HAPPY MOTHERS DAY / SELAMAT HARI IBU untuk semua ibu-ibu (terutama sekali untuk ibu i yang tersayang dan ibu mertua ku) dan juga untuk kawan-kawan kesayangan i, tak kiralah samada yang mengenali i di dunia nyata atau pun cuma di dalam blog. Ikutkan entry i ni dah terlewat satu hari dari tarikh asal Hari Ibu yang sebenar (13 April). Tapi i harap korang semua sudi terima ucapan i ni.
Sebenar-benarnya kan kalau korang nak tahu, i selalu tak ingat bila tarikh Hari Ibu dan Hari Bapa. Jadi i harap lepas letakkan entry ni, i dah boleh rancang / plan nak buat apa untuk Hari Ibu akan datang. Mungkin nak sambut dengan ibu dan ibu mertua i dekat tempat-tempat yang menarik.
Yang kelakar tu, i pun baru tersedar hari semalam ialah Hari Ibu bila i dapat sms / mesej dari kawan-kawan i (alahai, serius terharu tau dapat ucapan macam gini. Mekasih sangat!). Lepas tu, tiba-tiba hubby i sebut 'Happy Mother's Day, Mama'. Hahaha... kantoi, nampak sangat hubby i pun baru teringat jugak lepas dia jenguk Facebook (Mama pun sama jugak, Pa. Kihkihkih...) Anak i yang sulung pulak, dua hari lepas dah buat ucapan Happy Mother's Day in advance. Takpelah, tak kisah sangat pun sebenarnya, tapi ingatan dorang untuk i buat i rasa bertuah dikelilingi dengan orang-orang yang i sayang. Tak kira samada keluarga dan kawan-kawan semua.
Jadi bersempena dengan hari istimewa, hubby i bagi cuti memasak untuk i (bunyi macam kena dera memasak hari-hari pulak kan? Hehehe...). Kita orang pergi makan dekat Secret Recipe berhampiran dengan rumah. Danish (anak i sulung) pun dah suarakan hasrat hati nak makan kek coklat banyak-banyak. Iye, kita pergi makan kek ok, kalau tak habis. Mama habiskan. Hehehe... Kemain mama kan? Tapi lepas tu mama kemengahan tak larat makan, gara-gara penangan 3 Cheeses Spinach Lasagne. Duhh... taubat tak nak makan dengan tengok keju lagik (untuk hari tu jelah. Hehehe...) Kurus semangat nak habiskan cheese yang super banyak!
Ariana dan Damien cuma pesan ABC Fries dan kek sahaja. Makannya tak banyak mana tapi sibuk dengan games (hehehe...) Papa pulak makan Vegetarian Fried Rice with Satay. Untuk minuman Mama order Ice Blended Chocolate dan Papa pulak order Ice Blended Mocha. Kalau kawan-kawan nak tengok senarai menu yang ada dekat Secret Recipe, bolehlah tengok dekat sini ok ---> http://www.secretrecipe.com.my/menu-selection/page-1651.html
Rasanya sama je suasana makan Secret Recipe macam hari-hari biasa. Bezanya cuma hari ni ialah Hari Ibu. So, mama nak simpan kenangan Hari Ibu untuk tahun 2012 untuk anak-anak mama. Jangan terkejut tengok gambar mama yang besar kemain pakai tudung warna kuning tu. Mana tahu bila anak-anak mama dah besar, muka mama dah jadi lain dah. Hehehe... jadi bolehlah tatap muka mama waktu muda ni (kehkehkeh... mudalah sangat!)
SELAMAT HARI IBU SEMUA!!! Jadi ibu jangan garang-garang sangat tau. Hehehe...
Surat cinta Danish untuk semua. Mama terharu sebab dapat cinta nombor satu. Hehehe... |
p/s : i'm proud to be mom
Selamat hari ibu kak reenaaaa
ReplyDeleteMekasih Mun :) Kad Mun baru dapat tadi (yeay!)
Deletewhat a nice mother's day celebration. :)
ReplyDeletehappy mother's day to all mothers in the whole wide world. God bless!
Thanks dear!! :')
Deletehehe muda betul mak die...mcm remaja gitu..:P
ReplyDeleteHahaha... kalau tengok umur, dah masuk kategori makcik dah pun dear (kehkehkeh)
Deleteselamat hari ibu mama reena, semoga sentiasa happy bersama family tercinta. ameen :)
ReplyDeleteMekasih Jannah :') Ameen
DeleteSihat2 anak..geeerammm
ReplyDeleteRasa macam nak gigit-gigit tak? Hehehe...
Deletehappy mother's day
ReplyDeletesemoga kita semua menjadi ibu yg terbaik utk anak2 kita
Insya-Allah kak :') Itu yang sebaik-baiknya kan?
Deleteanak dah tiga...tapi reen nampak macam anak dara lagi tau..jeles mak..heheee
ReplyDeleteHahaha... ala... Mun pun boleh je nampak macam anak dara tau :)
Deletenasib muke mak mcm kak je..hihihihi.
ReplyDeleteHahaha... kalau macam nenek. Pengsan!
DeleteHappy Mother's Day dear...kak Anis doakan anak2 Reena membesar sbg anak2 yg membanggakan mama n papanya serta family sis dirahmati dunia akhirat...AMIN
ReplyDeleteTerima kasih banyak-banyak Kak Anis :') Amin ya rabbil alamin.
DeleteNak ucap happy belated mother's day jugak untuk akak, semoga ceria dan bahagia selalu disamping anak-anak dan suami tercinta :)
wish hari mama tuk reena...... ; D
ReplyDeleteAlololo... comel pulak bila sebut Hari Mama kan? Hehehe... thanks Uchi!
Deletei thought is very suitable why? coz u look cute mama lor...
Deletepasni nk tunggu seseorg wish me papa hahaha..
selamat hari ibu kak reena hehe
ReplyDeletewahhh chumel belake ank kak reena
Mekasih Dilla :')
DeleteAwak pun comel jugak... Hehehe...
Happy Mother's Day kak reena. Semoga anak2 sentiasa berjaya dunia dan akhirat! :D
ReplyDeleteMekasih Sarah :') Amin-amin-amin.....
Deletewalaupun terlambat tetap nak wish happy mother's day...
ReplyDeleteThanks Posh! :')
Delete