Blogger templates

Mar 28, 2012

Print & Redeem KFC Voucher




Klik untuk tumbesaran dan print untuk kebahagiaan perut korang

Daripada hari Isnin (26 Mac 2012) sampai hari ni, i sibuk sangat dengan kursus. Sampaikan nak taip untuk entry baru pun, terasa macam segala idea dah kena sedut waktu kursus tiga hari (adeh... Ni belum Kursus Bina Semangat baru kursus kena dengar je. Hehehe). Tapi yang best tu, balik-balik kursus i periksa inbox emel dan terjumpa TM Rewards KFC Voucher (Baucer KFC ganjaran daripada TM). Alahai... mekasih ye untuk kawan pejabat i yang baik hati. Selalu sangat dia update i dengan segala free voucher (baucer percuma). Maklumlah i ni kadang-kadang bukan pedulik sangat dengan dunia luar (bukan tak nak ambil pedulik tapi tak berkesempatan nak ambil pedulik. Huhuhu).

Jadi untuk korang semua, jom ramai-ramai kita serbu KFC daripada hari ni (28 Mac 2012) sampailah 30 Jun 2012 (fuhh... makan KFC secara marathon sampai 3 bulan. Pengsan! Hehehe). Tawaran hanya sah untuk KFC Semenanjung Malaysia kecuali KFC Genting Highlands, KFC Cameron Highlands, KFC Genting First World, KFC KLIA, KFC LCCT, KFC Senai Airport dan KFC Langkawi.

 CARA-CARA UNTUK MENEBUS VOUCHER INI

1. Pertama sekali, korang kenalah print (cetak) voucher ini samada berwarna atau pun hitam putih.

2. Serahkan kepada mana-mana KFC yang macam i nyatakan tadi untuk mendapatkan ganjaran makanan KFC berupa 3 keping (pieces) ayam, 1 Colonel Burger, 2 Whipped Potato (regular), 1 Coleslaw (regular) dan 2 Iced Lemon Tea (regular). Korang boleh tebus voucher ini samada untuk makan dekat KFC atau pun bawa balik rumah (take away) tau (yeay!!)

3. Serahkan duit untuk bayaran yang hanya berjumlah RM19.90 (kalau harga normal RM26.40. Jimat tau). Eh, jangan lupa kira sekali 6% cukai kerajaan waktu nak buat bayaran. Kalau ikut kiraan i, jumlah semua sekali korang kena bayar RM21.09 (oklah tu kan?)

4. Lepas tu, apa lagik. Baca bismillah dulu dan makanlah sepuas hati korang.


p/s : Nampaknya macam nak pergi KFC je balik pejabat nanti. Kihkihkih. Tak larat nak masak. Nak lepak depan TV sambil makan KFC.

26 comments:

  1. jannah pon nak print!!!
    tp en tunang and mak ayah. tak suka makan kepsi. terpaksa bawak mmber lah ke kepsi
    hee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye... silakan Jannah. Hehehe... Sian dia tak dapat makan kepsi dengan yang tersayang.

      Delete
  2. thanks share..dah print pon..:)

    ReplyDelete
  3. suka suka sukaaaa!
    moh kita serbu kehepsi kampung (SU) kita ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kita dah pegi pun semalam (28 Mac 2012)... Jom-jom :)

      Delete
  4. harus pi ni...lagipun promo lama cuma tak tau just for dine or can take away too

    ReplyDelete
  5. dah lama tak p kfc.lgpun tepung magik dah ada.hakhak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamboii... eksyen ye dia... hehehe

      Delete
  6. murah!
    ni baucer btl2 kan jgn kang present kt kaunter skali x valid
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kalau tak valid, suh manager kfc tu jumpa kita :)

      Delete
  7. kfc.. idaman ku seeeelalu.. hehe.. takde printer ni... agak2 angkat lappy ni tunjuk kat kaunter kfc tu bole? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Bagus jugak idea tu kan? :)

      Delete
  8. ooooo gi kursus tu ek...
    lepas nie nak minta tlg tulis minit mesy leh?
    hehehehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Kursus mana lagik kak :) kursus tu lah

      Tapi not bad jugak tau kursus tu, nampak sangat selama ni semua org dkt sini fail buat semua tu. Penat bergelak sakan bila penceramah tu buat review satu-satu :)

      Delete
  9. reena masih valid lagi ke? ai nk print LAH.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duhh... valid laa...kan dah mention dah kat atas tu boleh guna sampai bulan Jun :)

      Delete
  10. kalo mse bli 2 gne 2,3 baucer boleh ke? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak berapa pasti pulak pasal hal tu :)

      Apa kata awak cuba tanya dekat pekerja KFC tu, mana tahu rezeki awak, boleh guna 2, 3 baucer sekaligus :)

      Delete
  11. sekarangg nie mcm2 redeem yg ada.. tak tau nak pilih yg mana.. ada satu nie, pakai mobile apps, dia org namakan Cell.Ads.. korang download mobile apps kat blackberry or androids hp koranggg, u all can start kolek bonus points.. bonus points dia org ni unik sket, setiap kali graphic ads dia org pop-up setelah u all terima call or sms, u all dpt points.. points nie boleh tukar ngan voucher, tak yah beli apa2 pun, ada voucher kfc, gsc, aeon, mcd dll.. graphic ad yg pop tu kreatip n innovatip gak.. dah cam wallpaper biler dia pop-up.. menarik gak, kreatip n innovetip gak bebudak malaysia nie.. kalu korang nak tau lebuh pegi website diaorg www.cellads.net.my atau facebook www.facebook.com/CellAdsM.. aku dah try n tengah kolek points ler ni.. no harm kalau free apps dan free kolek points.. pastu redeem vouchers biler points dah cukup tak yah kena beli apa2 lagi.. hanya sekadar syer ngan korang jerr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice info. Macih ye sebab sharing :)

      Delete
    2. Sharing is caring... Hehehe.. Btw u dah donload ke? How do u find the cell.ads apps reena? Thks y

      Delete
    3. Sharing is caring.. Hehehe.. Btw u dah try donload ke cell.ads apps tu? If dah, how do u find it? Thks yer

      Delete
    4. Sharing is caring... Hehehe.. Btw u dah donload ke? How do u find the cell.ads apps reena? Thks y

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)