Blogger templates

May 19, 2012

Joez Coconut Jelly Penang

Kalau dekat Melaka dah famous / terkenal dengan Klebang Coconut Shake (sesiapa yang nak baca entry yang i taip, korang boleh klik sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/klebang-coconut-shake.html). Tapi kalau korang nak tahu, dekat Pulau Pinang / Penang pulak, famous dengan Penang Coconut Jelly / Joez Coconut. Dan yang kelakar tu, i tahu mengenai kewujudan Joez Coconut pun secara tak sengaja. Ceritanya, kita orang tengah tunggu lampu isyarat, sambil ronda-ronda sekitar Penang dan dalam perjalanan nak balik Kuala Lumpur. Tiba-tiba i terpandang papan tanda besar tertulis perkataan 'Penang Coconut Jelly / Joez Coconut'. Apa lagik, teruslah meliar mata kita orang cari dekat mana lokasi sebenar Penang Coconut Jelly. Rupa-rupanya kedai Penang Coconut Jelly ni terletak ditengah bangunan dan betul-betul di laluan jalan yang agak sibuk. Aiseyy... sampai dua-tiga jugaklah kita orang ronda sekitar tu untuk cari parking (tempat letak kenderaan) yang kosong. Nak tak nak, sebab teringin sangat nak tahu dan rasai sendiri kelazatan Penang Coconut Jelly ni, kita orang parking di kawasan yang agak jauh sikit (takpelah kan? Sekali-sekala).

Susun atur dan kedai Joez Coconut Jelly ni kalau korang tengok ringkas (simple) je. Takde makanan sampingan yang disediakan, menu utamanya pun terhad untuk Coconut Jelly, Coconut Shake with Ice Cream Topping and Black Pearl (harga RM3.50) dan Pandan Coconut Juice serta produk daripada kelapa tu sendiri contohnya macam kelapa parut dan santan kelapa. Untuk harga sebenar Coconut Jelly dan Pandan Coconut Juice di Penang, i tak pasti berapa harganya tapi yang pasti ianya kurang daripada RM5.00. Kalau dekat kiosk / cawangannya di KL Sentral, harga  Coconut Jelly ialah RM4.70 dan Pandan Coconut Juice ialah RM4.00. Untuk harga, terus terang i cakap ianya dalam kategori mahal tetapi berbaloi untuk korang rasa. Disebabkan kesuntukan masa i tak sempat nak rasa kehebatan Coconut Jelly yang hangat diperkatakan orang. Menurut kata pekerja di Joez Coconut Jelly dan beberapa blog yang i baca serta gambar yang dorang letakkan (antaranya macam food.malaysiamostwanted). Jeli / Jelly yang terhasil di dalam Coconut Jelly bukan daripada bahan tambahan yang diletakkan tetapi, terbentuk di dalam kelapa tu sendiri (hebat kan?) Ianya melalui proses istimewa di mana kelapa tu dibakar dahulu dan disejukkan dengan kadar segera. Nak tahu jadi ke tak? Korang cubalah buat dekat rumah. Hehehe... Malah Coconut Jelly ni jugak boleh bertahan sehingga 4 atau 5 hari tanpa rosak (yang penting kena kekalkannya dalam suhu sejuk).

Alamat Penang Coconut Jelly / Joez Coconut di Pulau Pinang ialah :-

201, Jalan Dato Kramat
10150 Penang
Malaysia

Lokasi : Bersebelahan kedai 4D Sports Toto (Amaran : jangan gatal-gatal nak melencong sini pulak lepas beli air kelapa. Hehehe)
Nombor telefon : [04] 229 6063 & [016] 440 9049
Waktu perniagaan : 5:00 pagi hingga 7:00 malam (hari-hari bukak ke tak? Cuba korang telefon tuan kedai ni. I nak telefon malas. Kihkihkih)

Manakala untuk warga Kuala Lumpur dan Selangor, korang boleh menikmati di Kiosk Joez Coconut yang terletak di dalam KL Central (berhadapan CIMB Bank). Kiosk ini telah pun memulakan operasi pada 10 Januari 2011 (yeay!! bolehlah ajak member-member i datang sini).

Waktu perniagaan kiosk : Dari pukul 9:00 pagi hingga 8:00 malam setiap hari.

Emel : info@joezcoconut.com.my

Nota : Dengar kata dekat Manjung pun ada jugak Joez Coconut Jelly tapi diusahakan oleh ayahnya.

Nak tahu serba sedikit mengenai latar belakang / sejarah kewujudan Penang Coconut Jelly / Joez Coconut, keterangan mengenai produk kelapa yang disediakan dan lain-lain lagi. Apa kata korang jengah di website / laman web Joez Coconut ---> http://joezcoconut.com.my/main.html

Hah, jangan lupa LIKE Facebook Joez Coconut Jelly sekali sebab mana tahu ada tawaran menarik atau diskaun yang korang boleh dapat.

Ok, cerita tamat... jom kita tengok gambar pulak.



Disediakan fresh gitu

Glamour habis!! Hehehe...

Bahagian hadapan kedai Penang Coconut Jelly / Joez Coconut ada kiosk kecik untuk buat The Coconut Shake.

Satu untuk mama, satu untuk papa. Budak-budak kecik semua tak suka. Aiseyy... Mama Papa suka je sebab sedap!

Nampak tak black pearl dekat nun bawah air coconut shake? Sambil minum kunyah-kunyah pearl kenyal. Hehehe...

2 gambar dekat bawah ni daripada Facebook Joez Coconut Jelly



p/s : Semalam cuti berehat pos entry (letih sorang-sorang handle rumah untuk dua hari ni especially lepas balik kerja. Lagipun hubby out station). Kalau rajin, petang nanti ada entry baru. Tapi macam nak jalan-jalan pergi KL Sentral je kejap lagik. Hehehe...

19 comments:

  1. jom kita pg cuba kat kl central jelah ...dekat sikit..
    baca entry ni dah mcm rancangan jalan2 cari makan pula..hehehe..bagus reena...cadangkan tempat menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tulah tak payah sampai nak pergi Penang :)

      Mekasih Izan :)

      Delete
  2. air kelapa kan ni?haahlah reena web ni dh mcm web jln2 cari mkn..apepun..OHSEMMM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah air Ribena je. Hahaha!

      Delete
    2. amboih kemaen lagi boleh thn jugak "motoboat " jugak reena ni..

      Delete
  3. akak org penang pun tak tau kewujudan kedai nie....
    hebat lah u sis....
    leh try nie.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti akak try tau! Sedap habis!

      Delete
  4. Salam.
    Menariknya terliur rasa nk try.
    nice blog+info. visit me back!
    http://azlinzain.blogspot.com/2012/05/spanx-untuk-aidilfitri.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Akma Azlin :)

      Mekasih sudi jengah sini. Dah check point dekat tempat awak tadi. Hehehe...

      Delete
  5. sedapnya tapi awat jauh sgt kak :(

    ReplyDelete
  6. hehe..klau nk tahu tmpat2 mkn menarik..memang sini lah tmaptnya...rugi sape yg xfollow akak reena...haha..ayat ikhlas(bukan bodek nk air tuh)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Kelakar tau baca statement last tu :)

      Anyway mekasih Miza.

      Delete
  7. mmm nampak sgt tempting...tak pernah jumpa pun..harus kena terai ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak dekat, pergi dekat KL Central je Posh :)

      Delete
  8. sedapnya !
    kite memang suke benda2 macam ni. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah sedap sangat dear!! Best je minum kalau waktu-waktu panas :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)