Blogger templates

Dec 27, 2012

Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating

Korang pernah makan telur penyu tak? Masa i kecil dulu-dulu (awal tahun 80-an) selalu jugaklah i dapat merasa makan telur penyu ni especially bila saudara-mara i pergi bercuti ke Terengganu. Inilah ole-ole wajib yang dorang akan bawa balik untuk i sekeluarga. Excited betul bila tengok telur penyu ni, dahlah macam bola pingpong, putih bersih lepas tu kulit dia unik sangat. Tak keras macam telur ayam tu tapi kalau korang tekan, shape dia mengkerekot jadi tak sekata. Dah tu lepas rebus je dalam air, automatik shape dia jadi bulat balik. Wah, magic!!! Hahaha... anak siapalah yang jakun bebeno ni? Heee...

Yang bestnya, part nak makan telur penyu pun ada caranya tersendiri tau kawan-kawan. Bukan main pecahkan je kulit dia macam korang makan telur-telur lain tu. Mula-mula, korang kena slow-slow koyakkan sikit permukaan telur penyu. Lepas tu dekatkan dengan mulut korang, tekan dan sedut isinya cepat-cepat. Macam mana eh rasa telur penyu? Terus-terang i cakap rasa dia memang pelik, macam nak termuntah pun ada jugak. Hahaha... suspen je dengar kan, sebenarnya takdelah teruk sangat. I yang kecik waktu tu pun relax je boleh bedal telur penyu sampai 3 biji. Ikutkan rasa telur penyu ni lebih kurang sama je macam telur ayam separuh masak cuma bahagian kuning dia keras sikit dan ada rasa macam makan pasir sekali bila kunyah. Walaweh... Hebat tak ingatan i tentang perasaan makan telur penyu ni? Dah lebih 20 tahun tu i tak makan telur penyu. Lebih-lebih lagi sejak kerajaan umumkan yang penyu adalah binatang terancam / pupus (ewah, menyahut seruan kerajaan gitu ye. Hehehe). Actually i kesian dekat penyu... Punyalah bersusah-payah dia bertelur, senang-senang je manusia rembat telur dia buat makan (eh, refer diri-sendiri ke?) So, kawan-kawan jom kita support jangan makan telur penyu lagi k. Makan telur ayam je dahla, tak pun telur itik. Telur puyuh pun sodap jugak. Telur buaya? (tu kalau korang sanggup. Erk!) Hehehe...

Kenapa tiba-tiba buka topik pasal telur penyu ni? Saja nak imbas kenangan dulu (ewah!) Sebenarnya nak bercerita dengan korang tentang Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating, Pahang yang i pergi pada 3 Julai 2012.


Apa itu Pusat Penerangan dan Santuari Penyu?

Ianya merupakan sebuah tempat perlindungan, penetasan, penyebaran maklumat, pembelajaran dan penyelidikan mengenai penyu.

Santuari Penyu Cherating telah beroperasi sejak tahun 1972 sebagai pusat penetasan penyu. Walaubagaimanapun pada tahun 1997, Kerajaan Negeri telah membina sebuah pusat khusus untuk memberi perlindungan dan pengurusan penyu yang bersistematik.

Terletak di pesisir Pantai Chendor, Cherating, Santuari Penyu meliputi kawasan seluas 0.3 hektar dan diuruskan oleh Jabatan Perikanan Negeri. Santuari ini menyediakan tempat mendarat bagi penyu-penyu pada bulan April hingga Ogos disamping sebuah pusat penerangan untuk pelawat-pelawat.

Santuari Penyu mula dibuka kepada orang awam pada 1 Jun 1998.

Sumber : Dari lokasi Santuari Penyu Cherating
Olahan : Reenaonline


Alamat Pusat Penerangan dan Santuari Penyu :-

KM 45, Jalan Kuantan - Kemaman,
26080 Kuantan, Pahang

Lokasi Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating terletak bersebelahan dengan Club Med, Cherating.

No. Telefon : 09-5819087
No. Faks : 09-5819124
Emel : penyuphg@tm.net.my

Waktu operasi : Hari Selasa hingga Ahad dari pukul 9:00 pagi hingga 1:00 petang. Kemudian bersambung dari pukul 2:00 petang hingga 5:30 petang.
Manakala hari Jumaat pula, dari pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. Dan bersambung dari pukul 3:00 petang hingga 5:30 petang.


Jenis aktiviti / tarikan utama di Pusat Penerangan dan Santuari Penyu :-

1. Lawatan ke Tapak Penetasan Telur Penyu
2. Pelepasan anak-anak penyu
3. Lawatan Pameran (Statik), penerangan dan tayangan video
4. Program "Turtle Watching" sebelah malam di sepanjang Pantai Cherating sejauh 3.5 KM
5. Program Penyelidikan



Bagaimana keadaan sebenar di Pusat Penerangan dan Santuari Penyu?

Review ni hanya berdasarkan dari pengalaman i ye (no heart feeling).

1. Kita orang tiba dekat sini lebih kurang pukul 2:00 petang. Sunyi-sepi betul sampaikan serba-salah i nak masuk (mungkin sebab bukan musim cuti sekolah kot).
2. First impression : "hidup lagik ke tempat ni?" Hehehe.... Jujur tak?
3. Masuk adalah PERCUMA dan sebelum masuk kena isi guest book. Bila tengok senarai guest book, untuk hari ni dah ada beberapa orang yang datang sebelum kita orang (ok, i ingatkan dah bertahun-tahun takde orang datang. Eh! Statement ku! Hehehe).
4. Donation / derma sangat dialu-alukan.
5. Suasana dalam tempat / bahagian pameran. Old-skool tak hingat. Macam pameran sekolah pun ada.
6. Bahagian luar pameran ada menempatkan empat-lima ekor penyu dewasa dan berpuluh-puluh ekor anak penyu dalam kolam kecil (ini penyu yang real tauyang replika pun ada jugak). Barulah semangat sikit rasa bila nampak penyu.
7. Entah mana sesatnya, kura-kura pun ada dekat sini (eh, penyu dengan kura-kura sama spesis ke?)
8. Kesian tengok anak-anak penyu yang meronta-ronta nak keluar dari jaring. Tak faham kenapa dia tak biarkan anak-anak penyu tu lepas bebas.
9. Kawasan dekat sini memang bersih dan terjaga elok (yang ni, i memang puji).
10. Untuk rating, hmm... i bagi 2.8 bintang daripada 5 bintang. Oklah, walaupun tak berapa menarik tapi sekurang-kurangnya tempat ni berikan serba-sedikit pengetahuan untuk anak-anak i. At least anak-anak i kenal macam mana rupa sebenar turtle.

Insya-Allah i nak datang lagi ke sini untuk bawa anak-anak i tengok penyu bertelur pulak. So, i harap Santuari Penyu Cherating akan lebih menarik di masa akan datang.

Kalau korang nak dapatkan gambaran lebih jelas mengenai keadaan sebenar Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating, bolehlah klik sini ---> http://mynewshub.my/2012/09/23/pusat-santuri-penyu-cherating-perlu-dana/ (kesian pusat ni kan?)




















p/s : Bila tengok penyu dekat sini teringat cerita kartun Ninja Turtle yang suka makan pizza tu. Hehehe...

15 comments:

  1. oh goodness, your kids are so cute! i enjoyed seeing some photos of turtles! the place you've been visiting always seems more interesting and fun to visit. :)

    ReplyDelete
  2. Akak, kat Terengganu pun semakin susah nak cari telur penyu . Kalau dapat jumpa, harga mencekik darah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errr... tak yah carilah awak. Kesian dekat penyu. Hehehe :)

      Delete
  3. I tak pernah makan telur penyu tu, mmg tak nak makan. tu la kesian bersusah payah menangis2 dia bertelur, senang2 orang ambik makan kan. your kids yg somel somel tu happy la kan jalan2 tengok penyu real lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah dorang tak berhenti sebut perkataan turtle... turtle... sampaikan siapa lambat pun jadi, "slow like a turtle" Hahaha!

      Delete
  4. dekat dgn club med.. ritu kami pergi asyik tutup jer.. tension..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah betul tu awak, kadang-kadang tengok je macam tutup. Awak kena intai masuk dalam baru tahu dia bukak ke tutup :)

      Delete
  5. eh nak pegi lah... good infor laa riena...

    ReplyDelete
  6. rajinnya buat lawatan kt tempat2 mcm ni..
    seumur hidup rasanya lum penah try kot telur penyu.. reena mkn mentah2 ke buat separuh msk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eee... makan mentah-mentah tak sangguplah FAR... Mestilah rebus dulu, baru makan. Hehehe :)

      Delete
  7. lau nak wak dukomentari psl kura-kura leh x kat cni??tgok mcm penyu je byk..hehehe

    ReplyDelete
  8. lau nak wak dokumentari psl kura-kura ad x kat tmpt nie??tgok mcm penyu je yg byk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah nama pun tempat penyu mestilah penyu yang banyak. Tak sure pulak, apa kata try contact tempat ni untuk dapatkan info lanjut :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)