Tiba-tiba tekak ni macam teringin sangat nak makan coklat celup-celup (chocolate dip). Hahaha... dah macam nama Nini Coklat Celup pulakkan? Sebenarnya i tak tahu nak panggil apa. Tapi senang cakap macam strawberry chocolate yang Siti Nurhaliza suka makan tu. Hah, kalau sebut macam gini automatik korang confirm fahamkan? (tahu sangat dah... kehkehkeh). Memandangkan takde stok strawberry dekat dalam peti ais rumah jadi i gantikan dengan biskut, kiwi, pear hijau, badam dan tambahan cornflakes (hambik kau, segala macam i celup. Agak-agak celup dengan ayam goreng sedap tak? Erk! Hehehe...)
Ikutkan cara masakan untuk coklat celup-celup yang i buat ni lebih kurang sama je macam makan chocolate fondue dekat restoran mahal. Tapi cara i ni diberi pendekatan kepada versi jimat kos (boleh gitu? Hehehe). Yelah, korang tengoklah gambar yang i letakkan dekat bawah tu. Cuba korang bayangkan, korang pergi makan chocolate fondue dekat restoran high class dengan kuali berlapis-lapis macam gitu, mahu menangis korang tengok.
Nak beli bekas buat chocolate fondue atau chocolate fountain tu pun entah bila i boleh jumpa. Jadi waktu nilah kita kena bertindak dengan lebih kreatif demi menggembirakan tekak sendiri, hubby dan anak-anak i yang lain. Soal rupa, kita buat-buat tak nampak jelah. Hehehe... janji perut kenyang.
Jom tengok macam mana cara nak sediakan coklat celup-celup ni. Kalau tak faham, korang rujuk terus dekat gambar bawah ok.
Cara Penyediaan / Resepi Untuk Strawberry Coklat / Coklat Fondue Atau Lain-lain
1. Sediakan satu kuali besar yang agak dalam dan satu periuk kecil. Penuhkan separuh bahagian air pada kuali besar tersebut, buka api kecil dan biarkan sehingga mendidih (pastikan air yang dipenuhkan pada kuali tersebut parasnya tidak melebihi periuk kecil. Contoh, boleh tengok dekat gambar pertama).
2. Kemudian, ambil dua genggam chocolate chip / cip coklat dan masukkan ke dalam periuk kecil. Angkat periuk kecil berisi cip coklat tersebut dan rendamkannya di dalam air yang mendidih pada kuali besar tersebut.
3. Kacau chocolate chip sehingga cair. Agak-agak kalau terlalu pekat, korang tambahkan dua sudu besar susu segar (i guna jenama Dutch Lady Full Cream) sedikit demi sedikit. Yang penting, elakkan daripada coklat menjadi terlalu cair atau terlalu pekat.
4. Sediakan lidi / pencucuk untuk memulakan proses celup-celup. Susun makanan / buah-buahan yang telah dicelup di atas paper baking. Pastikan coklat di dalam periuk kecil terus-terusan dipanaskan sewaktu sessi celup-celup dijalankan.
Macam mana? Senang je kan, nak buat coklat celup-celup ni. Korang cuba tau!
Pekat sangat ni. |
Nampak gaya macam dah boleh celup-celup |
Baki coklat celup-celup yang dah tak boleh nak celup lagik. I tuang terus dalam mangkuk ni. Habis cerita. Hehehe... |
p/s : i baru teringat macam pernah nampak bekas Chocolate Fountain ada terjual dekat Tesco. Kalau i jumpa i bagitahu korang ok.
weeee...
ReplyDeletecoklattt!
i likeee...
memang mak2 ni otomatik kena kreatif kan ...
syabbas betty!
Hahaha... mak encik pun sama kan? :)
Deletesedapnya tengok tapi mun tak suka makan coklat lah reena..heheeeee
ReplyDeleteAlaaa... ruginya Mun. Kita pulak suka coklat tapi tak suka gula-gula ;)
Deletebekas coklat fundue tu ada lah dijual...
ReplyDeletecuma tak ingat kat mana i nampak...
bowl yg last tu saaaannnnggatttt yummylicious ok!
Tulah kak, selalunya bila tak nak nampak aje benda-benda ni semua depan mata. Bila nak, terus tak ingat dekat mana tempat yang kita jumpa tu. Hehehe...
Deleteuih pandainya dia..tu la dah ada anak lg kena kreatif msk kan..blh cuba wat gak ni
ReplyDeleteA'ah betul tu Atie, nak bagi dorang bersemangat sikit makan :)
Deletemenarik!!!
ReplyDeleteKan kak kan? :)
Deletecoklat...woi......sedap nye...terliur je rase...:)
ReplyDeleteMemang pun!! Hehehe...
Deletethis is my favorite. and i love eating it! also, this is very interesting, they way you make it. ;)
ReplyDeleteNobody will refuse for chocolate :)
Deletehihihi..mmg versi jimat kos tp praktikal.
ReplyDeletecoklar celup celup ngn buah buah mmg maveles..
Hahaha... nanti cuba k Hanie ;)
Deleteokey tempting gila !!
ReplyDeletehuk huk
Melting gitu :) Hehehe
Deleteweeeeeeeeee aduh reena oitt bikin lecur lidah je...mesti sdp ni klu mama reena yg buat..
ReplyDeleteas u know saya adalah peminat stawberry ,coklat dan buah kiwi..perghhhhhh..
Hahaha... bestkan buah-buahan makan dengan coklat :)
DeleteFountain tu ada jual kat kedai baking Reena...kak Anis ada jumpa masa beli bhn2 baking
ReplyDeleteAda yg kecik comei sesuai utk family sis.
Yeke kak Anis? Lepas ni kena shopping dekat bake shop pulak nampaknya. Hehehe...
Deletesedapnya sis...
ReplyDeleteMemang sedap pun Miza :)
Deletepas bc entry ko ni br ku tau cara nak cairkan coklat..last time aku msk trus dlm kuali wuahaha
ReplyDeleteHahaha... bila kau cerita macam ni kan Jue, aku teringat first time aku cairkan coklat cara sama macam kau nilah sampai hangit-hangit jadinya :)
Deletesedapnya kak *nangis*
ReplyDeleteAloo... janganlah nangis, nah seketul. Hehehe...
Deleteberbaloikan buat sendiri kat umah...kalu makan kat luar mahal gak ni
ReplyDeletewah!! nk bli fountain tu kat mne kak Reena? nk cuba buat la klau ada fontain tu msti BEST kan? :)
ReplyDelete