Blogger templates

Apr 22, 2012

Tips dan Cara Simpan Kamera DSLR

Rupa-rupanya i baru tahu, bukan senang rupanya nak membela / menjaga kamera DSLR (Nikon D5100) ni eh? I ingatkan kamera mahal lagiklah tahan lasak berbanding kamera compact biasa yang i pernah ada dulu. Apataknya, kalau kamera Panasonic Lumix i yang dulu tu, takde kisahnya nak simpan macam mana pun. Habis guna, masuk je balik dalam beg kamera yang sedia ada. Tak pernah fikir pun nak kena lap sebelum simpan ke, suhu bilik tempat simpan kamera panas sangat ke, atau nak kena beli gel silika ke. Serba-serbi tak ambil peduli lah waktu ada kamera Panasonic Lumix dulu (alolo... macam anak tiri pulak bunyinya kan? Kesian Lumix yang banyak berjasa) Eh, macam mana pun kan, kamera Panasonic Lumix ni, i masih gunakan sampai sekarang tau. Cuma taklah sekerap dulu. Yelah... bila ada masa-masa / keadaan tertentu yang macam tak sesuai nak ambil / tangkap gambar dengan Nikon D5100, i gunakanlah Panasonic Lumix. Taklah terlalu menonjol sangat macam i nak tangkap gambar.

Bagi memastikan jangka hayat kamera DSLR korang panjang / lama serta berfungsi dengan baik. Di bawah ini, i berikan beberapa tips dan cara simpan DSLR untuk korang praktikkan ke atas kamera korang.

1. Simpanlah di tempat tidak lembap dan tidak terlalu panas. Contoh macam i (boleh tengok gambar dekat bawah), i gunakan bekas plastik kedap udara bersama-sama dengan gel silika. Tujuan gel silika ialah menyerap kelembapan dan mengelakkan kamera DSLR korang ditumbuhi fungus atau kulat pada lensa. Ke semua aksesori bekas plastik kedap udara dan gel silika ni i beli di Daiso. Kalau nak lagi hebat, korang boleh beli camera dry box. Cara i ni, cara berjimat cermat. Hehehe....

2. Bagi memastikan jangka hayat bateri lebih lama dan mengelakkan terjadinya full-discharge, korang keluarkanlah bateri kamera sewaktu menyimpan kamera DSLR. Kalau korang nak tahu, bateri Lithium-Ion atau Li-Ion yang digunakan pada kamera DSLR mengandungi circuit istimewa yang boleh melindunginya daripada overcharged atau pun undercharged. Walaubagaimanapun apabila tenaga bateri menurun hingga ke tahap voltage yang paling rendah, circuit keselamatannya ini akan terbuka dan bateri boleh mengalami kerosakan kekal. Ini terjadi apabila bateri dibiarkan dalam tempoh yang lama di dalam kamera. Untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai bateri Lithium-Ion atau Li-Ion ini, korang boleh rujuk di sini ---> http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/01/tips-menjaga-dslr-3-bateri.html.

3. Elakkan kamera DSLR korang daripada terkena sinaran matahari yang berlebihan, air laut dan pasir. Ketiga-tiga perkara ini boleh merosakkan komponen elektronik serta bahagian dalaman kamera DSLR (iaitu punca terjadinya karat dan fungus). Ianya juga melibatkan kos yang mahal untuk diperbaiki.

4. Pastikan tangan korang bebas daripada air, losyen, minyak atau kotoran lain yang boleh merosakkan kamera sewaktu mengendalikannya. Ini kerana kamera DSLR amat sensitif dengan sebarang bendasing yang melekat padanya. Yang penting, bersihkan dan keringkan tangan korang sebelum memegang kamera DSLR.

5. Sentiasa bersihkan kamera DSLR sebelum menyimpannya. Gunakan peralatan seperti kain microfiber (yang biasanya orang gunakan untuk lap cermin mata tu), blower dan marker. Nak tengok contoh peralatan membersihkan kamera yang i gunakan, boleh picit link sini ok ---> http://www.reenaonline.com/2012/01/tips-apa-yang-perlu-ada-selepas-membeli.html


Inilah bekas kedap udara yang i gunakan untuk menyimpan kamera DSLR dan juga lensa. Simple je kan?



Silica gel ni bila dah habis serap kelembapan, dia bertukar jadi warna merah. Best kan?

p/s : Dah beli benda / mainan mahal ni, kenalah jaga elok-elok sebab bukan mampu beli dua, tiga lagik (huhuhu...)

22 comments:

  1. blower camera zai x beli lagi T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena beli tu Zai, sebab penting melambungkan habuk-habuk degil. Hehehe...

      Delete
  2. erkkkkkk saya ni dah bertahun pakai xbuat pun lagi box ni.. bad bad.. thanks for reminding kak.. nanti kena beli box kat daiso ni.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eee... kena jaga elok-elok Mun, nanti rosak mahu beratus nak kena repair (pitam!) Box dekat Daiso ni mahal sikit daripada harga RM5.00 Daiso yang biasa tu tau Mun, sebab saiz dia besar dan kedap udara. Yang hijau tu RM10.00, dan yang biru tu RM15.00 :)

      Delete
  3. huhu...da setahun using the same model....
    tp lgsg tak tau nak jage kak reena....
    just letak dlm beg die jer...
    thanks for the information yer...
    lps ni, mkin sempit bilik demi D5100...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh... seplah kita sama-sama pakai Nikon D5100. Hehehe... sempit sikit je, agak-agak kalau tak muat boleh letak dekat rumah akak. Kihkihkih...

      Delete
  4. makin mahal barang makin susah nak jaga. hehehehe.
    teringin nak ada satu kak tapi bukannya reti guna pon.
    pakai compact kamera je lah. hik hik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasal Wana. Geram je kan. Hehehe... Alaa... akak pun main tekan je punat kamera tu. Bukan terror mana pun guna kamera DSLR ni. Hehehe...

      Delete
  5. salam reena,

    klu dah minat kan, tu yang boleh belek berjam2 lamanya ... minat orang berbeza2 ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum jugak Mak Encik :)

      Hahaha... bab belek-membelek ni kita serah dekat hubby sebenarnya. Dia yang rajin lap segala habuk dekat kamera tu. Kita tukang ambik gambar je. Hehehe...

      Delete
  6. tu laa, bak kata orang..orang pkai kite pun nak pkai..tp nak jaga pun tak pandai..haiyookkk..thanks ye reena..balik kang nak tgk balik keadaan kameraku itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nak kena babap ni. Hehehe... Anyway sesame dear :) Jaga elok-elok kamera tu.

      Delete
  7. mmg kna jaga
    tp kdg2 mls jugek..
    ada dgr org naik kulat kt lense dier
    uncle kdai camera pun salu remind
    rajin2 jaga camera syggggg bli mahal2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishh... takutnya kalau sampai naik kulat. Waktu tu mesti nak nyesal pun tak guna kan kak. Jadi, jagalah sebaik mungkin. Nanti rosak kan ke nangis. Hehehe....

      Delete
  8. bende mahal mmg kene jaga betul betul. lain la kalau mampu beli macam beli henpon. kan.kan. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Henpon pun aku tak mampu beli dua-tiga Hanie. Hanie, kau belikan untuk aku iphone 4S... Mekasih :)

      Delete
  9. saya punya dslr masuk bag je terus.. hehehe

    reena.. berapa RM lens kalau canon ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun dulu buat macam gini jugak. Bila dapat tahu yang DSLR ni senang rosak kalau tak jaga elok-elok. Terus kelam-kabut beli macam-macam peralatan membersih bagai :)

      Eh... awak... kita tak tahulah lens canon berapa RM. Kalau Nikon tu, adalah survey-survey jugak. Hehehe...

      Delete
  10. hehe sesuatu yang berharga haruslah dijaga sesempurna mungkin! like you said earlier, take good care of it because we sometimes can't afford the precious thing in many times. and anyway, i would love to have DSLR camera! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. You should have my dear. Memang best tau pakai DSLR ni :)

      Delete
  11. mmg remeh sikit penjagaannyer tapi berbaloi baloi gambar santek!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah betul tu Posh... so far ambik gambar tah hape-hape pun nampak cantik je (eceh!) Hehehe

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)