Blogger templates

Mar 12, 2012

Buku Latihan KUMON / KUMON Workbooks

Semenjak Danish (anak i yang sulung) masuk ke Q-dees dari tahun 2011 (masa umur 5 tahun), i tengok dalam jangkamasa setahun ni, banyak perubahan dari segi pembelajaran yang dia dah dapat. Setakat ni, Danish dah mula tahu membaca buku bahasa inggeris / bahasa melayu, tahu membaca doa, tahu membuat kira-kira (matematik), tahu menulis dan lain-lain lagi (alhamdulilah). Hasil daripada sikap dia yang suka belajar macam-macam perkara, adik-adik dia (Ariana dan Damien) pun dah mula belajar sama-sama untuk kenal huruf dan nombor. Ariana jugak dah fasih cakap bahasa inggeris. Kadang-kadang i rasa nak tergelak bila perhatikan Ariana membebel dekat abangnya dalam bahasa inggeris. Ngalahkan mama dia pulak. Hahaha...

Macam mana pun, walaupun Danish dah banyak menguasai mata pelajaran dekat Q-dees. I perasan dia masih ada sedikit kelemahan terutamanya untuk pengiraan matematik. Kadang-kadang dia keliru antara addition (tambah) dengan subtract (tolak). Bila i cuba terangkan perbezaan kedua-dua cara pengiraan, dia mula faham. Tapi selang dua atau tiga soalan, dia jadi keliru semula. Sejak tu, i mula fikir macam mana cara untuk Danish kuasai subjek matematik (yang merupakan subjek kegemaran i waktu sekolah dulu-dulu). Kalau tengok dari umurnya yang baru 6 tahun (bulan April nanti), sepatutnya i tak perlu risau apa-apa. Tapi i tak nak kelemahan Danish ni dibiarkan macam tu aje. Waktu umur macam nilah, kita kena selalu bagi galakan dan sokongan supaya dia tak putus asa.

Melalui perbualan i dan beberapa kawan, i dapat maklumat mengenai KUMON. Mula-mula i sangkakan KUMON ni ialah tempat tuisyen untuk budak-budak sekolah rendah dan menengah. Bila baca melalui internet, barulah i tahu KUMON sebenarnya ialah program pembelajaran matematik dan bahasa inggeris bermula dari usia kanak-kanak 4 tahun hingga ke atas. Banyak jugak komen di dalam blog yang i jumpa pasal kehebatan KUMON ini.

Ini serba-sedikit info yang i dapat melalui website KUMON sendiri.

APAKAH SEBENARNYA KAEDAH PEMBELAJARAN KUMON?

Kumon adalah satu kaedah pembelajaran secara individu. Titik permulaan bagi setiap pelajar Kumon ditentukan secara individu. Pelajar bermula dengan tahap di mana mereka boleh mencapai skor yang sempurna melalui pembelajaran secara sendiri. Lembaran kerja yang disediakan oleh KUMON telah direka bagi membolehkan pelajar memikirkan bagaimana cara menyelesaikan masalah mereka sendiri. Sekiranya pelajar terus belajar pada kadar keupayaan mereka sendiri, mereka akan lebih berupaya untuk mengejar pembelajaran yang ditentukan oleh sekolah mereka. Malah mungkin dapat pergi lebih jauh.

NAK TAHU MENGENAI SEJARAH KUMON?

Pengasas KUMON iaitu Toru Kumon yang merupakan guru Matematik sekolah tinggi, telah membangunkan prototaip Kaedah Kumon pada tahun 1954. Pada waktu itu, isteri Toru Kumon, Teiko, meminta beliau melihat pada pelajaran aritmetik gred kedua anak sulungnya, Takeshi kerana dia tidak berpuas hati dengan keputusan ujian yang diambil oleh Takeshi.

Matlamat Toru Kumon pada mulanya ialah untuk mencipta satu koleksi kepada permasalahan Matematik asal agar Takeshi dapat menyelesaikannya secara progresif, sendiri dan membenarkan beliau untuk membangunkan kemahiran beliau secara beransur-ansur. Selepas banyak percubaan dan kesilapan, dia telah menghasilkan satu siri bahan pembelajaran ditulis pada kertas bersaiz A5.

Ciri utama bahan pembelajaran ini ialah fokus kepada pengukuhan kemahiran dari segi pengiraan. Ini membolehkan Takeshi memajukan dirinya dengan lebih pantas berdasarkan pembelajaran Matematik yang lebih tinggi. Melalui pengalaman beliau sebagai guru sekolah Matematik tinggi, Toru Kumon yakin bahawa menguasai cara pengiraan adalah kunci untuk membolehkan anaknya mempelajari konsep Matematik yang lain.

Pada bulan Julai 1954, ketika di gred dua, Takeshi mula mengkaji hasil bahan pembelajaran yang dilakukan oleh bapanya. Beliau berjaya menyelesaikannya secara sendiri. Dan apa yang menariknya sewaktu beliau di dalam gred 6, beliau telah dapat menguasai kalkulus bagi pelajar gred 11.

Hasil daripada kejayaan yang dilakukan oleh Takeshi, Toru Kumon terus mencipta bahan-bahan pembelajaran setiap hari. Melalui proses ini, falsafah di sebalik Kaedah Kumon mula muncul iaitu, setiap individu tanpa mengira usia dan gred berpotensi untuk mencapai kejayaan. Toru Kumon percaya bahawa apa yang mungkin dilakukan oleh seorang kanak-kanak adalah mungkin dilakukan oleh kanak-kanak yang lain. Oleh itu, beliau telah menawarkan peluang kepada ramai kanak-kanak untuk mempelajari kaedah ini.

Sumber : http://my.kumonglobal.com/page.jsp?id=715&version=sg
Olahan oleh : Reenaonline


Untuk mengetahui harga / caj / yuran pembelajaran di KUMON (KUMON fees), korang bolehlah klik dekat sini ---> http://my.kumonglobal.com/page.jsp?id=724&version=my

Manakala untuk mengetahui alamat pusat pembelajaran KUMON yang berhampiran dengan rumah korang, korang boleh tengok dekat sini ---> http://my.kumonglobal.com/page.jsp?id=736&version=my

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai KUMON, korang boleh hubungi melalui nombor telefon ini
1800-88-1010
(dari pukul 9:00 pagi sehingga 5:30 petang pada hari bekerja)


Walaupun dah tahu serba lengkap info mengenai KUMON, i masih tak masukkan Danish ke mana-mana pusat pembelajaran KUMON sebenarnya. I rasa macam tak sampai hati nak bebankan Danish banyak waktu untuk pergi belajar ke sana-sini. Sehinggalah satu hari tu, i pergi ke POPULAR Book Store, Sunway Pyramid untuk cari buku latihan matematik Danish. Dan apa yang buat i bertambah happy sebab i terjumpa pelbagai buku latihan untuk kanak-kanak, keluaran KUMON sendiri (yeay!) Maksudnya Danish boleh belajar dan buat ulangkaji matematik bila-bila masa dengan kaedah KUMON tanpa perlu pergi ke KUMON (jimat tu... hehehe). Tapi sayangnya waktu tu, buku latihan Matematik KUMON (KUMON Math Workbooks) dah kehabisan stok. Habis semua kedai buku i cuba dapatkan buku latihan ni. MPH, Borders, POPULAR Book Store, Ikano dan macam-macam cawangan kedai buku lagi. Sampailah satu hari tu akhirnya i jumpa dekat Kinokuniya Book Store, KLCC (fuhh... demi masa depan anak punya pasal. Sanggup susah-payah tau).

Harga kesemua jenis buku latihan KUMON di Kinokuniya ialah RM27.58. Rasanya kalau beli di MPH atau di POPULAR, harganya berbeza iaitu RM28.90.

Kalau korang nak dapatkan buku latihan KUMON melalui MPH online, korang boleh klik DI SINI

Atau pun terus ke website yang ini ---> www.kumonbooks.com. Cuma untuk website ni atas harga luar negara tak berapa pasti berapa caj penghantaran dikenakan. Tapi kalau korang nak tengok nama-nama senarai buku latihan KUMON yang lain. Memang sesuai rujuk di sini.

Nak tengok macam mana rupa sebenar buku latihan matematik KUMON ni. Jom tengok gambar dekat bawah.



Senarai buku latihan KUMON yang lain




p/s : Sesiapa yang tengah cari buku latihan untuk anak-anak, i memang cadangkan supaya korang beli je buku latihan KUMON. Latihan yang ada dalam buku ni memang padat dan lengkap.


28 comments:

  1. eh..bagus nye.. :) my Little Khadeja pun ade problem dgn addition dan subtract sbb di amudah confuse...so far bila dah masuk standard 1 ni...subjek dia xlah advance sgt ...sma mcm kat q-dees (rasa advantage sbb hantar dia ke q-dees dulu) tp i tetap risau takut dia buat silly mistakes...so now i hantar dia pegi kat CENPAD Arithmatik class...alhamdulillah lps 2 kelas nampak improvement...dan dia pun suka cara pembelajaran kaedah arithmetik ni.. :)kira guna abacus.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. CENPAD Arithmatik?? Wahh... macam menarik je awak. Tulah, kalau Danish dah masuk standard 1 kena jugak bagi dia extra class nampak gayanya :)

      Delete
    2. hehehe...tp kan just nak share..arithmatik ni good if you start awal..lg awal lg bagus sbb brain bdk2 ni tgh berkembang ...4-10 is the best time.. :)

      Delete
    3. Memang betul tu, waktu umur ni otak dorang umpama sponge semua input dorang boleh absorp. Insya-Allah one day memang nak hantar dorang pergi kelas mcm ni :)

      Thanks for sharing :)

      Delete
  2. skang mmg mencabar tgk pelajaran anak..semuanya mcm kejar mengejar..klu kt umah rajin buat latihan insyaAllah bley catch up la kt kelas..esp klu duduk kelas yg 1st kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah... kalau zaman kita dulu, mak ayah pun takdelah nak heran sangat pasal pelajaran kita. Pandai-pandai lah sendiri nak belajar macam mana. Tapi sekarang ni seboleh-boleh nak pastikan anak-anak berjaya sebab budak-budak zaman sekarang ni pun dah makin advance belajar.

      Delete
  3. gud info nie...
    ritu gi Popular pun xder stok...
    so end up beli gak buku Math & english yg biasa2 nye...
    utk latih kat rumah jer...
    bila2 nak gi kino gak ler cari kat situ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku Q-dees ni memang laris dipasaran kak. Ada sekali tu saya pergi Borders, budak dekat situ beriya-iya cakap stok buku Q-dees memang baru sampai 2 hari lepas. Bila tanya dia mana bukunya? Budak tu sendiri pun tak percaya yang buku tu dah habis stok.

      Delete
  4. mmg baca review bagus KUMON ni....kebanyakkan parent yg hantar anak2 depa lebih pintar!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah nak bagi pintar punya pasal kenalah berbelanja lebih T____T

      Delete
  5. thanks for sharing kak. boleh guna pakai bila dah kawen n ada anak nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... bagus tau dia ni. Akak dulu-dulu belum kawin langsung tak heran, tapi start ada anak sulung barulah sibuk cari sana-sini info.

      Delete
  6. wah interesting ni..tmpt kan..agk2 klu ai register kat kumon ni ape perubahan yg ketara ekk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah tua, kumon tak nak ambik jadi student lagik. Hehehe

      Delete
  7. salam sis, i mmg tgh cr buku kumon ni tp kalau dlm on9 tu sy ak tahu apa beza yg namanya cover2 (kumon juga) tu berbanding buku akt kumon? susah tau cr buku ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam :)

      Err... Actually kurang paham soalan awak. Nak tahu perbezaan Kumon dgn buku lain? Buku Kumon ialah buku aktiviti yg biasa digunakan di Kumon. Jadi setiap soalan direka untuk pelajar-pelajar Kumon. Buku lain hanya buku aktiviti biasa.

      Delete
  8. sy tgk dlm MPH online...ada nama book cover kumon jugak, tu yg kurg fhm tu, sis blh tgk on9 diaorg.....harga pun sama je dgn buku aktiviti dia....nak tanya, ok ke buku2 akt kumon tu sis? kat semenanjung mmg byk stok yg dikehendaki ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ada letak link baru untuk dapatkan buku aktiviti / latihan KUMON ni. Cuba tengok dekat sini ok http://www.kumonbooks.com

      Delete
  9. sebelum nie saya beli dari amazon.com... dah ada 10 buah ,, maze, tambah , tolak, number... tak tau pula ada dijual kat malaysia( ingat perkhidmatan pusat tuesyen kumon jer yg ada )) .. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah dah ada jual dah sekarang ni dekat Malaysia tapi laris sangat sampai ada certain tajuk tu rasanya saya kena beli online jugak :)

      Delete
  10. kumon ni mmg bagus untuk anak2.anak yg sulung nak suruh hafal sifir boleh jadi dia menangis kena marah.bila masuk kumon ni alhamdullilah dapat hafal dgn mudah.mmg saya akui kumon ni dapat membantu anak2 kita.x rugi walaupon mmg mahal sikitlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, seronok kan kalau tengok perkembangan baik untuk anak-anak sendiri. Takpe berhabis sikit janji anak-anak kita berjaya :)

      Delete
  11. terima kasih for d info.sbnarnya sya tengah survey ttg kumon ni..tp tetap nak tau juga apa pendapat ibu bapa yg ada pengetahuan ttg nya..so far,mmg sya dah pergi dan berhasrat nk register ank (bru 4thn 6bln)thn lalu..tp telalu awal..utk memantau selalu xdpt,insyallah lepas ni sya masuk kan terus.tqvm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Your welcome awak :) Semoga anak awak sukses selalu. Good luck!

      Delete
  12. latihan yg kumon bagi kat student mmg bagus sgt. saya penah keja ngn kumon (part time). kat kumon ni student dtg kelas trus wat latihan,lagi bnyak soalan dorng dapat siapakn lagi bagus n masa diambil kira jgk, soalan2 yg student xblh nak wat akan dibantu oleh cikgu2 kat kumon.. :)

    ReplyDelete
  13. Bgusnya... I bru nk masukkn ank ke situ ank i yg darjah 1

    ReplyDelete
  14. babe mcm mana kelas english dia ok gak sebagus math class ke...rina ingat lagi tak time kita ada tuisyen rima jer hahahahahahahah

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum babe...google pasal kumon keluar lak blog ko hahaha...babe semua reviw pasal math class how about kumon english class ok ke???kita dulu mana ada semua nie yg ada pusat tuisyen rima or KTC hahahahahah

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)