Blogger templates

Mar 13, 2012

Tudung AidiJuma

Hari ni i nak cerita pasal tudung bawal Juma (Eh, sepatutnya tudung bawal Datin Norjuma lah kan?). Macam mana, suka tak? Hehehe... Bila cerita pasal tudung, automatik i nampak muka korang keluar cahaya penuh excited. Ye kan? I tahu sangat. Biasalah hanya perempuan dapat memahami hati dan perasaan perempuan yang lain (eceh...) Kalau tak fesyen tudung, fesyen pakaian. Lepas tu fesyen beg, kasut, aksesori dan lain-lain lagi. I rasa tak salah pun kalau kita menjaga penampilan diri. Sebab dari penampilan dirilah orang sekeliling akan menilai diri kita bagaimana. Pembersih ke? Ceria ke? Senang berkawan ke? Dan lain-lain lagi. Cuba kalau korang keluar pergi mana-mana dengan seluar koyak dekat poket, baju lusuh kononnya baju favourite sebab hari-hari dok belasah baju yang sama dan kuku tak pernah pun berpotong lepas tu makan ayam KFC sehingga menjilat jari (erk!) Apa yang korang fikir kalau tengok rupa orang macam gini? Scary tak, nak berkawan?

Eh, tiba-tiba cerita dah lari dari tajuk asal (hehehe... Jangan marah, kalau marah tandanya korang dah tua. Hamboi... pandai-pandai je kan? Nak kena cubit? Hehehe). Sebenarnya, hari Khamis lepas (8hb Mac 2012) sebelum balik ke rumah. I sempatlah berborak dengan kawan pejabat bercerita pasal tudung bawal. Sebenarnya i nak mintak kawan pejabat i ni tengokkan harga tudung bawal dekat Kelantan. Borak punya borak punya borak sampailah terkeluar topik berkaitan tudung bawal keluaran Norjuma yang bernama AidiJuma (nama singkatannya ialah AJ). Kalau tak kerana kawan pejabat i bercerita pasal tudung bawal AdiJuma ni mesti agaknya sampai sekarang i tak tahu lagi kewujudan tudung ni. Dah lama i teringin nak beli tudung bawal tapi tak tahulah ada je yang tak berkenan di hati. Mungkin sebab pattern / corak tudung bawal yang i jumpa sama je macam 10 tahun yang lepas.

Lepas dengar cerita dari kawan pejabat i. Cepat-cepat i buka Facebook AidiJuma untuk cari alamat Kedai AidiJuma yang terdekat dengan rumah i untuk i singgah. Seronok sangat i rasa bila dapat tahu rupa-rupanya ada kiosk Tudung AidiJuma dekat The Curve, Mutiara Damansara. Apa lagik dengan semangat berkobar-kobar i ajak hubby terus pergi ke sana. Kalau korang nak tahu, style dan konsep kedai tudung AidiJuma ni simple dan lain dari yang lain sebab bukan macam butik tudung yang biasa kita pergi tu. Tapi lebih kepada konsep stor dan kiosk.

Untuk mengetahui alamat keseluruhan kedai tudung AidiJuma korang bolehlah tengok dekat bawah :-

KONSEP STOR

Bandar Tun Abdul Razak, Jengka Pahang
No. 6, Bangunan Arked Mara
No. Telefon : [019] 9248911 (Nora)
Waktu Operasi : 9.30am - 6.00pm ( Isnin -Sabtu)

Kompleks Pasar Seni
Lot M30, Mezzanine floor, KOMPLEKS Pasar Seni.
No. Telefon : [013] 2699022 (Nurul)
Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 10.00 malam (dari hari Isnin hingga hari Ahad)


SENARAI KIOSK

UIA Gombak, Kuala Lumpur
No. Telefon : [013] 2409101 (Aimi)
Lokasi : Student Mall
Waktu Operasi : 9.00 pagi - 5.00 petang (dari hari Isnin hingga Jumaat)

UTeM , Melaka
No. Telefon : [010] 4208047 & [017] 6513357 (Asri)
Lokasi : Permatang Pelajar, Berhadapan Masjid Sayidina Abu Bakar
Waktu Operasi : 9.00 pagi - 5.00 petang (dari hari Isnin hingga Jumaat)

 The Curve, Mutiara Damansara
No. Telefon : [013] 3833349 (Nurul)
Lokasi : Lot PC 29, Ground Floor, Berhadapan Padini Store
Waktu Operasi : 10.00 pagi - 10.00 malam (dari hari Isnin hingga hari Ahad)

Nak tengok corak tudung bawal AidiJuma yang cantik-cantik dan buat korang rasa nak borong semua sekali, korang boleh tengok dekat link ini ---> http://www.facebook.com/Aidijuma?sk=photos

Atau pun korang pergi terus ke website AidiJuma ---> http://www.aidijuma.com/ untuk membuat tempahan atau order secara online. Cara-cara pembelian tudung AidiJuma juga ada diterangkan di sini ---> http://www.aidijuma.com/cara-tempahan/

I berkenan sangat dengan tudung bawal AidiJuma yang ada bunga kecil. Harganya kalau tak salah i RM24.00 (nak tengok, korang boleh klik SINI). Masalahnya tudung bawal jenis ini belum ada stok lagi di kiosk The Curve (alahai... sedihnya). Jadi i cuma beli tudung bawal dua tona (2 tone) harga RM15.00, tudung bawal satu tona (1 tone) harga RM7.00 dan inner plain bawal harga RM6.00. Pada pendapat i harga untuk tudung bawal AidiJuma ni murah dan berpatutan sangat dengan kualitinya. Cuma yang tak bestnya dari segi warna je sebab tak banyak pilihan lagi. Eh, lupa nak bagitahu, sebenarnya ada lagi satu jenis tudung AidiJuma yang i suka iaitu tudung bawal polkadot (harga RM33.00) tapi sebab harga tudung bawal ni melepasi budget i waktu tu, jadi mungkin i akan rembat lepas dapat gaji bulan ni. Kihkihkih...

Nak dapatkan idea untuk bergaya dengan tudung bawal?

Korang boleh jenguk blog Jezmine Blossom di link ini ---> http://jezmineblossom.blogspot.com/2012/03/styling-datin-norjuma-for-aj-bawal.html
(serius, i jatuh cinta dengan semua gaya tudung bawal yang digayakan oleh Datin Norjuma. Cantiknya!!!)

Kemaskini / Update terbaru : Nak tengok tutorial tudung bawal gaya lain pulak, boleh tengok dekat link ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/tutorial-tudung-bawal.html

Jom tengok gambar waktu i pergi ke kiosk Tudung AidiJuma dan koleksi tudung bawal AidiJuma milik i (hoorey!)




Balik kerja terus serbu. Hehehe

Eh-eh, borong lagik??


Dari kiri : Inner Plain Bawal (warna hitam), Tudung Bawal 2 Tone (warna pink, kuning dan ungu)

Tudung Bawal 1 Tone

p/s : Dua kali i singgah kiosk Tudung AidiJuma dalam minggu yang sama semata-mata nak dapatkan jugak tudung bawal warna purple. Shopping-shopping-shopping. Hehehe

43 comments:

  1. haaa! sopink tdg bawal smpai lebam
    mmg cantik la tone color dia..ritu ada tgk kt magazine pasal tdg ni..
    murah la jugak kan harga dia biasa2 je la tp klu cantik ape salahnye..

    pstt..bley x reena wat tuto lilit shawl tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah bila murah, masalahnya nafsu nak membeli terus jadi membuak-buak (adehhh).

      Eh, tuto lilit shawl yang mana satu eh? Yang tudung merah ke atau tudung yang pakai baju kebaya? Hehehe... sogan den tau :)

      Delete
  2. cantik sgt colours dia!

    nak pakai tudung ni pulaklah sbb k emy dulu suka pakai tudung bawal tp tudung bawal tetiba jd mengerlip/ sarat/bright colours...wah! takut budak2 lebih terkesima tengok tudung teacher dr tengok whiteboard

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kelakar tau Kak Emy ni. Kita pun dulu banyak collection bawal waktu belajar dekat UiTM tapi habis belajar semua pass dekat ibu kat kampung. Bila dah berhijrah ni, serba salah nak mintak dekat ibu balik so tu yang mula kumpul balik tu :)

      Delete
  3. Replies
    1. Memang cun plus teruja gitu Elyn :)

      Delete
    2. camna nak beli ni,dah cari online x dpt.nak tunggu dtg sabah lmbt lg.

      Delete
  4. mmg tengah in kan kak tudung bawal sekarang. tapi jannah tetap dgn shawl. mmg since berhijrah tak pernah lagi pakai bawal. ada jugak test pakai, tapi nanti stress sbb tudung senget lah, tak jadi lah, tu lah nie lah. last2 shawl jugak yg melekat kat kepala. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... bila Jannah cerita macam gini. Nilah pengalaman pertama lepas lama tak pernah pakai tudung bawal. Lapan kali berulang-alik pergi toilet opis duduk betulkan tudung bawal yang mula menyenget ke sana-sini. Sabar jelah akak dibuatnya. Takpe.... kena practice selalu nampaknya ni. Macam mana pun shawl memang terbaik!

      Delete
  5. suka gak tudung camni tp takut tak sesuai...u pakai santek...nak2 dgn kebaya...samala kebaya kita hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan i kata taste kita banyak yang serupa. Seplah! Alahh... tak testing mana nak tahu, tah2 lepas u pakai terus Mr Y tak toleh kiri kanan gitu. Hehehe

      Delete
  6. eyh..dah ade eyh sis tdung polkadot kat the curve?..aritu sy pg tdung plain jew adew..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah ada banyak tau Miza. Lepas dapat gaji siaplah tudung bawal polkadot tu akak rembat. Hehehe

      Delete
  7. seronoknya shopping tudung! cantik2 & harga pun berpatutan.. nak try survey2 la mcm tu, dpt gaji trs beli.. hihihi..

    salam kenal dr zana.. nice blog!

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah memang cantik-cantik pun Zana. Waktu datang ni, penjual dia tengah rehat. So, kiosk dia pun kemas elok je gitu. Tapi bila penjual dia dah ada, macam nak roboh kiosk ni kita tengok. Semua tangan tak berhenti sambar sana-sini. Ish-ish-ish...

      Hye awak, salam kenal jugak!

      Delete
  8. memang murah lah sis rege dia....colors pun menariks...nanti dah pakai tunjuk2 lah iye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... nak tengok real, silalah menuju tingkat 16 ye kak :)

      Delete
  9. ehem..amboih kebaya iye cik kak...mcm mak cik leha.seyy. reena....opss ^-*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... banyaklah kau nye songeh... Ni baju kebangsaan tau :)

      Delete
  10. slm..nak suh tolong belikan boleh tak?? haha..nak inner dia tuh.. kat sini susah..on9 pon tk bukak lg..huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam :)

      Err.. sape ni? Papehal boleh email saya details nama sebenar, nombor telefon dan alamat tak? Insya-Allah kalau saya pergi saya boleh tengok-tengokkan.

      Delete
  11. Assalam..xde jual on9 ke?kalo ade,leh sy order..sy nk gi kiosk nye tp juah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam :)

      Ada jual online, awak cuba pergi link ini ok ---> http://www.aidijuma.com/cara-tempahan/

      Delete
  12. kalo on9 tempah trs kat awk,xde ke?

    ReplyDelete
  13. yang polkadot tu cantik betul, kan..? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah cantik dan comel. Tapi bila fikir-fikir balik nak matching dengan baju macam ada yang tak kena pulak. Hehehe...

      Delete
  14. kak aya pun dah beli tudung aidijuma ni minggu lps...memang berpatutan harga dan kualitinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, setuju sangat. Ingatkan bila Datin Juma yang jual mestilah lagik mahal kan? Hehehe...

      Delete
  15. Knp Xbox nk bli on9...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, kita pun tak tahu kenapa? Apa kata awak cuba tinggalkan mesej dekat FB Aidijuma.

      Delete
  16. kualiti kain dia best tak senang bentuk? sbb gah dok cuci mata nak beli online. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kualiti kainnya ok, tak berapa lembut dan tak berapa keras. So far memang senang nak bentuk :)

      Delete
  17. salam,hi nk thu la butik Aj Bawal ni kat the curve yg sebelah mana ea? kalau yang depan padini store tu macam tak nampak aje....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, hai :)

      Memang ada dekat situ, cuba cari betul-betul :) Tak besar pun kiosk dia, kecik aje.

      Delete
  18. salam. hi nk tnyelah butik AJ BawAL dekat the curve tu sebelah mner ea...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdepan dengan escalator, satu level dengan Padini :)

      Delete
  19. Salam, max harganya berapa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Max harga?? Maksudnya harga AJ yang paling mahal ke? Around RM45++ pun ada.

      Delete
  20. Banyak sy beli disini at curve..semua colour saya beli ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronokkan? Hari tu, akak jumpa Datin Norjuma dekat sini. Cantik dan simple je orangnya :)

      Delete
  21. Salam. Saya baru follow blog yang cantik ni. Sama cantik macam tudung2 tu. Salam perkenalan dari saya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam :)

      Thanks awak sebab sudi follow blog akak. Salam perkenalan jugak ye :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)