Blogger templates

Jun 17, 2012

ThePopLook.Com

Hari tu baca entry Posh (si gorgeous yang suka naik motor besar) berkaitan PopLook. Especially tentang perasaan dia yang tak sabar-sabar nak beli baju dekat PopLook (hehehe.... sabar Posh... sabar). Ikutkan i pun memang minat dan ada beberapa koleksi daripada Poplook untuk dipakai pada hari-hari cuti (rasanya korang pun pernah nampak beberapa pakaian PopLook yang i gayakan dekat dalam blog ni kan?) Aik, tapi kenapa pakai hari cuti je? Sebab err... perasaan / feel pakai baju PopLook ni lebih terserlah pada hari cuti berbanding hari bekerja (hahaha... boleh tak jawab macam gitu). Entahlah, bila hari bekerja i lebih suka kenakan baju kemeja, cardigan atau t-shirt tutle neck dengan seluar panjang. Nampak lebih kemas dan senang i nak bergerak ke sana-sini. Kalau pakai dress labuh, tersungkur pulak i jadinya (ish-ish-ish).

Bagaimana i boleh berminat dengan pakaian PopLook?

Mula-mula dulu, i sangkakan PopLook ni nama kelab untuk peminat kamera lomo sebenarnya, jadi i takdelah excited sangat nak cari info lebih lanjut berkaitan PopLook ni. Maklumlah waktu tu, i tengah berjinak-jinak dengan kamera DSLR (Nikon D5100 kesayangan i). Sampailah satu hari tu, i ternampak Sazzy Falak post gambarnya dengan pakaian PopLook di Instagram, tak salah i tahun lepas (2011). Yang kelakar tu, hubby i yang beritahu i pasal pakaian PopLook yang Sazzy pakai ni (ish, tak boleh jadi ni. Hubby i lagik maju ke depan pasal fesyen daripada wife dia ni. Duhh...) Bila terpandang baju Sazzy, terus hati i menjerit "cantiknya!". Bermula dari situ, cepat-cepat i cari laman web / website ThePopLook.com <--- klik sini. Lagik membuatkan i bertambah happy bila semua pakaian dalam website PopLook memang cantik-cantik dan sesuai sangat dengan wanita bertudung. Kiranya masa tu bertepatan dengan diri i yang baru 'berhijrah' dan masih tercari-cari pakaian baru untuk digantikan dengan pakaian lama.

Untuk pengetahuan korang, i memang cerewet sikit (bukan sikit tapi banyak sebenarnya. Hehehe...) bila nak membeli pakaian. Lebih-lebih lagik pakaian yang dibeli melalui online ni. Dah banyak kali i hampir-hampir terpengaruh nak membeli pakaian Korea yang banyak dijual dekat blog-blog. Tapi bila i tengok tekstur kainnya, corak pada pakaian dan saiz yang meragukan (maklumlah model yang pakai pakaian Korea ni memang comel habis! Mana tak buat pakaian yang biasa-biasa pun boleh bertukar jadi double comel). So, i selalu batalkan niat hati, sebab tak confident dengan hasil pakaian yang akan i dapat nanti (yelah, walaupun beli online tetap kena bayar pakai duit. Ye tak? Hehehe).

Bila kali pertama i beli baju / pakaian PopLook?

Semenjak 'berhijrah' memakai hijab, i memang teringin sangat nak beli pakaian bercirikan dress labuh. Walaupun hakikat sebenarnya, i bukanlah wanita yang jenis ayu-ayu ber'dress' labuh ni (kih-kih-kih). Tujuan nak beli pun masa tu sebab kemungkinan pejabat i akan adakan dinner night. Bolehlah melaram sikit kononnya nanti. Jadi pada bulan September 2011, bermulalah sejarah i bersama PopLook, tanpa teragak-agak lagik, i dengan penuh confident nya terus sambar dua helai dress labuh. Tu pun setelah 4  hari 3 malam i memikirkan betul ke tidak keputusan membeli yang akan i buat (duhh... macam fikir apa je kan?) Oh, lupa nak bagitahu. Pos penghantaran untuk seluruh Malaysia adalah percuma tau (dorang gunakan Pos Laju). Best kan? Anggaran harga untuk pakaian PopLook ialah dari RM52.00 hingga RM139.00. Untuk aksesori pun ada jual jugak.

Tips membeli baju / pakaian PopLook (atau Beli Pakaian Online) serta Syarat Pemulangan

Selang dua hari kemudian, i pun terima dress labuh yang i order daripada PopLook (yeay!) Perasaan waktu tu, tak tahu nak cakap macam mana. Takut, excited, cantik ke, kecik ke, semua bercampur-aduk.  Walaupun pada tag pakaian PopLook ada menerangkan yang kita boleh pulangkan balik pakaian tersebut sekiranya tak berpuas hati dan tidak dikenakan sebarang caj tertentu (yang penting korang jangan potong tag tersebut). Kecuali sewaktu pemulangan semula pakaian tersebut sedikit bayaran postage akan ditanggung oleh korang. Tapi i tetap rasa berdebar. Kalau boleh, bila dah beli dan sampai di tangan i. I tak naklah pulangkan balik. Penat-penat tunggu, hati dah jatuh cinta habis. Bila test dekat badan, rasa macam tak kena. Boleh buat i frust terus dengan PopLook.

Tapi alhamdulilah, walaupun dress labuh yang i beli ni longgar sedikit tapi i rasa takde masalah sangat sebab i akan cover dengan jaket atau cardigan bila nak pakainya nanti. Apa yang i perasan, kebanyakan pakaian jenis dress labuh dalam website PopLook ni ialah antara saiz UK 6 hingga UK 10 (maksudnya untuk saiz S hingga M). Hah... jadi kalau dah dia nyatakan macam tu, korang kena pastikan saiz badan korang bertepatan dengan baju akan korang beli. Baca betul-betul keterangan pada gambar baju yang ada pada website PopLook, termasuk sekali dengan jenis material pakaian yang ingin dibeli. Sesetengah orang tak kisah dengan pakaian yang jenis melekap dekat badan (contoh kain jersey / jersey material), sesetengah orang mungkin lebih suka nampak loose / longgar (contoh kain chiffon / chiffon material). Dekat sinilah kita perlu berhati-hati. 

Walau macam mana pun, sehingga hari ni, i berpuas hati dengan pakaian yang i terima daripada The PopLook.

I pakai Mellow Jersey Blouse
5 hanger dari kanan ialah koleksi dress labuh milik i dari PopLook.
Tak ingat nama dress labuh ni. Rasanya PopLook dah tak jual lagik.
Dipenuhi bunga-bunga gitu.
Dress labuh kotak-kotak yang terbaru!
Blouse jenama Poppy kegeraman eh kegemaran i. Hehehe...
Macam nilah rupa bungkusan dari PopLook bila korang terima.
Carta Saiz Baju merangkumi Standard Size, US Size dan UK Size untuk rujukan korang. Sumber dari Ckrally.

p/s : Selamat membeli-belah online kawan-kawan.

51 comments:

  1. oh poplook ni sda tahu sya, aritu si awek oziel ade bgitaw..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, dah tahu pasal Poplook. Nanti hadiahkan girlpren ye.

      Delete
  2. saya pon suke baju2 dari poplook!! =D

    ReplyDelete
  3. akak pernah dengar pasal fesyen poplook ni tapi baru ni tahu apa itu poplook sebenarnya..agak2 kalau akak pakai comel mcm reena tak nanti? hehehehe...:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kelakar lah akak ni. Entah-entah akak lagik triple comel dari saya :)

      Delete
  4. wahhh comel comel!
    dot dot lagiks..hehehee

    ReplyDelete
  5. Byk gak dgr kwn2 suka poplook ni kak. Dorg xde butik ke sbb sy tak suka sht shopping online huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dorang memang takde butik Cha. Kalau takut tak sesuai beli sehelai je dulu, kalau tak membazir :)

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. eh kak reenaa sama la pulop kita punya polka dress tu.. :D.. yg hijo dress kat almari pun dari poplook ke.. kalau iya saya pun ada gop hahahha.. suka la poplook ni.. sbb labuh dress cantik molek je ngan saya yg katik ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh-eh... taste kita memang banyak sama kan Mun :) Sep!!

      Delete
  8. akak pnya koleksi brenda blouse..lembuttt je kain dia

    ReplyDelete
  9. kite tak padan pakai dress sebab kite pendek. huk huk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hukhukhuk... takpe awak jangan beli dress, awak beli skirt je Wana. Hehehe

      Delete
  10. sama la kite terjebak jugak kat poplook nih..konon takmo tgk sbb takut terjebak tp dapat cuci mata pun jadik la kan..yang tak beshnye kan kat poplook ni bile kebanyakan dress yg dia jual mostly utk orang yg badan langsing2 laa..so org yg saiz L cam sy ni jarang dpt pkai dress yg gojes2 tuh..ekcelli bole je nk kai saiz M tu tp tak selesa la sbb kain dia jenis yg melekap kat badan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, sekali dah terjebak dekat Poplook, hari-hari rasa nak bukak website dia. Haishh kopaks hehehe... Rasanya kalau awak takut melekap dekat badan, awak pilih material chiffon. Yang ni quite loose sikit bila pakai :)

      Delete
  11. cayalah beb...u kasi details...banyak info I ada....lepas ni kalau ada pakai pesen dari poplook kasi pose yer...suker semua ur collection samalah taste kita hehe...

    ReplyDelete
  12. penah ku dengar poplook.. rupanya baju..
    suka yang Mellow Jersey Blouse tu.. baju sy banyak fesyen mcm tu tp bukan poplook la.. beli kat butik2 kat shopping jer.. sbb baju tu boleh sembunyikan lebihan daging di perut.. heheeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kelakar tau statement lebihan perut tu. Rasanya beli dekat butik mesti boleh dapat harga lebih murahkan Far?

      Delete
  13. Sesuai sgt ngan org2 yang selim melim.. cantik.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi sebenarnya saiz baju ni besar untuk orang selim-melim dear. Hehehe :)

      Delete
  14. berhantu beli dr PL ni. kalau bule semua baju nak rembat kan!!

    ReplyDelete
  15. Dah lama perati poplook ni. Nak beli dr sini nnt baju tu jd mahal sbb kos pos lg...charge nak transfer duit dr sini lg. jd...tunggu la aku balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai sian Ratna. Takpe, hujung tahun awak dah balik kan? :)

      Delete
  16. Reena...mintak izin yer nak copy size chart tu kat my blog as a ref....TQ dear

    ReplyDelete
  17. tak penah pon membeli lagi di poplook sebab mun nie cerewet tahap gaban memilih baju..hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gaban pun tak teruk pilih baju eh Mun. Hehehe... Takpe, kalau nak test-test trylah beli sehelai Mun :)

      Delete
  18. i pon dah ader 2 collection dress dan 1 blouse...masih rasa xcukup nih...ekekekek :P

    ReplyDelete
  19. baju2 dkt poplook mmg shantek2 belaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pening dibuatnya nak pilih mana satu. Haishhh... :)

      Delete
  20. jarang sangat i pakai dress labuh ni reena...hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pun same dear. Sejak kenal poplook ni baru belajar jadi ayu gitu. Hahaha....

      Delete
  21. Kak Anis ada a few blouse n tunic...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti Kak Anis buat pakai pergi kerja kan? :)

      Delete
  22. nak tanya pendapat...kalau uk 12 besar tak?kalau org saiz L/XL blh muat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm... kalau UK 12 ni rasanya dalam kategori saiz M besar dan mungkin ngam-ngam untuk sesiapa yang biasa pakai saiz L. Kalau US 12 tu memang muat untuk saiz L/XL. Harap dapat membantu :)

      Delete
  23. Hihi.. Xmo letgo ke penny dress.. Hihi

    ReplyDelete
  24. nak beli dress tp takut la saya ni tinggi 165 takut singkat la...sue...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tingga 162cm, insya-Allah memang tak singkat :)

      Delete
  25. salam,,nk tye,, sy bru nk berjinak2 ngn shopping online di poplook kalau ketinggian sy 157 agak2 saiz m fit x dari segi labuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam awak... alahai susah nak jawab soalan ni lah awak. Saiz tak menentukan faktor ketinggian sebenarnya. Hehehe... Kalau nak tahu labuh ke tak drees poplook ni, labuh dia just nice je dengan saya yang berketinggian 162cm :)

      Delete
    2. kalau awak 162 ngam2..saya yang 150 ni nk beli kt mana... :( sedeh je..katek2 pun nk jugak pakai baju cantik2..huhu

      Delete
    3. kalau akak yg 162 pun ngam2...sy yg 150 ni nk beli baju cantik kt mane...katik2 pun terngin jugak nk pkai bju cantikkk..huhu

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)