Blogger templates

May 10, 2012

Tokutokuya Malaysia

Kalau sebelum ni, i selalu war-warkan dekat korang betapa i suka sangat dengan Daiso sebab ada banyak barang-barang comel dan cute. Dah tu siap tunjukkan dekat korang lagik antara koleksi barangan Daiso yang i kumpul sepanjang bershopping dekat sana (nak baca entry Daiso, korang boleh pergi sini ---> http://www.reenaonline.com/2011/08/daiso-japan-always-rm5-everything.html). Tapi kali ni i nak tunjuk dekat korang kedai barangan Jepun yang lain yang seakan-akan sama macam Daiso. Nama kedai ni Tokutokuya. Dan kalau korang nak tahu lagik, kebanyakan harga dalam kedai ni murah sepuluh sen dari Daiso tau (RM4.90) (hoorey!)

Tadi dah bagitahukan yang kedai ni seakan-akan sama macam Daiso, jadi secara automatik mestilah kebanyakan barang-barang yang ada dekat Tokutokuya ni lebih kurang sama je macam ada dekat Daiso. Macam mana pun, nak tahu tak apa yang best of the best ada dekat sini? Jeng-jeng-jeng ada banyak barangan Hello Kitty kegemaran i (yeay!!) Kalau nak jimat sepuluh sen daripada Daiso, bolehlah i datang Tokutokuya selalu pulak lepas ni. Hehehe... Selain tu i nak ingatkan korang, ada sesetengah barang dekat sini dijual dengan harga RM5.90 dan ke atas. Jadi, waktu beli tu, korang kenalah perhatikan tanda harga yang ada. Manalah tahukan, tiba-tiba bila depan cashier, dengan muka penuh yakin dan serius korang bertengkar pulak dengan cashier kononnya tertipu. Rupa-rupanya diri sendiri yang malu sendiri.

Alamat Tokutokuya ialah :-

PAMURI TOKUTOKUYA SDN BHD
IPC Shopping Centre
S3C, 2nd Floor
No. 2, Jalan PJU 7/2
Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Waktu operasi : dibuka dari pukul 10:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari

Kalau korang dah jatuh cinta dengan Tokutokuya macam i, bolehlah LIKE Facebook Tokutokuya
Nak tengok website Tokutokuya, korang bolehlah picit sini pulak ---> http://www.tokutokuya.com/en/shop.html

Apa-apa hal jom kita intai apa yang ada dekat Tokutokuya.

Nak tengok map / peta ke Tokutokuya, boleh picit gambar atas untuk tumbesaran












p/s : mulut i masuk sini, tak habis-habis sebut perkataan comel. Comelnya!!

26 comments:

  1. 10 sen kalau kumpul bleh beli mknan yg sedap²... ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... betul tu Eita, kena beli tabunglah lepas ni :)

      Delete
  2. Baru few saat yg lalu girl no 2 akak mereport pasal kedai ni...Reena dah post
    You're real fast lar sis...bole jadi reporter ni
    Btw baru tadi survey Daiso @ Mines...not bad & officially will be the nearest to my home...kak Anis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kita kalau part-part kedai Jepun ni memang cepat nak terjahnya kak. Jadi reporter untuk kawan-kawan blog pun ok. Janji kawan-kawan semua happy.

      Wah, lepas ni mesti penuh rumah akak dengan macam-macam barang Daiso Ada tak rasa masuk Daiso macam tak nak keluar dari situ. Hehehe... :)

      Delete
    2. Kerap sangat2...
      Tp kan barang2 yg dibeli semuanya digunakan so x de lar membazir jer.
      Kitchen akak mmg byk aksesori cute utk kasi mood happy bila masak2 with anak2 dara...
      Teacher's Day baru ni pun beli goodies2 n wrapping comei2 kat Daiso Mines & the best part ...tercegat betul2 depan Tun M depan entrance Daiso.

      Delete
    3. A'ah... last year teacher's day kita beli dekat Daiso je kak. Hehehe... Tahun ni tak sempat lagik nak beli present untuk teacher Danish. huhuhu...

      Kan kak, bila dikelilingi dengan benda-benda cute ni, hati pun cepat je sejuk. Happy je rasa walaupun letih.

      Uiksss, Tun M pun datang Daiso??!! Wahhh... comelnya.... Hehehe...

      Delete
    4. Dia dtg sport check staf The Loaf kot???Ternampak Daiso dia singgah ...
      Tp Tun mmg suka shopping supermarket Jepun esp kat Sogo n Cold Storage coz byk kali terserempak dia ...
      Anyway masak apa weekend???Jn lupe post...

      Delete
    5. Tulah tak sangka sama taste dengan Tun ni. Hahaha... Kalau akak nak tahu, Tun pun suka shopping baju dekat Uniqlo tau!

      Nanti kita post entry mask-masak. Akak tunggu tau.

      Crochet akak saya dah siapkan dari last week, tapi macam tak sempat nak pergi Post Office sebab hubby outstation. Kejap lagik, saya emel ok.

      Delete
    6. No sweat...take ur time

      Delete
    7. Thanks Kak Anis... Alahai segan kita tau. Hehehe... Anyway kita ada bagi emel dekat akak dua hari lepas, nanti akak check ok :)

      Delete
  3. wah bestnye..bile lah dapat pegi sana n beli mcm2 eh.....mesti rambang mata kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah Mun, takmo keluar je rasa... Hehehe...

      Delete
  4. okeh boleh usha lepas ni. hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ajak Akram k... Hikhik...

      Delete
  5. Wahhh me memang suka daiso. Tak tahu pun da kedai seakan - akan daiso dekat area Mutiara Damansara ni. Boleh try pergi ni hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah nanti datanglah sini, baru je bukak tau :)

      Delete
  6. wow! boleh gila masuk kedai ni...

    ReplyDelete
  7. Dekat daiso ade x jual barang hello kitty?

    ReplyDelete
  8. Cntik x brg brg die mne lagi bnyk jual brg hello kitty?

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)