Blogger templates

May 12, 2012

Resepi : Dorayaki / Doraemon

Yea... akhirnya tiba jugak hujung minggu yang dinantikan. Walaupun bila tiba hujung minggu ada macam-macam kerja rumah yang sedia menanti untuk dikerjakan. Tapi entahlah, i tetap rasa seronok. Seronok dapat cuba resepi baru, seronok buat susun atur rumah, seronok dapat baca buku-buku baru yang i beli, seronok dapat bincang dengan hubby i untuk next plan cantikkan ruang dalam rumah, seronok dapat buat simple gardening, seronok dapat habiskan masa dengan anak-anak i, seronok bergelak tawa dengan dorang sambil ajar macam-macam benda baru dan banyak lagiklah yang seronoknya. Senang cakap hujung minggu memang memenatkan tapi i tetap seronok.

Dari malam tadi, i dah cari idea nak buat resepi apa untuk sarapan pagi / breakfast. Teringin nak cuba masakan Jepun atau Korea. Tapi entah macam mana terjumpa resepi untuk buat Dorayaki. Kalau sesiapa peminat kartun Doraemon (macam i) mesti korang familliar dengan perkataan Dorayaki. Kalau korang nak tahu, Dorayaki ni makanan kegemaran Doraemon. Resepinya pun ringkas je, lebih kurang je macam resepi pancake i yang dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2010/01/resepi-pancake-aka-lempeng.html. Bezanya cuma ada tambah bahan gula je. Tapi terasa macam seronok nak cuba. Ikutkan resepi asal dari Kak Lydia / Kak Skyblue di sini, dia gunakan inti kacang merah untuk kuih Dorayaki. Memandangkan i dapat idea nak buat dari malam tadi, jadi i cuma gunakan inti peanut butter cip coklat (jenama Lady's Choice - kalau dekat botol nama yang tertera ialah Mentega Kacang & Pat Beras Bersalut Coklat).

Jom kita cuba nak?

Bahan-bahan (untuk 10 keping)

100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu kecil baking soda
60gm gula halus (i kurangkan jadi 50gm)
2 sudu besar madu
2 biji telur
½ sudu besar minyak masak
½ sudu kecil esen vanilla
Sedikit susu segar sekiranya adunan terlalu pekat (i gunakan jenama Dutch Lady Full Cream)

Inti : 1½ cawan kacang merah yg manis

Cara-cara :

1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang. Kemudian, masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.

2. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.

3. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4". Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, selepas itu balikkannya sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai dapat 20 keping.

4. Letak 1 sudu besar kacang merah (i gantikan dengan peanut butter) ditengah sekeping pancake, tutup dengan satu keping pancake yang lain. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah. Jadilah Dorayaki (hoorey!)


Nak tengok rupa Dorayaki yang i buat dan dua peminat Dorayaki (yang belum mandi) tengah tunggu mama siapkan sarapan (hehehe...) Bolehlah tengok gambar dekat bawah.









p/s : Terkejut tengok kawan-kawan dalam blog ni dah cecah 633. Terima kasih untuk semua yang sudi luangkan masa dekat blog i (terharu sangat). Besok i buat kunjungan balas. Hari ni macam tak sempat. Sorry ye...

37 comments:

  1. comelnyaaaa dorayaki reena!
    pakai kuali apa?
    hihihihi

    tringat zaman uni dulu beli dorayaki kat jusco...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih Mak Encik.

      Eh, ada kena-mengena dengan kuali eh Mak Encik. Hehehe... Saya pakai kuali Ikea, tak salah nama kuali ni Skanka. Cer try usha... :)

      Delete
  2. bestnya !! tengah tengok doraemon ni. hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kena tengok doraemon sambil makan dorayaki baru complete Wana :)

      Delete
  3. sedap sgt tengok dorayaki kak reena.. nak cuba buat sendiri lahh.. hehe.. alolo comeyy jee little princess n prince tuu.. cm nak cubit-cubit jee pipi dorang.. hehehe.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah Fiza, senang je tau :)

      Little princess dengan prince baru bangun tido tu. Hehehe...

      Delete
  4. kalau konsisten update blog mesti ramai follower kan reena.. keep it up! btw... dorayaki tu comel! sedap tak? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih Adriea :) dulu-dulu pun tak berapa rajin nak update. Tapi bila fikir-fikir balik journal blog ni untuk diri sendiri bila dah tua jugak nanti :)

      Nak lagik sedap cuba makan dorayaki dengan aiskrim / strawberry / coklat mesti lagik sedap :)

      Delete
  5. kak reena punya pancake jadi dan sgttttttttt cantik.. kak reena guna pans apa???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke dear? Mekasih Mun :)

      Akak guna pan Ikea, nama dia Skanka. Lepas ni boleh lah awak shopping periuk belanga kan? kan? kan? Hehehe...

      Delete
  6. Blog Reena menarik,santai,informative dan tak syok sendiri...pendekata short but sweet.
    Coz of that kak Anis rasa ramai yg jadi yr follower dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai terharu sangat baca kata-kata kak Anis ni :) Mekasih kak! Yang penting kena ikhlas berblog dan berkawan :)

      Delete
  7. lame x kesini,klu kesini mesti taim tgh tacing lebih..hurmm
    reena hang ni mmg ler pandai memasak tgk buat perutku keroncong pagi2 buta.....ngee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tacing je tak habis-habis dia ni? Hahaha... perut keroncong pergi masak maggi sendiri.

      Delete
    2. tulah psl..tacing je memnjg hasihh pelik jugak kdg2...agk2 klu dah nikah nnti tacing makin lebih ke kurg erkk?

      Delete
  8. mmg teruja nak cuba nnt...sedap pulak tgk dorayaki reena buat...

    ReplyDelete
  9. hehe wahh...teringin nak makan sebab doraemon pun ske makan..ehhe..boleh try wat jgk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... mesti peminat Doraemon jugak ni :)

      Delete
  10. sedappppnya dorayaki tue..rajin betul reen eh....btw blog reen nie best pastu gambar seme menarik so tue sebab le follower makin bertambah...hopefully satu hari nanti mun dpt jadi mcmm reen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buatnya simple je Mun :) tak percaya cuba try. Hehehe...

      Alahai terharu baca komen Mun. Mekasih Mun, jom kita rajin-rajin update blog selalu k :)

      Delete
  11. comel jer ur kid tunggu nak makan dorayaki...terasa nak buatlah....ur blog mmg wajib tengok....I like!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... customer kecikku :)

      Cubalah buat Posh, senang sangat-sangat tau. Anyway mekasih Posh!

      Delete
  12. sukee tgk kejadian dorayaki yg menjadikk..

    eh akak npk blog reena dlm majalah rapi 15/5 niceee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah nasib baik menjadi kak. Hahaha...

      Eh, ye ke kak?? Wahh... kena carik ni... Mekasih bagitahu :)

      Delete
  13. Saya suka amik resipe dlm blog akak dan apply try dkt rumah. Resipinya mudahhh sangat! Hehehehe :)

    Kak, lupa nak tanya mcm mana nak buat border contohnya dlm cara-cara dgn bahan - bahan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... akak memang suka buat resepi simple je dear. Cepat masak, cepat kenyang gitu :)

      Buat border?? Ohh... yang border berwarna pink dekat perkataan tu eh? Akak guna text background color (yang tanda macam highlight tu) je Sarah. Tarik panjang-panjang :)

      Delete
  14. salam reena..selalu i baca blog u..byk tip & info yg menarik.dorayaki ni wajib cuba lah..anak-anak pun suka dorayaki ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yanni :)

      Alahai terharu tau awak selalu datang sini :') mekasih ye. Dorayaki ni memang best, kompom anak awak suka. Cuba tau!

      Delete
  15. So cuteeeeeeeeeeeeee anak2.. Suke tgk! Btw salam kenal dr ku utk mu!

    ReplyDelete
  16. org suke dorayaki ni.. pandai kak reena buat.. cantik lah tengok..
    pssst.. anak pompuan akak comel lah.. geram2 rase nak cubit je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macih awak :) Hehehe...

      Hahaha... cubit slow-slow ok, kecian pipi anak akak.

      Delete
  17. wah...sgt cantik n look gebu je time atas pan tu...nk try la..thanks akak share resepi =)

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)