinggalkan crochet ni. Nak buat pattern crochet pun dah tak ingat cara simpulannya... (adehhh)

      Delete
  3. i dah lama banget tak buat crochet nie...
    last time i did was about 20 years ago kot hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 20 year ago kak?? Wahh... memang lama sangat tu... Ni kalau suruh buat balik semula ingat ke tak? Hehehe

      Delete
  4. ko ni lepas geram lama x update entry ke pe weh!!hahaha
    skali aku g, byk ko update!
    cute2..rajin ko. mummy aku dulu rajin wat mende gini tp x trunkan ilmu kat aku haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... hubby aku selalu tanya, bila nak update blog... bila nak update blog? Bukan sebab dia pembaca setia blog aku tapi sebab dia yang bayarkan link website aku ni... Dahla auto-charge kad kredit dia.... So, aku dengar cakap dia lah ni... (eceh!)

      Mekasih Jue, mesti penuh dengan crochet kan rumah mak kau? Hehehe

      Delete
  5. Haaa!!!! Inilah yg sy nk tnya2 tu.. akak mcm ade instinct baekkk punye :D Ermm.. bebaru ni sy try sms kt no fon cuteness collection tu tp x sure no tu still available or not..

    Sbnrnya nk tnya pricing bebaru ni ada gak org suh wat kan topi BB tp bab nk cas brape tu, x tahu market price.. ehh klo PnC, nti p.m jelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tny bagi nombor handphone dekat email akak k...

      Delete
  6. wah maknanya mmg expert la klu dh 21 tahun dah buat benda nie.sy mmg jenis tak sabar,mmg tak selayaknya belajar kait nie semua.kehkeh..

    semga bisnes reena makin maju.gud luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai... terharu tau baca... mekasih dear :)

      Delete
  7. cantik crochet reena.. saya tak pandai sgt, kalau customer order brg crochet kakak saya yang buat, kalau felt ai la buat.. hahhaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woww... kita dah lama teringin nak buat craft felt ni... tapi tak pernahnya nak sempat... walaupun dah kumpul macam-macam kaler felt... Hehehe

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)