Blogger templates

Mar 16, 2012

Bharat Tea / Teh Bharat

Sebelum entry ni jadi jeruk pekasam sebab lama sangat kena peram. Jadi i nak sambung cerita perjalanan i yang penuh dengan suasana hujan dekat Cameron Highlands. Suasana hujan ni jugak menyebabkan tak banyak gambar dan tempat-tempat yang best yang boleh i dan family lawati (terus keluar hujan lebat dalam hati). Nak buat macam mana, siapa suruh sendiri cari pasal pergi waktu cuti sekolah dengan musim hujan (adehhh... dush! Diri sendiri kena belasah. Hehehe). Yelah-yelah, lepas ni i pergi waktu orang lain semua kena kerja dengan sekolah tapi i je bercuti sakan.

Destinasi seterusnya yang wajib korang pergi, kalau melawat Cameron Highlands ialah Bharat Tea Plantation (atau pun Ladang Teh Bharat). Bharat merupakan pengeluar teh yang kedua terbesar di Cameron Highlands. Mengeluarkan label nama Cameron Valley yang merupakan jenama produk mereka sendiri untuk bersaing dengan pesaing mereka iaitu Boh. Walaubagaimanapun keluaran teh pertama mereka adalah menggunakan jenama Chop Rusa (nama brand tak komersil langsung kan? Hehehe). Lokasinya senang sangat untuk korang jumpa sebab terletak di tepi jalan utama Cameron Highlands iaitu 4 km dari Tanah Rata dan 6 km selepas Bandar Ringlet. Bagi menarik perhatian pelancong, selain daripada menyediakan kedai cenderahati (gift shop) dan kafe, Bharat juga membenarkan korang menerokai sendiri suasana berada di ladang teh. Di mana korang akan berpeluang mengambil gambar, menyusuri laluan ladang teh dan dapat melihat dengan lebih dekat rupa daun teh yang sebenar (seronoknya!) Ingat lagi waktu kecik-kecik dulu, ayah pernah bawa i pagi-pagi ke sini semata-mata nak tunjukkan dekat i bagaimana cara orang bekerja mengutip daun teh (rindunya kenangan dulu).

Peta lokasi Ladang Teh Bharat dan kawasan sekitar di Cameron Highlands
sumber : http://www.cameronhighlandsinfo.com/

Alamat Ladang Teh Bharat ialah :-

Cameron Bharat Plantations Sdn. Bhd.
15-16 Main Road, P.O. Box 25
39007 Tanah Rata
Cameron Highlands, Pahang
Malaysia

No. Telefon : [05] 4911133
No. Faks : [05] 4911154

Emel : inquiry@bharattea.com.my

Nak baca sejarah mengenai penubuhan dan siapa pengasas kepada Ladang Teh Bharat. Korang boleh klik dekat sini ok ---> http://bharattea.com.my/bharat2/about.php

Selain tu, korang jangan lepaskan peluang untuk merasai kelazatan teh Cameron Valley keluaran Bharat di kafe Cameron Valley Tea House sambil menikmati permandangan ladang teh yang indah. Minum teh panas-panas waktu sejuk fuhh... memang nikmat sangat terasa. Bak kata Fara Fauzana, layan! (Hehehe). Ada pelbagai pilihan minuman dan makanan yang disediakan di sini. Antaranya ialah teh Masala, teh berperisa buah-buahan, teh kesihatan, teh serai (lemongrass tea), teh tarik float dan lain-lain lagi. Manakala untuk makanan pula, pilihan terdiri daripada brownies, scon, donut, kek keju, pastri, sandwich dan nasi lemak.

Cameron Valley Tea House yang pertama telah ditubuhkan pada Januari 2001 dan terletak betul-betul berhampiran jalan utama antara Ringlet dan Tanah Rata. Kemudiannya pada tahun 2005, Bharat telah menubuhkan Cameron Valley Tea House yang kedua yang terletak di antara Tringkap dan Kampung Raja. Dan rangkaian Tea House nya yang terbaru sekali, ialah terletak 500 meter daripada cawangannya pertama. Tetapi kali ini mempunyai kemudahan tempat letak kereta yang lebih luas, surau, tandas yang selesa, dan korang juga boleh membeli-belah di Gift Shop (Kedai Cenderahati) yang menawarkan pelbagai teh dan barangan keluaran Ladang Teh Bharat dengan harga diantara RM2.10 sehingga RM19.00 untuk dibawa pulang. Untuk membelinya secara online, korang boleh klik di sini ---> http://bharattea.com.my/bharat2/index.php?page=shop/browse

Waktu operasi : dibuka setiap hari bermula dari pukul 9:00 pagi hingga 6:00 petang.

Kini, berita baik untuk penggemar teh Bharat yang berada di Kuala Lumpur. Korang boleh menikmatinya di Bangsar Tea House hari-hari tanpa perlu pergi ke Cameron Highlands lagi (fuhh... jimat duit minyak. Hehehe).

Alamat Bangsar Tea House ialah :-

Cameron Valley Tea
No. 28, Jalan Telawi 5
Bangsar Baru
Kuala Lumpu, Malaysia

No. Telefon : [03] 2202 2155

Waktu operasi : dari pukul 10:00 pagi hingga 10:00 malam


Tamat cerita perjalanan i sepanjang berada di Cameron Highland pada 22hb hingga 23hb Disember 2011. Nak baca entry yang sebelum ini bolek klik link di bawah :-




Jom tengok gambar i sepanjang berada di Bharat Tea Plantation (yeay!)




Cantikkan permandangan ladang teh?




Kita orang order Kek Keju dan Teh Tarik Float


Klik pada gambar untuk melihat harga menu makanan dan minuman di Cameron Valley Tea House






p/s : hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri (chewah!)

7 comments:

  1. Cantik kan pemandangan dia. Feeling oversea gitu haha. Comel la anak anak akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok suasana hijau gitu kan? Kalau kat KL ni takde maknanya dapat tengok permandangan macam gini. Hehehe...

      Alahai mekasih awak :)

      Delete
  2. masa jannah pegi tak masuk pon,. amek gambo dari ats jer kat tepi jalan raya sbb masa tu dah odw balik. len kali pg mmg nak masuk sini gambar puas2 lah.dah lah tempat dia cantek kan kak? rugi betol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala... ruginya Jannah, kalau awak ambil gambar agaknya mesti cantik-cantik. Takpe, honeymoon sini k nanti. Kihkihkih

      Delete
  3. tgk map tu..terperasan.."awatnye name tmpat mcm kat bollywood.."..sekali..teliti betul2..ler..kat di sinun jee...hihihi...

    ..amboihh di sinun pun tak jejak lagi ko kan uchi..adeh...opss malunye...*geleng2 kepala sambil ttp muke*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada banyak nama macam bollywood Uchi oii... Ni orang mana ni? Tak pernah jejak Cameron Highlands :P hehehe

      Delete
  4. hi...i pun memang suka ke cameron...dalam setahun ada le 2 - 3 i pergi...seronok,tenang kat sana.

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)