Blogger templates

May 14, 2012

Penang Hill / Bukit Bendera

Agak-agak korang bila kali terakhir korang pergi Penang Hill / Bukit Bendera ni? Kalau tanya dekat i, kali terakhir i jejakkan kaki dekat sini tak salah i masa tahun 1994. Fuhhh... kalau tambah lagik 2 tahun, maknanya dah dekat 20 tahun dah (dahsyatnya... hehehe...) Ingat lagik, waktu dulu i datang sini, kita orang (i, adik, ayah dan ibu) makan ABC (ais batu campur) satu mangkuk besar yang ada aiskrim. Punyalah jakun sebab sebelum tu tak pernah pun jumpa lagik ABC yang ada aiskrim (kelakar je kan?)

Tapi kalau korang datang sekarang ni, dah banyak sangat perubahan dekat atas Bukit Bendera ni. Lebih kemas dan cantik gitu. Cuma kita orang kurang bernasib baik sebab ada antara tempat menarik yang kita orang nak lawati (macam The Owl Museum / Muzium Burung Hantu) masih belum dibuka untuk orang ramai lagik. Orang yang bertanggungjawab uruskan Muzium Burung Hantu bagitahu, dua hari kemudian daripada tarikh i datang ke Bukit Bendera, barulah dorang akan buka (alahai, ruginya!), dan kawasan gerai-gerai makan pun tengah buat pengubahsuaian / renovation. Bertambah tak best  waktu kita orang tiba kebanyakan kedai makan pun dah tutup (duhh... hari biasa pun dorang tutup kedai cepat sangat ke?) Tulah, siapa suruh naik Bukit Bendera lepas pukul 6:00 petang. Hehehe...

Untuk korang yang menyangkakan banyak benda-benda menarik dekat atas Bukit Bendera, selain daripada pengalaman menaiki kereta kabel / cable car dan keindahan melihat permandangan seluruh Pulau Pinang dari atas bukit. I rasa korang mesti rasa frust / kecewa bila tiba dekat atas sana. Secara jujur lahir dari hati, terus-terang i cakap sebenarnya biasa-biasa je bila berada dekat sini. Takde apa-apa yang menarik sangat pun. Tapi macam i dan hubby yang suka teroka tempat-tempat yang kita orang tak pernah pergi, kita orang rasa seronok je. Yelah, bukan selalu pun datang sini kan?

Nak tahu fakta menarik mengenai Penang Hill / Bukit Bendera? Jom baca dekat bawah ni

Penang Hill / Bukit Bendera terletak di dalam kawasan yang dipanggil Air Itam di Pulau Pinang. Jaraknya adalah 6km dari bandar. Terletak kira-kira 823 meter (2750 kaki) dari aras laut di bahagian utara Pulau Pinang. Ianya merupakan resort bukit yang tertua dan yang pertama di Malaysia serta mempunyai ciri sejarahnya yang tersendiri. Nama asal bagi Penang Hill / Bukit Bendera ialah Flagstaff Hill. Ini kerana pada waktu dahulu, bendera yang dikibarkan dari tiang bendera di Bel Retiro (rumah Gabenor Pulau Pinang pada masa itu) telah digunakan sebagai pemancar isyarat. Penduduk tempatan biasanya memanggil dengan nama Penang Hill atau Bukit Bendera. Manakala orang Hokkien memanggilnya dengan nama "Seng Kee Sua". Kebanyakan penjajah British membina banglo untuk kegunaan peribadi mereka pada abad ke-19 kerana keadaan iklimnya yang lebih sejuk berbanding kawasan bandar. Suhu purata antara di antara 20-27 darjah celcius.

Nak dapatkan keterangan lanjut mengenai Penang Hill / Bukit Bendera, korang boleh hubungi menerusi alamat dan nombor telefon dekat bawah :-

PERBADANAN BUKIT BENDERA PULAU PINANG
JALAN STESEN BUKIT BENDERA, AYER ITAM
11500 PULAU PINANG MALAYSIA

Telefon : 604-8288880, 604-8288839, 604-8288861
Faks : 604-8288862

Website / Laman Web : http://www.penanghill.gov.my

Waktu operasi :
Hari biasa : 6:30 pagi hingga 10:00 malam (Keretapi terakhir dari Stesen Atas Bukit Bendera)
Hujung Minggu / Cuti Umum dan Cuti Sekolah : 6:30 pagi hingga 11:00 malam (Keretapi terakhir dari Stesen Atas Bukit Bendera)

Kaunter tiket di Stesen Bawah Bukit Bendera tutup pada :
Hari biasa : 9:00 malam 
Hujung Minggu / Cuti Umum dan Cuti Sekolah : 10:00 malam

Harga Tiket : boleh rujuk gambar bawah.

Untuk korang yang dah lama tak pergi Bukit Bendera, sudi-sudilah tatap gambar kami. Untuk anak-anak mama, lain kali kita datang lagik tengok The Owl Museum ok.

Ohh, lupa nak bagitahu, cable car / keretapi sekarang dah laju dah tak macam dulu-dulu. Perjalanan dalam 20 minit je naik dan turun Bukit Bendera.


Harga tiket untuk ke Penang Hill / Bukit Bendera










Belakang i tu Stesen Atas Bukit Bendera

Nak minum-minum sambil tengok permandangan, best pergi Restoran David Brown ni, tapi i tak berani pulak nak makan sebab tak nampak pulak tanda Halal.

Ariana sekarang bergaya angkat kaki sebelah bila bergambar. Hahaha... siapalah yang mengajar ni?

Apa yang i pakai hari tu?
Tudung / Pashmina - Beli dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman (RM10.00) je
Baju - Poplook
Jeans - Uniqlo
Kasut - Crocs
Wrislet - Coach (beli waktu clearance stock)





Tempat ni menarik tapi dah tutup pulak waktu i tiba. Huhuhu... Lain kali kena datang pagi-pagi naik Bukit Bendera.


Permandangan malam Pulau Pinang dari atas Bukit Bendera. Hari-hari bukak tingkap rumah boleh tengok macam ni kan ke best. Hehehe...



p/s : Kadang-kadang destinasi perjalanan tu tak penting sangat pun, yang penting bila kita dapat luangkan masa dengan orang tersayang.

21 comments:

  1. reena dkt 20 taun x pg..akak x penah pg..hiihi
    mmg byk lg tpt2 dlm masia x dijejaki..shud masuk list nih..

    pstt..top tu by poplook kan? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Tulah dalam Malaysia pun banyak tempat-tempat yang best :) janji kita enjoy saje!

      Psstt... Mana tahu ni? Hehehe...

      Delete
  2. last akak pegi sini masa umur 10 tahun,
    sekarang dah 38..
    so kira je lah dah bape tahun kan?
    hehehe..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak aih... Lagik lama daripada kita ni kak :) hehehe

      Delete
  3. sekali jer naik...lepas tu rasa cam gerun nak naik sbb slow & mendongak ke atas....tapi kat atas tu mmg bess...nyaman jerkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Tu zaman dulu-dulu memang gerun Posh. Sekarang dah ok, dah modenlah katakan :)

      Delete
  4. Saya dulu kalau pi bukit bendera suka mendaki. =)
    China ramai yg mendaki time pagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mendaki naik atas bukit bendera je?? Fuhh... memang salute dear :) Hehehe...

      Delete
  5. lewatnya naik Bkt Bendera tu..hehe..mmg x da pa yg menarik pun kat atas tu tp ok la jln2 tgk tpt org kan..sy pun last p 4 thn lepas..itupun p hiking dgn kwn2 dari Botanical Garden jalan kaki sampai puncak Bukit Bendera tu..huhu sakit tp puas hati n menyeronokkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali-sekala seronok jugakkan buat aktiviti cam gitu? :)

      Bila sebut Botanical Garden tu, teringat yang kita orang tersesat pergi situ waktu carik Stesen Bukit Bendera tu. Ni semua salah GPS... (Hehehe... GPS jugak yang dipersalahkan).

      Delete
  6. wahhhh so cantikk ahhh. Dah lama tak pergi, time kekecik dulu je pergi. Hehehe Anyway, penang mmg banyak tempat menarik kak! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, tak banyak tempat dapat explore lagik ni dear :)

      Delete
  7. okeh jeles ..masih teda kesemptan mo mendaki bukit bendela..hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... susah-susah daki bukit nanas jelah Uchi :)

      Delete
    2. bukit nenas? xpe2 klu bosan daki bukit tiram je...ngee

      Delete
  8. **menjawab pertanyaan**
    steam otak2 tu mkn dekat daddy's village rest kt tmn bukit pasir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh... balik kampung harus singgah ni :) Thanks kak!!

      Delete
  9. reen...awak nampak cantik leee..slim melim...share lah tips-tips yang u amalkan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... alahai malu kita tau Mun. Ikutkan zaman bujang dulu lagik kurus, sejak dah kahwin ni nampak normal sikit berat badan. Hmm... rasanya ada kot tips kita penah letak... cuba tengok dekat sini :) http://www.reenaonline.com/2010/09/tips-kekal-ramping-elak-perut-buncit.html

      Delete
  10. Kitaorang memng plan nk g bkt bendera n round penang hjg bulan nie....hrp2 smuanya besttt dan happy..

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)