Blogger templates

Feb 29, 2012

Hiasan Shopping Complex / Pusat Membeli-Belah

Setiap kali berjalan dekat shopping complex (pusat membeli-belah), i suka sangat tengok dekorasi / hiasan dalaman yang biasanya dorang buat untuk sambutan perayaan. Atau pun, semata-mata nak cantikkan suasana shopping complex supaya kelihatan lagik menarik. Selalunya ada je idea-idea dorang ni, yang pada i di luar daya imaginasi kita. Sampaikan i selalu cakap dekat hubby, "Wah, kreatif betullah orang yang cipta ni semua". Kalau suruh dorang ni hiaskan rumah i pun mesti best kan? (kihkihkih... ke situ pulak dia). Kadang-kadang ada hiasan yang dorang buat tu, sampaikan kita tak terfikir boleh jadi cantik macam gitu. Hiasan yang extreme dan pelik-pelik ni selalunya ada dekat pusat membeli-belah Mid Valley Megamall dan KLCC. Ada tu pulak, cuma guna bahan-bahan simple (ringkas) pun, boleh buat hiasan tu jadi menarik sangat-sangat. Contohnya macam dekorasi / hiasan yang i bergambar dekat bawah.

Kalau korang nak tahu, bahan-bahan yang dorang gunakan untuk buat dekorasi ni ialah polisterin (polystyrene) dan kertas je (kecuali kerusi yang i duduk dan beberapa hiasan tambahan). Cantikkan? Sekali imbas mesti korang sangkakan semuanya diperbuatkan daripada kayu kan? I pun macam gitu jugak tau masa mula-mula tengok. Tapi bila i teringin nak bergambar duduk atas tunggul kayu yang ada dekat situ, barulah i tersedar, "laa... polisterin ke benda ni?" Nasib baiklah, i tak terus terjah je sebab excited nak bergambar. Kalau tak, selamatlah satu tunggul kayu dekat situ i kerjakan. Hehehe...

Gambar ni sebenarnya diambil sebelum perayaan Hari Natal (Christmas) tahun 2011 dekat Ikano Power Centre (IPC), Mutiara Damansara. Jadi i rasa konsep dekorasi / hiasan waktu tu menggambarkan suasana perkampungan elf dekat North Pole (elf tu ialah nama gelaran untuk orang-orang kenit yang tolong Santa Claus buat mainan). Eceh, pandai-pandai i aje kan? Hahaha... Takpelah, tak kiralah apa konsep sekalipun yang penting, i kagum dengan orang-orang yang terlibat dengan kerja-kerja kreatif macam gini. Bukan senang nak hasilkan idea-idea yang menarik.






APA YANG I PAKAI UNTUK HARI TU?

Shawl - Jalan Tuanku Abdul Rahman
Cardigan - Cotton On
T Shirt - Esprit
Jeans - Uniqlo
Kasut - Crocs

Anyway, korang perasan tak baju yang i pakai dekat atas warnanya ada iras-iras dengan baju siapa? Ehem... sebenarnya nak bagitahu seiras dengan baju Yuna dalam klip video Memo tau. Ok, thanks bye bye (lari tutup muka. Hehehe).



Youtube Yuna Memo


p/s : Yuna pun antara orang-orang yang kreatif jugak. Sebab dia kreatif, mestilah i admire dengan kebolehan dia.

11 comments:

  1. my husband pn dulu pnh keje buat backdrop cmni sis. kreatif je kan. now hubby dh keje grafik designer tp dia ckp keje cmni fun cuma letihla nk siapkan benda alah ni. btw sis comel sgtttt. yela yela adala gaya gaya yuna tu hihihi :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... ala... macam tak ikhlas je sebut camgitu (kihkihkih) :P

      Delete
  2. ehem2 kak yuna. yuna cool gyle suara pon different habis.
    ada sama2 sikit pon jadi la kan kak reena? hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sama pun sebenarnya, kihkihkih... tapi akak memang suka sangat gaya Yuna. Untuk kategori wanita bertudung dia memang berani bergaya!

      Delete
  3. mmg ada ala2 yunala...stylo!!!

    ReplyDelete
  4. camne nk ikat shawl camtu..menarik tp x reti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uikss... kita ni memang fail bab nak mengajar orang ikat shawl. Semua idea mengikat datang spontan je. Tapi takpe, insya-Allah tengok macam mana kalau kita boleh tolong carikan tutotial style ikat shawl macam kita.

      Delete
  5. jeles la ngan u ni sis...
    badan mcm anak dara...
    kalau tak tau, sure ingat belum kawen...

    ni serius tau, bukan bodek ke apa ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... adehhh... nampak 17 tahun tak? *hulur pipi nak kena lempang*.

      Anyway mekasih dear, susah jugak nak jaga badan untuk food lover macam kita ni. Tapi, selalunya lepas pulun makan best-best, 4-5 hari kemudian... kontrol balik makanan. Selalu macam gitulah kita amalkan :)

      Delete
  6. eh eh..samelah mcm mne bole ni same ni...yuna reena!!!nk sign bole? retiss tue...

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)