Blogger templates

Apr 30, 2012

Cara untuk Naik Feri Penang / Penang Ferry

Assalamualaikum dan hai semua, mesti ramai yang bercuti kan hari ni? Maklumlah besok 1 Mei 2012, hari pekerja. Alang-alang hari Selasa memang dapat cuti free, kita straightkan cuti jadi 4 hari. Selalunya i pun buat macam gitu jugak cuma kali ni, rajin pulak rasanya nak bekerja (rajinlah sangat kan? Hehehe...) Yang best nya bila orang lain ramai yang pergi bercuti dan tinggal beberapa baki orang je yang bekerja hari ni, i tak payah nak pening-pening kepala nak tempuh jam (kesesakan lalu lintas) waktu pergi kerja. Kalau korang nak tahu, perjalanan i untuk sampai pejabat biasanya makan masa selama sejam setengah (pergh... macam nak pergi Melaka lah pulak), hari ni boleh pecah rekod cuma 40 minit je. Wah... kira hebatlah kan?

Bersempena feel ala-ala bercuti ni, i nak tunjuk korang gambar sepanjang perjalanan i ke Georgetown, Pulau Pinang / Penang dengan menaiki Feri Pulau Pinang. Memang ini antara pengangkutan pilihan i setiap kali nak menjejakkan kaki ke sini. Old-skool gitu. Maklumlah bukannya selalu dapat naik feri ni kan? Sambil-sambil tu, i nak bagi peluang dekat anak-anak i supaya dapat rasa keseronokan naik feri. Nanti bila pergi sekolah, bolehlah dorang buat karangan pasal naik feri pulak. Hehehe...

Ada sesiapa yang belum pernah naik feri pergi Pulau Pinang ke? Takpe, meh sini i ajar korang macam mana nak naik feri.

Cara untuk Naik Feri ke Pulau Pinang / Penang

1. Melalui lebuhraya / highway dari Selatan ke Utara, sampai sahaja di Tol Juru, korang cari arah laluan ke Butterworth. Kalau dari Utara ke Selatan pula, sama jugak korang terus cari arah ke Butterworth.

2. Kemudian korang akan lalu lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth dan buat bayaran sebanyak RM1.30 di Plaza Tol Perai, korang akan jumpa mini jambatan Pulau Pinang dan dari situ korang cari papan tanda yang tertulis TERMINAL FERI.

3. Keluar di Exit 1703, ikut arah laluan yang dinyatakan pada papan tanda jalan dan korang akan sampai di Penang Port / Pelabuhan Penang Pangkalan Sultan Abdul Halim.

4. Sebelum memasuki Pangkalan Sultan Abdul Halim untuk menaiki feri korang dikehendaki untuk membayar tol sebanyak RM7.70. Beratur mengikut laluan kenderaan yang diarahkan. Kebiasaannya kawasan ini agak sesak dengan kenderaan sewaktu musim cuti sekolah dan hujung minggu. Jangan risau, banyak feri yang sudi membawa kenderaan korang ke Georgetown, Pulau Pinang.

5. Masuk ke dalam feri, tarik brek tangan / hand break dan matikan enjin kereta. Bila feri benar-benar bergerak, korang berpeluang untuk keluar dari kenderaan dan menikmati panorama / permandangan laut Selat Melaka. Kalau sesiapa ada anak kecil kena hati-hati ok sebab keadaan angin memang kuat dan sedikit beralun (waktu ni best sangat!)

6. Bila feri semakin menghampiri tambatan / atau kawasan mainland (tanah besar), korang boleh kembali ke kenderaan masing-masing, hidupkan enjin dan teruskan perjalanan berjalan-jalan di Georgetown, Pulau Pinang (hoorey!)

Nak dapatkan gambaran jelas perjalanan untuk menaiki Feri Penang ni, korang boleh tengok gambar yang i letakkan dekat bawah. Anyway, selamat bercuti korang!

Nilah mini Jambatan Pulau Pinang. Hehehe...











Angin punyalah kuat!

Anak i yang senyum happy dapat naik feri


Ehem... saya nampak Star Cruises yang Kak Emy naiklah. Hehehe...

p/s : Seronoknya bercuti, bilalah i nak cuti lagik ni? Huhuhu...

Apr 29, 2012

Resepi : Nasi Tomato

Hujung-hujung minggu macam gini, sesuai kalau kita cuba resepi yang lain dari yang lain. Contoh, kalau selalu makan nasi putih tu, apa kata kita tukar selera jadi nasi berwarna pulak. Nasi berwarna tu ala-ala Nasi Pelangi ke? Eh, ada ke Nasi Pelangi? Wah... mesti meriah warna nasi Pelangi kan? Hehehe... Nasi berwarna yang i maksudkan dekat sini ialah nasi yang selain daripada warna Nasi Putih macam Nasi Minyak ke, Nasi tomato ke atau Nasi Beriyani ke...

Tapi hari ni i nak tunjuk hasil resepi Nasi Tomato yang i berjaya buat mengikut dari resepi Mat Gebu. Kata Mat Gebu resepi asal ni datangnya dari Kak Liza (ohh...) Ok, tak kisahlah mana-mana. I nak ucapkan banyak-banyak terima kasih untuk kedua-dua masterchef resepi ni. Memang sedap dan kena sangat dengan tekak i sekeluarga (kalau tak sedap atau tak menjadi, takde maknanya i nak tayang-tayang dekat korang semua. Hehehe...). Apa yang i perasan, anak i pun makan Nasi Tomato ni sampai tambah berkali-kali dan kali. Kalau anak i boleh makan banyak tu, memang best sangatlah resepi ni. Yelah, budak-budak kan lurus orangnya, mana pandai corner-corner nak jaga hati orang. Hehehe...

Apa-apa hal jom tengok resepi Nasi Tomato dan gambar sepanjang proses i sediakan Nasi Tomato dekat bawah. I makan Nasi Tomato dengan Kari Daging, Bawang Goreng, Kismis dan Kacang Pis. Fuhh... meriah habis! Kata hubby i kalah macam makan dekat tempat kenduri (eceh!)

Bahan-bahan :

5 cawan beras Basmathi  (cuci, rendam 20 minit dan toskan)
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato (dicincang halus)
1/2 cawan sos tomato
2 sudu besar mentega / minyak sapi
5 sudu besar minyak masak
1 helai daun pandan (disimpul)
Air (ikut sukatan beras iaitu 5 cawan)
Garam secukup rasa

Bahan Tumis :
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
3 ulas bawang putih - dihiris halus
5 biji bawang merah - dihiris halus
1 inci halia - dihiris halus

Bahan Hiasan : bawang goreng, kismis, kacang pis dan hirisan daun sup / daun bawang (i tak berapa suka daun sup / daun bawang ni sebab tu takde dalam gambar).

Cara-cara :

1. Dalam periuk, panaskan minyak dan masukkan mentega. Bila mentega cair, masukkan kesemua Bahan Tumis dan daun pandan. Tumis hingga wangi.

2. Kemudian, masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau dan biarkan sebentar. Tuangkan susu dan air, masak sehingga mendidih. Tutup api.

3. Masukkan beras ke dalam periuk nasi. Selepas itu, tuangkan bahan-bahan yang dimasak pada cara nombor 2 tadi ke dalam periuk nasi. Letakkan garam (anggaran 3/4 sudu kecil) dan gaul sehingga rata. Masak seperti biasa dan balik-balikkan nasi bila betul-betul masak.

4. Hiaskannya dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan.

5. Lepas tu baca bismillah dan makan!












p/s : Laparnya tengok masakan sendiri. Aumm...

Apr 28, 2012

Siaran Astro Percuma

Wah-wah-wah pantang dengar perkataan percuma, siapa yang tak nak kan? Mula-mula i terbaca dekat blog Syatoza Zai pasal Astro bagi siaran percuma ni, tertanya-tanya jugak. Kenapa tiba-tiba Astro jadi baik pulak ni? (buat muka confused). Maklumlah 4 bulan lepas, i teremosi sebab kena bayar lebih gara-gara tambahan untuk government tax / cukai kerajaan (pftt...)

Rupa-rupanya Astro memenangi the best of the best brand in Malaysia 2012 (nak baca keterangan lanjut, boleh pergi sini ---> http://www.astro.com.my/awards/) Kerana menghargai sokongan pengguna / pelanggan Astro yang mengundi, Astro mengumumkan bahawa lebih daripada 130 saluran menarik di Astro akan disediakan secara percuma selama 10 hari, bermula dari hari Jumaat, 27 April 2012 (pukul 12:01 pagi) sehingga Ahad, 6 Mei 2012 (pukul 11:59 malam). Penat-penat mengundi dapat 10 hari je (macamlah i join mengundi sama. Hehehe). Bagilah lama sikit, tak pun diskaun 50% bil bulanan selama setahun ke. Barulah bersemangat nak tolong undi Astro tahun depan (macam ya-ya ajekan? Kihkihkih).


Sementara tengah percuma ni, jom kita layan tv sampai mata lebam. Sedihnya untuk i sebab sebenarnya hampir semua siaran Astro i dah subscribe / langgan. Jadi kuranglah sikit perasaan teruja macam mereka yang langgan tiga pakej mini Astro je (huhuhu... nangis!)

Sebelum i mengakhiri entry i ni, i nak bagitahu dekat korang, tadi i baru je habis tengok Mania dekat Astro Ria (channel 104). Feeling pulak tengok persembahan Adira dan Shahir untuk lagu Ku Pinang Kau dengan Bismillah (ehem...) Korang nak tengok? Jom tengok dekat Youtube bawah ni.



p/s : betul tak i cakap. Feeling kan? Kihkihkih


Apr 27, 2012

My Nestle Incredible Story

Kalau sebut produk Nestle rasanya satu Malaysia dah kenal, tahu dan gunakan kebanyakan jenis-jenis produk Nestle ni kan? I rasa dari i kecil sampai dah lahirkan tiga orang anak. Produk Nestle jugaklah yang sentiasa jadi pilihan i. Tak kiralah untuk sarapan pagi ke, minum petang ke dan buat kuih-muih raya.

Nak bagi korang kenal dan ingat balik, apa produk keluaran Nestle yang ada dekat pasaran. Korang boleh tengok gambar dekat bawah.

Pinjam gambar dekat Google

Teringat waktu jadi student UiTM dulu-dulu, tak sah kalau dekat bilik kita orang takde Maggi, Milo dengan Sos Cili Maggi. Kiranya kalau pergi beli barangan runcit dekat shopping complex, nilah antara benda wajib beli setiap kali muncul semester baru. Walaupun dah tahu, Maggi ni tak berapa bagus untuk kesihatan, tapi nilah makanan yang dapat isi perut disaat duit tengah sesak dan kelaparan bila tengah malam. Huhuhu... bunyi macam sadis kan? Tapi bila waktu makan meriah sangat, kita orang siap berebut-rebut lagik. Alahai, rindunya dekat roommate ku!

Dan nak tahu tak? Resepi pertama yang i belajar waktu jadi ahli Tunas Puteri dekat sekolah rendah ialah Murtabak Maggi (Kak Rasp ingat lagi tak Murtabak Maggi yang kita masakkan untuk akak? Kihkihkih) Yang kelakar tu, Murtabak Maggi ni dah jadi kegemaran hubby dan anak i yang sulung. Sebab tak nak galakkan anak i kerap makan maggi, i cuma sediakan sekali untuk 3, 4 bulan berikutnya. Sesiapa yang tak tahu lagik resepi Murtabak Maggi, nanti i poskan dekat entry akan datang.

Kenapa sibuk-sibuk cerita pasal Nestle ni?

Hehehe... sebenarnya nak bagitahu dekat korang sekarang ni ada pertandingan 100 Tahun Nestle Disisimu. Pertandingan ni diadakan bersempena dengan sambutan ulangtahun Nestle yang ke 100 tahun (wow!! 100 tahun tu!! Cepat klik dekat sini ---> http://www.nestle.com.my/Nestle100Years/Intro.aspx). Pertandingan ni jugak ringkas / simple sangat sebab korang cuma perlu hantar cerita menarik yang ada kaitan dengan sebarang produk Nestle pilihan korang. Selain daripada cerita menarik, korang jugak boleh hantarkan gambar dan video korang. Manakala untuk penyertaan melalui Twitter pulak, korang kena pastikan setiap ayat yang korang Tweet kena ada kaitan dengan Nestle dan jangan lupa letakkan hashtag #Nestle100. Dua pemenang akan dipilih untuk setiap kategori Cerita / Gambar / Video / Twitter. Yang bestnya lebih RM100,000.00 hadiah wang tunai akan disumbangkan oleh Nestle untuk pertandingan ini (hooyeh!!) Nak tahu berapa hadiah wang tunai untuk setiap kategori, jeng-jeng-jeng RM900.00 untuk Video Terbaik, RM700.00 untuk Cerita Terbaik, RM500.00 untuk Gambar Terbaik dan RM200.00 untuk Tweet Terbaik.





Selain tu, penyertaan untuk pertandingan ini takde had tertentu. Maksudnya, korang boleh hantar seberapa banyak cerita, gambar, video dan twitter yang korang suka. Tapi dalam banyak-banyak tu, korang cuma boleh menang sekali je. Alaa... tak kisahlahkan? Janji kita cuba. Korang apa lagik? Jom join ramai-ramai. Tarikh tutup penyertaan ialah 30 November 2012.

Ini adalah antara penyertaan kategori bercerita yang i hantar. Kenangan Maggi dan UiTM.



Yang ni pula, antara gambar yang i pertandingkan untuk 100 Tahun Nestle Disisimu. Gambar anak i yang bongsu tengah minum susu Nestle Nan Grow dengan gembiranya.



p/s : Nak sambung hantar cerita banyak-banyak dekat Nestle. Harap-harap adalah terselit menang satu. Kihkihkih

Apr 26, 2012

Fakta Mengenai Kanser / Makanan / Cara Elak Kanser

Assalamualaikum semua... hari ni macam nak cerita kisah seram sikit untuk para wanita dan ibu-ibu dekat luar sana. Seram macam mana tu? Adakah perasaan seram tu macam tengok cerita hantu sambil tutup lampu, lepas tu bila orang cuit bahu, serta-merta menjerit macam hantu tu meloncat keluar daripada tv. Atau, tengah tekun belajar last minute dalam bilik sampai pukul dua, tiga pagi tiba-tiba dapat mesej dekat handphone daripada nombor yang tak dikenali. Bunyi mesej, "Anak, tolong makcik ambilkan kain putih dalam almari. Makcik nak pakai.... Ok, tak lawak sebab takde sesiapa dalam bilik yang boleh berkongsi lawak dengan mesej yang berbunyi macam gini (ni kisah benar waktu i belajar dekat UiTM dulu-dulu. Hampeh!)

Tu tak berapa seram lagik sebenarnya, sebab ikutkan ada banyak kisah-kisah yang i rasa di luar logik / akal fikiran waktu i belajar di UiTM, Segamat, Johor dulu. Kisah dalam tandas, kisah kena ganggu waktu cuci baju tengah malam, kisah orang minyak, kisah kena hempap sampai susah nak bernafas, kisah orang kena histeria lepas balik dari telefon boyfriend, kisah kawan sebilik kawan i yang boleh nampak makhluk lain (ok, yang ini serius seram! Sebab dia ni umpama macam cerita Sixth Sense. Asal sikit cakap dengan kawan i, "Eh, 'benda tu' tengah berdiri dekat pintu bilik". "'Benda tu' tengah renung aku". Pitam!), kisah pensyarah i yang tumpang tidur dekat banglo tinggal atas bukit dekat dengan kolej i menginap kemudian kena ganggu dengan budak perempuan bawak kek harijadi..., kisah pak guard naik motor tegur budak tengah study dekat tingkat tiga dan macam-macam lagiklah.

Kalau nak cerita satu-persatu cukup lengkap jadi satu filem agaknya. Alhamdulilah, walaupun i pernah tidur sorang-sorang selama tiga hari tiga malam dalam bilik gara-gara kertas periksa i antara yang terakhir sebelum balik kampung untuk cuti semester. Dan dekat wing i waktu tu takde siapa-siapa kecuali i sahaja. Bila ingat-ingat balik i rasa kagum jugak dekat diri sendiri sebab terus-terang i cakap yang i ni boleh tahan penakut jugak orangnya. I rasa mungkin waktu tu, i cuma fikir kertas periksa yang i nak kena hadap, lagik seram daripada kisah-kisah yang terjadi dekat sekeliling UiTM. Jadi i langsung tak ambil pedulik dengan semua tu.

Tapi seram yang i maksudkan dekat sini takde kaitan langsung dengan cerita hantu pun. Alooo... mesti korang frust kan? Bunyi awal-awal perenggan macam nak kongsi kisah seram waktu study. Hehehe... i tak naklah cerita hantu. Bukannya menambahkan ilmu pengetahuan pun. Yang penting dekatkan diri dengan Allah SWT, insya-Allah semuanya selamat. Takutkan Allah tu kan lebih elok daripada takut dekat hantu. Yang sebenar-benarnya seram yang i nak cerita ni ialah bila kita sendiri adalah punca kepada wujudnyanya penyakit dalam diri kita sendiri. Kalau korang nak tahu penyakit seram ni ialah penyakit kanser. Dan kanser kedua yang paling banyak meragut nyawa kaum wanita selepas kanser payudara adalah kanser serviks. Haishh... takutkan dengar bab-bab kanser ni? Bukan apa, kos untuk merawat kanser ni bukannya sikit-sikit, tapi besar jumlahnya. Dan peratusan untuk pulih bergantung dari daya tahan badan kita sendiri dan rawatan yang kita jalani. Pulak tu golongan wanita lah yang paling mudah terdedah kepada penyakit kanser ni.

Semenjak pejabat i selalu adakan pelbagai ceramah untuk staf baru-baru ni, i mula rasa banyak manfaat yang i perolehi. Kiranya macam terbukalah mata dengan minda ni. Haishh... kalau waktu study dulu dengar perkataan ceramah / tazkirah. Dalam kepala dah fikir, sure nampak huruf 'ZZZ' je depan mata. Hehehe... Adakah faktor usia dah mencapai tahap kematangan untuk berfikir rasional? (hamboi... ayat tak agak-agak tau. Hehehe). Entahlah... tapi i perasan bila umur dah mencecah angka 30, i mula dah slow-down. Lebih suka berfikir positif daripada emosi tak tentu pasal. Cuba jadi setenang dan sesabar yang mungkin. Kalau ada perkara negatif yang terjadi, i harapkan perkara yang baik menyusul kemudian. Biasalah hidup ni kan berputar, sekejap atas, sekejap lepas tu dah bertukar dekat bawah.


Sumber daripada Google
Jenis-jenis kanser kepada Lelaki dan Perempuan / Types of Cancer for Men and Women

Mengikut kata penceramah daripada MAKNA (Majlis Kanser Nasional / National Cancer Council Malaysia) setiap daripada kita sebenarnya memang dah ada sel kanser dalam badan bermula dari saat kita dilahirkan lagik. Tapi tumbuhnya / hidupnya sel kanser ni bergantung dari gaya hidup dan keperluan makanan yang kita ambil setiap hari. Contohnya, kalau waktu kita kecil kita perlukan pelbagai zat dan sumber makanan yang tinggi untuk membesar. Tetapi berbeza pula bila kita dewasa, hidangan makanan tanpa kawalan boleh menjadi racun kepada badan kita sendiri. Sebab tulah, kita kena jaga pemakanan dan kurangkan makanan yang memudaratkan diri kita seperti makanan berlemak, berminyak, berlebihan garam atau gula dan lain-lain lagi. Kena perbanyakkan memakan hidangan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan kerana makanan sebegini dianggap sebagai penapis / filter untuk badan kita. Minum air masak lebih 8 gelas sehari yang bertujuan untuk melancarkan sistem perkumuhan dalam badan. Dan lakukan senaman ringkas bagi meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan. Malah senaman juga dapat memelihara kesihatan jantung dan organ dalaman badan kita.


FAKTA MENGENAI KANSER / MAKANAN / CARA UNTUK ELAK KANSER

1. Setiap badan manusia sememangnya ada sel kanser, tetapi bilangan sel kanser dalam badan manusia normal atau amatlah rendah (sehingga tidak dapat di lihat dengan mata kasar). KECUALI, sel kanser ini bergabung menjadi banyak.
Apabila doktor telah mengesahkan tiada lagi sel kanser di dalam badan seorang bekas pesakit kanser, ini bermaksud doktor tidak dapat mengesan sel kanser kerana bilangannya telah pun berkurangan.

2.  Faktor lain kewujudan kanser seperti keturunan genetik, persekitaran, makanan yang tiada nutrisi dan gaya hidup bebas (bertukar-tukar pasangan).

3. Kimoterapi bukan sahaja memusnahkan sel kanser dalam badan malah turut memusnahkan sel-sel sihat yang lain. Kimoterapi juga menghalang sel-sel sihat untuk membiak melalui tulang belakang manusia. Ini akan mendatangkan kesan buruk pada organ badan yang lain seperti buah pinggang, jantung, paru-paru dan organ yang lain.

4. Radioterapi dari hasil kimoterapi akan meninggalkan kesan kebakaran pada sel-sel sihat. Ini akan menyebabkan sel-sel menjadi cacat dan kurang bermaya. Malah kesan kebakaran boleh di dapati pada tisu dan organ dalaman badan.

5. Kimoterapi dan radiotereapi sememangnya boleh mengurangkan ketumbuhan tumor / kanser, tetapi dalam masa yang sama merangsangkan kembali ketumbuhan tumor / kanser. Seorang pesakit kanser akan menghadapi komplikasi yang serius kesan daripada kedua-dua terapi ini. Ianya menjadikannya sukar di rawat. Pembedahan antara faktor yang boleh menyebabkan sel kanser merebak ke bahagian badan yang lain.

6. Cara yang paling efektif untuk mencegah sel kanser dari membiak dan aktif ialah dengan mengambil makanan yang mempunyai nutrisi seimbang dan menghindarkan makanan yang boleh menyebabkan kanser. Antaranya seperti :-

a) Gula adalah pencetus utama kanser. Kurangkan pengambilan gula berlebihan dalam makanan harian. Gantikan pengambilan gula dengan madu (dalam jumlah kecil). Pengambilan garam juga boleh digantikan dengan garam laut (sea salt).

b) Susu adalah pengedar mukus / mucus (sejenis lendiran yang berasid) ke dalam badan melalui laluan usus. Mucus adalah agen pencetus kanser untuk aktif. Kurangkan pengambilan susu terutama sekali susu soya (kerana kandungan mucus dalam susu soya amat tinggi).

c) Kanser juga boleh menjadi aktif melalui makanan yang berasid. Kurangkanlah pengambilan daging merah yang merupakan makanan berasid (contoh : seperti daging lembu). Dan lebihkan makan makanan yang kurang asid seperti ikan segar dan ayam.

d) Kita memerlukan diet 80% makanan seimbang nutrisi dari sayur segar atau jus, bijirin, kekacang, oat dan buah-buahan dalam badan. Manakala 20% lagi adalah dari makanan yang di masak. Makanan segar membantu menyisihkan lemak dalam badan dan menghasilkan se-sel sihat. Digalakkan untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan segar 3 kali sehari.

e) Elak daripada mengambil kopi, teh dan coklat berlebihan kerana ianya mengandungi kafein (caffeine). Gantikan dengan minuman teh hijau sekali sehari. Minum air bersih yang dimasak atau air tapisan (mineral water) lebih 8 gelas sehari. Jangan minum air terus daripada paip, ini amat merbahaya kerana air paip mengandungi banyak asid yang bernama klorofin.

f) Pengambilan makanan tambahan / supplement seperti minyak ikan, anti-oxident, vitamin, mineral, EFA (Essential Fatty Acid) boleh merangsang daya ketahanan badan untuk menghalang pembiakan sel kanser dalam badan.

7. Cuci kesemua sayur-sayuran dan buah-buahan dengan air yang dicampurkan sedikit garam sebelum mula memasak / makan.

8.  Kanser juga berpunca daripada minda, fizikal dan emosi yang tidak stabil seperti stress / ketegangan dalaman. Ianya akan menghasilkan persekitaran asid dalam badan dan mewujudkan kanser. Kebanyakan pesakit kanser yang pulih mempunyai pemikiran yang positif dalam hidup.

9. Kanser juga boleh dielakkan dengan melakukan senaman setiap hari dan menghirup udara segar terutamanya di waktu pagi. Udara segar berupaya menyisihkan sel kanser daripada menjadi aktif.

sumber : sihatkaya.com


p/s : Panjangnya entry i, hehehe... harap korang tak boring baca. Lagipun penting untuk kesihatan kita semua.

Apr 24, 2012

Fiske Steakhouse

Kalau sebut makan steak / stik/ daging panggang mesti korang dah terbayang Victoria Station yang umpama makan dalam keretapi tu kan? Sambil-sambil tu selak duit dalam poket, diam-diam buat budget, berapa kos  kena 'ketuk' lepas makan dekat sini. Rasanya paling kurang pun duit dalam poket korang mesti ada RM200.00. Tu pun kalau makan berdua, macam mana kalau makan berlima (hambik kau!) budget makan untuk dua hingga tiga minggu melayang macam gitu aje. Baki duit gaji yang dah tinggal keping-keping kertas warna merah, hijau dengan biru diteruskan dengan menikmati Maggi Cepat Dimasak, Sedap Dimakan. Perasaan hebat makan steak tak sampai 2 jam je pun, lepas makan steak terus jatuh muflis. Adeh! Kejamnya kehidupan. Kalau nak tunggu duit gaji tu membiak, sampai bila pun tak dapat merasa nak makan steak kan? Susah-susah buat jelah steak burger Ramly dekat rumah. Hehehe... jimat kos (alahai... kesiannya).

Macam mana pun, korang jangan risau. Untuk korang yang teringin nak makan western food / makanan barat. Kalau korang nak tahu, ada satu tempat dekat Kuala Lumpur ni menghidangkan steak / daging panggang di bawah harga RM20.00 untuk satu hidangan termasuk salad segar, kentang putar dan coleslaw (eh, biar betul?! Berapa kali ganda punya murah!! Bukannya harga steak mahal ke?!!) Lorr... betullah, tak percaya ke? Hehehe... Lagipun i dan keluarga dah selamat menjamu selera dekat sini tau. I bagi 4 daripada 5 bintang untuk Fiske Steakouse sebab saiz hidangannya besar, rasanya yang sedap dan harganya yang murah. Cuma mungkin suasananya tak sama macam Victoria Station yang terasa macam "Ok, aku mampu. Kau mampu ke?". Korang jugak takdelah diberi pilihan samada nak daging kurang masak ke, separuh masak ke atau habis masak ke (hehehe). Atau pun nak pilih samada nak lembu yang jenis makan rumput ke, makan gandum ke, atau lembu yang makan lembu (eh, ada ke? Tipu je. Cannibal betul, kalau lembu boleh makan lembu. Hehehe). Macam mana pun nilah antara soalan-soalan yang buat i ternganga setiap kali makan steak dekat tempat-tempat yang tak mampu nak makan selalu. Tapi kalau makan dekat Fiske Steakhouse ni, gerenti sesiapa pun mampu.


Apa-apa hal jom baca kisah / sejarah Fiske Steakhouse.

Bagi mengubah persepsi bahawa golongan berada saja mampu menikmati kelazatan sajian stik. Anak kelahiran Melaka, Chef Shamsul Kamal (yang pernah berkhidmat di Hotel Shangri-La selama tujuh tahun) dan isteri, Nur Azlina Ahmad, nekad membuka restoran makanan Barat, Fiske Steakhouse, di Taman Desa Keramat yang berkonsepkan hidangan lima bintang tetapi pada harga yang sangat berpatutan.

Untuk sesiapa yang pertama kali menjejakkan kaki di sini, pasti tidak menyangka restoran yang dihias sederhana dan dibina di atas bekas tapak stesen teksi milik Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang ditutup sekitar tahun 2005 itu menghidangkan sajian bertaraf lima bintang. Terdapat lebih 60 menu merangkumi 15 hidangan stik, enam hidangan pasta dan spageti, salad, sup dan hidangan sampingan lain pada harga dari RM6.90 hingga RM20.00. Bagi mereka yang mahu menikmati sajian tradisional pula, Fiske Steakhouse turut menyediakan hidangan sate (RM0.70 secucuk) dan set asam pedas bersama nasi putih (RM10.00).

Resipi yang dicipta sendiri oleh Chef Shamsul selaku ketua tukang masak di restoran berkenaan benar-benar menjadi kerana sejak dibuka pada tahun 2006, Fiske Steakhouse sering dipenuhi pengunjung yang rata-ratanya datang dari dalam dan luar Kuala Lumpur.

sumber : noramahpar@bharian.com.my


Alamat Fiske Steakhouse ialah :-

No. K4, Medan Selera AU2
Taman Desa Keramat

Lokasi : Berdepan Kilang Pernec Corporation

Nombor Telefon : [017] 2121 649 - Nur Azlina Ahmad

Koordinat GPS : 3°10'37"N 101°45'10"E

Waktu operasi : dari pukul 6:00 petang hingga 12:00 tengah malam dari hari Selasa hingga hari Ahad (tutup pada hari Isnin)

Dekat sini, i pesan / order makanan seperti Special Beef Steak Grilled (harga RM16.00) dihidangkan bersama-sama Sos Cendawan, ColeslawFresh VegeBaked PotatoMashed Potato dan Spaghetti. Hubby i pulak order Mixed Grill (harga RM20.00) mengandungi hirisan daging kambing, lembu dan ayam, Coleslaw, Fresh Vege, Mashed Potato, Baked Potato dan Baked Bean. Untuk anak i, dia pilih Spaghetti Bolognise (harga RM6.90). Manakala untuk manisan pula, kita orang order Bread Butter Pudding bersama-sama dengan Karamel Sos dan Aiskrim Vanilla (harga RM6.50). Pada pendapat i, Bread Butter Pudding ni sedap tapi manis sangat. Mungkin sebab i ni bukan orang yang kuat makan manis kot. Akhir sekali, makanan untuk anak i ialah Kentang Goreng (harga RM3.00).

Nak tengok macam mana rupa makanan yang i makan dan apa hidangan menu (bersama harga) yang ada dekat sini, jom belek semua gambar dekat bawah.





Special Beef Steak Grilled


Mixed Grill


Kentang Goreng

Spaghetti Bolognise

Bread Butter Pudding with Caramel Sauce and Vanilla Ice Cream








p/s : Ada sesiapa cadang macam nak pergi Fiske Steakhouse tak, lepas tengok gambar yang i tepek dekat sini?

Apr 22, 2012

Tips dan Cara Simpan Kamera DSLR

Rupa-rupanya i baru tahu, bukan senang rupanya nak membela / menjaga kamera DSLR (Nikon D5100) ni eh? I ingatkan kamera mahal lagiklah tahan lasak berbanding kamera compact biasa yang i pernah ada dulu. Apataknya, kalau kamera Panasonic Lumix i yang dulu tu, takde kisahnya nak simpan macam mana pun. Habis guna, masuk je balik dalam beg kamera yang sedia ada. Tak pernah fikir pun nak kena lap sebelum simpan ke, suhu bilik tempat simpan kamera panas sangat ke, atau nak kena beli gel silika ke. Serba-serbi tak ambil peduli lah waktu ada kamera Panasonic Lumix dulu (alolo... macam anak tiri pulak bunyinya kan? Kesian Lumix yang banyak berjasa) Eh, macam mana pun kan, kamera Panasonic Lumix ni, i masih gunakan sampai sekarang tau. Cuma taklah sekerap dulu. Yelah... bila ada masa-masa / keadaan tertentu yang macam tak sesuai nak ambil / tangkap gambar dengan Nikon D5100, i gunakanlah Panasonic Lumix. Taklah terlalu menonjol sangat macam i nak tangkap gambar.

Bagi memastikan jangka hayat kamera DSLR korang panjang / lama serta berfungsi dengan baik. Di bawah ini, i berikan beberapa tips dan cara simpan DSLR untuk korang praktikkan ke atas kamera korang.

1. Simpanlah di tempat tidak lembap dan tidak terlalu panas. Contoh macam i (boleh tengok gambar dekat bawah), i gunakan bekas plastik kedap udara bersama-sama dengan gel silika. Tujuan gel silika ialah menyerap kelembapan dan mengelakkan kamera DSLR korang ditumbuhi fungus atau kulat pada lensa. Ke semua aksesori bekas plastik kedap udara dan gel silika ni i beli di Daiso. Kalau nak lagi hebat, korang boleh beli camera dry box. Cara i ni, cara berjimat cermat. Hehehe....

2. Bagi memastikan jangka hayat bateri lebih lama dan mengelakkan terjadinya full-discharge, korang keluarkanlah bateri kamera sewaktu menyimpan kamera DSLR. Kalau korang nak tahu, bateri Lithium-Ion atau Li-Ion yang digunakan pada kamera DSLR mengandungi circuit istimewa yang boleh melindunginya daripada overcharged atau pun undercharged. Walaubagaimanapun apabila tenaga bateri menurun hingga ke tahap voltage yang paling rendah, circuit keselamatannya ini akan terbuka dan bateri boleh mengalami kerosakan kekal. Ini terjadi apabila bateri dibiarkan dalam tempoh yang lama di dalam kamera. Untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai bateri Lithium-Ion atau Li-Ion ini, korang boleh rujuk di sini ---> http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/01/tips-menjaga-dslr-3-bateri.html.

3. Elakkan kamera DSLR korang daripada terkena sinaran matahari yang berlebihan, air laut dan pasir. Ketiga-tiga perkara ini boleh merosakkan komponen elektronik serta bahagian dalaman kamera DSLR (iaitu punca terjadinya karat dan fungus). Ianya juga melibatkan kos yang mahal untuk diperbaiki.

4. Pastikan tangan korang bebas daripada air, losyen, minyak atau kotoran lain yang boleh merosakkan kamera sewaktu mengendalikannya. Ini kerana kamera DSLR amat sensitif dengan sebarang bendasing yang melekat padanya. Yang penting, bersihkan dan keringkan tangan korang sebelum memegang kamera DSLR.

5. Sentiasa bersihkan kamera DSLR sebelum menyimpannya. Gunakan peralatan seperti kain microfiber (yang biasanya orang gunakan untuk lap cermin mata tu), blower dan marker. Nak tengok contoh peralatan membersihkan kamera yang i gunakan, boleh picit link sini ok ---> http://www.reenaonline.com/2012/01/tips-apa-yang-perlu-ada-selepas-membeli.html


Inilah bekas kedap udara yang i gunakan untuk menyimpan kamera DSLR dan juga lensa. Simple je kan?



Silica gel ni bila dah habis serap kelembapan, dia bertukar jadi warna merah. Best kan?

p/s : Dah beli benda / mainan mahal ni, kenalah jaga elok-elok sebab bukan mampu beli dua, tiga lagik (huhuhu...)