Blogger templates

Apr 8, 2012

Resepi : Hot and Roll

I perasan ramai yang datang ke blog i semata-mata nak cari resepi untuk kanak-kanak (mekasih banyak-banyak ye). Walaupun setakat ini tak banyak lagi resepi untuk kanak-kanak yang i ceritakan dekat blog i. Tapi i harap korang sudi-sudilah untuk terus jengah ke sini. Bila-bila masa i akan pos dan kongsikan sebarang resepi yang bersesuaian. Tak kira samada untuk bayi ke, kanak-kanak ke even untuk orang tua dewasa sekalipun. Apa yang seronoknya bila buat resepi untuk kanak-kanak ni ialah sebab bahan-bahannya mudah untuk disediakan, senang nak buat dan yang paling best sedap dimakan. Mana tak orang tua pun suka makan. Hehehe... Resepi Hot and Roll ni antara contoh resepi yang sesuai untuk kanak-kanak jugak (yeay!)

Sebenarnya idea untuk resepi Hot and Roll yang i nak kongsikan hari ni ialah datangnya dari Kiosk Makanan Hot & Roll (atau orang melayu panggil Panas dan Gulung. Hehehe). Agak-agak, korang pernah dengar tak nama kiosk ni? Kiosk ni menyediakan makanan berkonsepkan daripada Paratha dan Crispy Wrap / Crepe (satu lapisan tepung yang digoreng rangup). Ada macam-macam pilihan menu yang korang boleh pilih sebagai topping kepada Paratha dan Crispy Wrap korang tu. Harga yang ditawarkan pun berpatutan, bermula dari harga RM2.90 sehingga RM5.90. Untuk topping tambahan pulak, korang akan dikenakan bayaran sebanyak RM1.00. Takpe nanti kalau ada masa, i singgah ke Hot & Roll (selalu sebenarnya singgah sini tapi sebab lapar sangat sampai lupa nak ambil gambar) dan buat entry khas untuk Hot & Roll ok.

Macam mana pun untuk korang yang nak sediakan Hot and Roll sendiri dekat rumah je. Jom tengok resepi i ni. Rasa untuk resepi ni pada i, takde beza pun macam makan dekat Hot & Roll dan korang boleh buat lagi sedap daripada kiosk Hot & Roll. Contohnya nak letak aiskrim ke, jem ke atau lain-lain lagi. Ikut kreativiti korang. Resepi ni sesuai dimakan untuk sarapan pagi, minum petang atau supper (makan lewat malam).

Bahan-bahan (untuk 2 orang makan)

1/2 batang lobak merah yang diparut
2 batang sosej / hot dog ayam yang dicincang (pilihan i semestinya jenama Ramly Burger)
2 keping roti canai yang digoreng dengan sedikit minyak (i suka beli jenama Kawan tapi ejaan dekat packaging nya ialah Roti Chanai)
2 keping keju (jenama Cheesedale)

Tambahan hidangan :

Boleh letakkan mayonis, sos, hirisan bawang, cili dan lain-lain lagi

Cara-cara :

1. Taburkan lobak dan sosej di atas roti canai yang siap digoreng. Kemudian, letakkan keju di atas permukaannya.
2. Masukkan, roti canai ke dalam microwave atau oven. Panaskan pada suhu 85ºC hingga 100ºC (ikut suhu panas microwave atau oven masing-masing) selama 2 hingga 3 minit.
3. Siap untuk dimakan. Kalau nak feel rasa macam makan dekat Hot & Roll, korang gulungkanlah waktu nak makan tu.

Senang je kan memasak ni? Siapa kata susah. Yang susah tu untuk orang yang malas basuh kuali dengan pinggan sebenarnya. Kihkihkih... (gurau je).


Untuk penerangan lebih jelas, korang bolehlah tengok gambar dekat bawah.









p/s : mula-mula buat untuk dua keping je, tiba-tiba permintaan terus meningkat jadi 6 keping. Kalau betul-betul makan dekat Hot & Roll ni, takdenya sanggup nak order banyak-banyak. Mahallah katakan.

24 comments:

  1. mkn roti canai versi baru nih
    bila dah melt tu mak aih sedapnye nampakkk..terus lapo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kita pun lapoo sekali :)

      Delete
  2. sehingga menjilat jari skali dgn pinggan2 nie sis...
    menggiurkan jer tgk cheese dia tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheese ni lah yang buat budak-budak dengan mak pak budak pun melting sekali kak. Hehehe

      Delete
  3. kalau senang camni I like....buat sendiri lagi berbaloi2...thanks for the resepi!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Posh, makan banyak kali pun takde rasa bersalah. Anyway your welcome :)

      Delete
  4. cayangggggggggg sis, mcm tau2 ja kami update status kat Fb kata teringin nk mkn hot & roll ni..kekeke.. dulu dh try bt tp xjadi..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... alahai mekasih dear :')

      Nanti lepas ni cuba buat macam akak buat ni k.

      Delete
  5. terliurnya tengok..turuih rasa lapaq ni..klu kita guna roti pizza pun blh kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya boleh kot, tapi lagik crunchy kalau guna roti canai dear :)

      Delete
  6. nk cube buat sarapan esok nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba jangan tak cuba tau Eita :)

      Delete
  7. simple.. tp nmpk mcm sedap jer... bukan kata budak2 je suke.. mak ngan bapak budak sure lg suka ni.. ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ishh... bukan macam lagik tapi memang sedap tau dear. Hehehe...

      Delete
  8. yahh ! hot and roll sedap sgt2 !!!! eh eh nih hot and roll versi roti canai eh ? hihi . nampak sedapp :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... a'ah la dear, kalau dekat Hot & Roll versi paratha kan? Takpe kita ubah sikit-sikit je :)

      Delete
  9. Kita pun suka hot and roll tp suka banana choc tu hee. Mesti anak akak seronok je time makan. Makan best je sume :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapnya banana choc!!! :) Memang seronok siap mintak tambah 2 kali tau Cha. Hehehe

      Delete
  10. psst,reena pasni updated plak sarapan "jewerx2"? bhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah?? Hahaha... orang jewerx2 buatlah entry sarapan sendiri.

      Delete
  11. wah idea memasak yg mudah n sgt best.nanti boleh sy cuba.tq ya resepinya..:)

    ReplyDelete
  12. kenapa klau saya letak cheesadale, dia x mencair ?

    ReplyDelete
  13. kenapa klau saya guna cheesedale dia xmencair pun?

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)