Blogger templates

May 26, 2012

Uncle Lim's Cafe

Selalunya bila tiba hujung minggu, lepas dah selesaikan semua kerja-kerja dekat rumah. I dan hubby akan bawa anak-anak kecik kita orang pergi jalan-jalan dekat shopping complex yang berhampiran (hampir tak hampir 30 minit jugaklah daripada rumah. Hehehe...) Budak-budak kan suka berjalan, mana boleh duduk diam je dekat rumah. Kalau nampak mama papanya ada dekat rumah dan tak pergi kerja, soalan wajib dorang ialah "bila kita nak pergi jalan-jalan mama?" Jadi selalunya i akan jawab, "if you're listen to mama papa, clean-up your toys yang bersepah and don't be naughty. Nanti mama papa bawa jalan-jalan." Ikutkan kalau i tak cakap macam ni pun, alhamdulilah dorang memang mendengar kata dan tak banyak karenah pun.

Cuma i suka selalu ingatkan dorang bertalu-talu. Nak tahu kenapa? Budak-budak yang berumur 1 hingga 6 tahun nilah yang paling mudah dilentur dan paling mudah lupa. Bila kita selalu ingatkan perkara-perkara yang baik dan beritahu dorang perbezaan baik dan buruk. Mereka akan jadikan perkara tu habit / amalan. Kadang-kadang tu bila i dekat dapur tengah memasak, i akan dengar yang tua sulung akan berkata dekat adik-adik dia yang lain, "Please don't make a mess, nanti mama marah. Put your toys back on their place." Sejuk hati rasa bila dengar. Yelah, selalunya yang sulunglah jadi contoh terbaik untuk adik-adikkan?

Jadi bila dah bawa berjalan-jalan (tak shopping pun), aktiviti utama mestilah ada makan-makan (wajib ni. Hehehe). Tempat yang jadi pilihan utama kita orang bila berada dekat Ikano Power Centre ialah Uncle Lim's Cafe. Soalan pertama yang bermain dalam kepala korang mesti, halal ke tempat ni? Ya, memang ada logo halal dekat kedai makan ni. Kalau tak percaya, korang boleh pergi ke website / laman web Uncle Lim Cafe dekat sini ---> http://www.unclelimscafe.com/. I nak ambil gambar logo tanda halal tu serba-salah sebab baru terpandang ada logo no camera dekat situ (adehh...)  Kalau tak puas hati lagik, korang aju je soalan korang dekat website Pakcik Lim ni.

Hampir semua menu dekat sini, i dah cuba. Best dan sedap! (Nak tengok menu-menunya yang mengancam perut korang, cuba picit dekat sini ---> http://www.unclelimscafe.com/menu.htm). Servis perkhidmatan pun laju. Baru sembang 5 minit, makanan dah muncul depan mata. Kawasan tempat makannya pun luas cuma bila waktu hujung minggu memanjang penuhnya. Tapi jangan risau setakat ni i berjaya je makan dekat sini. Korang buat-buatlah berdiri dekat sebelah meja orang yang dah habis makan tapi tak reti nak bangun tu. Insya-Allah mesti dorang rasa serba-salah dan beredar (hahaha... kejamnya aku).

Alamat Uncle's Lim Cafe ialah :-

LG 15 (P1), IKANO Power Centre
No. 2, Jalan PJU 7/2
Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Nombor Telefon : [03] 7725 4381
Nombor Faks : [03] 7725 5425

Waktu operasi :-
9:30 pagi hingga 10:00 malam (dari hari Isnin hingga Jumaat)
9:30 pagi hingga 10:30 malam (hari Sabtu dan Ahad)

Lain-lain cawangan Uncle's Lim Cafe ialah di Subang Parade dan SStwo Mall
Alamat boleh rujuk dekat sini ---> http://www.unclelimscafe.com/index.htm


Jom tengok gambar i sekeluarga yang makan-makan di Uncle Lim's Cafe.

Senarai menu makanan dan harga yang ada dekat sini.
Senarai harga minuman dekat Uncle Lim's Cafe.

Ni nama dia Uncle Lim's Laksa. Kuah dia best sangat! Harga RM8.90.

Nama air ni Cham. Campuran teh dengan kopi. Harga RM3.50.

Otak-otak demok yang sedap! Harga RM3.40.


Hubby i makan Nasi Lemak Ayam Goreng. Harga RM9.90.

Danish, menu sama macam papa.

Damien tak kisah langsung, sibuk dengan games (huhuhu...)

p/s : Mana Ariana? Ariana tidur (duh... sedangkan dia yang beriya-iya ajak jalan-jalan tadi). Anyway, apa aktiviti korang hari ni?

23 comments:

  1. Ni ala2 kopitiam ke kak? Sy tak brp suka sgt klau ala2 kopitiam. Yg sy suka kopi dia je hee.

    Sy keje kak huwaaa sedihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah dear memang ala-ala kopitiam pun. Akak pulak tak suka kopi, lebih suka minum teh. Hehehe...

      Anyway waktu keje hujung minggu dah tamat kan? Hehehe... selamat bersuka ria kembali ye Cha :)

      Delete
  2. aktiviti mak encik di hujung minggu selalu nya ada di sekitar rumah je, almaklum pak enciknya time hujung minggu la ni peak our waktu berkerja nya ... maka klu nak ke mana2 kami prefer hari bekerja (orang lain) :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh... lagik syiok jalan-jalan waktu hari orang lain bekerja Mak Encik sebab tak ramai orang. Parking pun senang nak dapat :)

      Delete
  3. this is my fav kopitiam...tak penah mengecewakan...paling tak lupa roti bakar...sedap sgt!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah, betul tu Posh. I pun suka roti bakar dekat sini :)

      Delete
  4. Kadang-kadang tu bila i dekat dapur tengah memasak, i akan dengar yang tua sulung akan berkata dekat adik-adik dia yang lain, "Please don't make a mess, nanti mama marah. Put your toys back on their place." Sejuk hati rasa bila dengar. Yelah, selalunya yang sulunglah jadi contoh terbaik untuk adik-adikkan? <---sampai part ni rase wahhhhh...tak terkata2 kan reena..

    psst,adik sya tu org suh beli majalah rapi bln mei dia pi beli bln jue..asal ade bunyi "rapi" je..adeh terbang ko RM 4.00 >seex2 punyalah kemut kan bhahahah <

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik Uchi saje-saje salah beli tu kot. Hehehe...

      Delete
  5. Kalau bicara tentan makanan ini. Wah. Yummy.He2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan memang best! Sebab lepas makan feel kenyang menjelma :)

      Delete
  6. Hari ni dok umah jer...asben keje...talleh g mane...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai rupanya orang bekerja waktu hujung minggu ye? Takpe besok boleh jalan-jalan ok :)

      Delete
  7. heueeee...org sngle like me...weekend ni stay kat umah ajew...all da girls dating..hehe..homealone...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai cian dia. Takpe... cuba buat resepi baru ke, syiok jugak tau :)

      Delete
  8. sedaaapnya laksa tu yang..feveret akak tu..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kalau datang sini memang selalu order laksa ni kak. Wah, tak sangka same taste :) Hehehe...

      Delete
  9. Budak2 kalau selalu dibawa jalan2 mesti lg berkembang otaknya kan..maksud sy bertambah cerdik..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, banyak benda baru yang dia akan belajar. Kalau dekat rumah, balik-balik benda yang sama je dia pandang :) Hehehe...

      Delete
  10. wah...sedap nye makan ...


    Reena, awak tak nampak macam orang dah ada anak 3 la...cute je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah sedap tau awak. Hehehe...

      Eh, yeke? Macih *malu* Hehehe...

      Delete
  11. boleh try yang kat ss2. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suh boyfriend belanja k Wana. Hehehe... :)

      Delete
  12. tp tu bkn tnda halal yg jakim kuarkan.. stall kt mydin usj langsung x nmpk tda halal. pekerja kat stall tu pn nmpk can cina n mat bangla jer..

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)