Blogger templates

Feb 2, 2012

Tips Untuk Mendapatkan Anak Perempuan Atau Lelaki

ENTRY / BACAAN INI ADALAH INFO UNTUK MEREKA YANG BERNIKAH SAHAJA.
TERIMA KASIH :)

Awal-awal entry, korang dah terpaksa baca ayat amaran dekat atas. Hehehe... sorry tau, sebab nanti ada yang salah sangka, kononnya blog peribadi i tiba-tiba boleh muncul entry 18sx. Ish-ish-ish. Bukan apa, i nak bagitau yang entry ni adalah atas permintaan kawan baik blogger i (you-know-who-you-are). Dah lama sebenarnya i janji dengan dia, tapi i asyik tak dapat tunaikan je sebab terlampau sibuk dengan urusan pejabat dengan rumah. Memandangkan hari ni i ada masa terluang sikit jadi i cuba taip entry ni sebaik mungkin. Info yang i dapat ni adalah melalui buku bacaan, i harap kawan baik blogger i dan korang semua akan dapat sedikit pengetahuan yang berguna untuk dikongsikan bersama.

Sumber gambar : Google

Pada zaman teknologi yang serba canggih ni sebenarnya takde masalah untuk kita membuat pemilihan jantina anak perempuan mahupun lelaki antaranya dengan membuat pemilihan jantina melalui embrio yang menggunakan kaedah PGD (Preimplantation Genetic Diagnosis) atau melalui sperma iaitu dengan kaedah IUI (Intrauterine Insemination), IVF (In Vitro Fertilisation) dan ICSI (Intra Cytoplasmic Sperm Injection). Keberkesanan kaedah IUI, IVF dan ICSI ini adalah 70% bagi pemilihan sperma untuk jantina lelaki dan bagi pemilihan sperma untuk jantina perempuan pula ialah sebanyak 50 - 60%. Kos bagi ketiga-tiga kaedah melalui sperma adalah lebih murah berbanding penggunaan kaedah PGD (iaitu melalui embrio).

Walaubagaimanapun faktor-faktor / petua di bawah boleh dijadikan panduan untuk pasangan yang mahu mendapatkan anak perempuan atau anak lelaki mengikut kaedah semula jadi, iaitu :-

FAKTOR MAKANAN
Untuk mendapatkan anak perempuan, suami harus membanyakkan makan makanan beralkali. Manakala isteri pula perlu banyak mengambil makanan berasid. Jika anda mahukan anak lelaki pula, pihak suami yang perlu makan lebih banyak makanan berasid dan isteri mengambil lebih banyak makanan beralkali.

Makanan beralkali terdiri daripada sayuran, buah-buahan, putih telur, susu dan sebagainya.
Makanan berasid pula boleh didapati daripada makanan seperti daging, makanan laut dan lain-lain.

FAKTOR MASA
Lakukan hubungan intim sebelum datang haid boleh membantu anda mendapatkan anak perempuan. Tetapi jika lakukan sebaliknya iaitu selepas sahaja selesai haid anda berkemungkinan akan dapat anak lelaki. Untuk memastikan waktu pilihan anda adalah tepat, kira seminggu awal atau seminggu selepas kedatangan haid.

FAKTOR KEDALAMAN
Suami tidak perlu memasukkan zakar terlalu dalam pada vagina isteri jika mahukan anak perempuan. Namun lakukan sebaliknya sekiranya anda mahu anak lelaki. Ini disebabkan Gen X (lelaki) dan Gen Y (perempuan) mempunyai ciri yang berbeza. Logiknya kerana Gen X (lelaki) mempunyai stamina yang kuat dan dapat sampai ke destinasi dengan pantas, berbeza pula dengan Gen Y (perempuan) yang mana kurang staminanya.

FAKTOR KEMUNCAK
Untuk mendapatkan anak perempuan, suami perlu sampai kemuncak sebelum isteri. Ini kerana ketika isteri sampai ke kemuncak, isteri akan mengeluarkan cecair berbentuk alkali. Jika sebaliknya iaitu suami sampai ke kemuncak selepas isteri, kemungkinan anda akan mendapat anak lelaki.

FAKTOR PERSEDIAAN (ISTERI)
Isteri boleh membasuh vagina dengan menggunakan satu sudu cuka bersama semangkuk air sekiranya mahukan anak perempuan. Jika mahukan anak lelaki, cuci vagina menggunakan semangkuk air yang dicampurkan dengan satu sudu soda supaya vagina lebih beralkali.

FAKTOR KEDUDUKAN
Jika kedudukan suami di bawah manakala isteri pula di atas, membantu pasangan memiliki anak perempuan. Jika kedudukan bertentangan pula, iaitu suami di atas dan isteri di bawah, ia membantu mendapatkan anak lelaki.


Kesemua sumber info ini adalah menerusi buku Pa&Ma (Volume 1) 40 Minggu Nan Indah. Buku ni merupakan antara koleksi peribadi dalam simpanan i termasuk buku-buku lain keluaran Karangkraf. Nak tengok buku Karangkraf yang i ada. Korang picit entry ni ---> http://www.reenaonline.com/2009/12/koleksi-buku-pa-semasa-mengandung.html


p/s : Sharing is caring

22 comments:

  1. bagus info nie,sy nak baby girl..tp itulah susah nak ikut semua nie,selalunya belasah jer!kihkih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkihkih, kita pun sama... tak pernah merancang apa-apa pun. Allah yang menentukan segalanya (eceh-ceh ayatku)...

      Tapi kalau tak berusaha pun tak tahu jugakkan? Insya-Allah dimakbulkan oleh Nya :)

      Delete
  2. bagus info ni..thanks for sharing...teringin baby boy...
    hyepp...salam kenal yea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai! Salam kenal juga untuk awak :)

      Yeke? Alhamdulilah berguna jgk info saya ni kan? Good luck untuk awak... Berusaha!

      Delete
  3. wah!!! good info! i mmg tengah tercari2 info ni sebab nak produce baby girl soon.. ;)

    -www.madammondoq.com-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekacih madam :)

      Yeah! Usaha tangga kejayaan! Good luck tau :)

      Delete
  4. ms nk dptkan anak kedua sy guna kaedah masa..ms tu terjumpa satu web..masukkan tarikh period semua lps tu kira..dan kita dpt pilihan tarikh sesuai utk bersams suami bg dptkan jantina anak yg dikehendaki..alhamdulillah allah kurniakan anak lelaki spt dihajatkan..(anak first dh pompuan tu psl nk lelaki lak biar sepasang)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah :) happy baca komen awak ni tau!

      No. 3 nanti perempuan pulak ok... Hehehe

      Delete
  5. salam singgah..mintak izin share info..thanks..saya dah 2 girls..teringin nak boy plak..hehehe..kene usaha lebih ni..:-p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak, salam kenal :)

      Boleh je sharing info. Anyway selamat berusaha ye (oppss) Hehehe...

      Delete
  6. Nice info.. D0akn sy dpt spasang ank.laki dn p0mpuan,hadiah utk bkal suami nnti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, semoga berjaya ye :)

      Good luck!

      Delete
  7. Salam..info yg mnarik..tp x bc info ni sblm mngandung...skrg dah 2 bln lbh...doa je la dpt ank perempuan plak...baru sepasang...tlg doakan jgk ye kengkwn...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... insya-Allah Yanna dapat baby girl ye. Amin.... Takpun next time boleh cuba lagik :)

      Delete
  8. Terima kasih krn info ni.saya teringin baby girl. Dah ada 3 anak lelaki.

    ReplyDelete
  9. baca doa2 yg org tua bg tau untuk baby girl n boy.... alhamdulilah dgn izin Allah swt i dah ader sepasang... anak-anakku tersayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus cadangan tu :) Alhamdulilah. Kita hanya berusaha Allah yang menentukannya.

      Delete
  10. Slm perknlan...sy dh ade anak laki2 2 org..sy teringin sgt nk dpt bby pmpuan plak...sy hrp info2 yg cik reena bg ni dpt mmbantu sy selain dr berdoa kpd Allah swt....:-)

    ReplyDelete
  11. nak tanye bley..if nak dpt anak pempuan, betol ke pempuan bley mkn seafood sbb ade org kate xley mkn seafood.. i maybe nak plan to get baby girl lepas ni:) nak mintak pendapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu, suami awak pulak kena banyak makan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain (boleh baca part faktor makanan dekat atas tu). Good luck! :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)