Blogger templates

Jun 11, 2012

Hello Kitty Fashion Boutique / Hot Wheels Starter Set

"Yea-yea dapat mainan (toys) baru, yea-yea ada mainan baru." Kalau dulu waktu kecik-kecik, bila nampak ayah bawa balik mainan lepas balik kerja. Automatik rasa excited meloncat-loncat kan? (Dahsyatnya kuasa toys untuk budak-budak. Ish-ish-ish). Jadi bila ada anak sendiri, i dan hubby memang suka buat surprise macam ni dekat dorang. Ni kira macam award untuk dorang sebab selalu tolong mama papa, dapat siapkan 2 muka surat workbook / buku kerja Kumon yang mama suruh buat hari-hari dan sebagai tanda kasih sayang mama papa untuk anak-anak yang selalu buat mama papanya tension dalam happy (eh-eh macam mana tu? Hahaha... bila korang ada anak, confirm korang faham apa yang i maksudkan tu). Janji, anak-anak mama papa jangan nakal-nakal over ye.

Award kali ni terdiri daripada Hello Kitty Fashion Boutique, harga RM42.90 (semestinya untuk Ariana lah kan), Hot Wheels Starter Set, harga RM79.90 dan dua buah kereta baru Hot Wheels (harga RM7.50 untuk satu kereta) dikongsi bersama-sama Danish dan Damien. Untuk korang yang minat dengan kereta Hot Wheels ada tawaran menarik dekat Toys r Us di mana kalau beli 3 buah kereta Hot Wheels, korang akan dapat sebuah lagik Hot Wheels secara percuma. Alahai... kita orang kerugian sebab bila balik rumah selak-selak katalog Toy r Us baru tahu pasal tawaran best kereta Hot Wheels ni (aiseyyyy man... staf dekat kedai Toys r Us, KLCC tu pun sikit tak bagitahu pasal benda ni). Takpelah, nak buat macam mana dah beli dah pun kan. Tengok air muka dorang yang happy memanjang, mama papa pun rasa tumpang seronok. Sampaikan tak menyempat-nyempat mama papa nak tukar baju kerja sebab kena paksa bukakan kotak mainan masing-masing.

Sekarang ni toys Hello Kitty dah ada macam-macam jenis. Rambang jugaklah mata mama tadi nak memilih toys Hello Kitty yang mana satu untuk Ariana. Fikir punya fikir, mama pilih Hello Kitty Fashion Boutique jelah sebab mama tahu yang Ariana minat sangat dengan fashion dan kecantikan (dah besar nanti Ariana jadi fashion designer ye sayang.... boleh mama tumpang pakai baju cantik-cantik jugak kehkehkeh). Untuk anak-anak lelaki bujang mama pulak, tak susah sangat nak pilih toys untuk dorang ni. Apa saja tema yang berkaitan dengan kereta semua dorang nak. Bila tanya apa cita-cita dorang bila dah besar. Kalau dah nama peminat kereta, korang pun mesti dah boleh agak apa jawapan dorang. Nak tahu apa? Dua-dua serentak jawab nak jadi F1 driver (gitulah...) Suka betul papa dengar jawapan dorang ni, maklumlah papa memang peminat F1. Mama minat jugak tapi tak larat nak habiskan tengok F1 sampai lap akhir (haishhh... dok pusing-pusing dekat situ sampai berpuluh kali. Cubalah buat aksi mencabar sikit. Ngantuk mama tau... Hehehe).

Apa pun cita-cita dan impian dorang, mama papa sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak mama papa serta menyokong sepenuhnya dari belakang. Yang penting jadi orang-orang yang berguna. Kalau korang nak tahu, melalui mainan sebenarnya boleh membentuk personaliti anak-anak dan mencorakkan masa depan dorang tau (wallahualam... ni mengikut dari pandangan i bila tengok kisah kejayaan orang-orang yang berjaya yang kebanyakannya impian mereka dah wujud sejak dari kecil lagik). Jadi pilihlah mainan yang baik untuk anak-anak korang ye. Sebagai contoh, kalau korang beli senapang atau pistol mainan mana tahu anak korang dah besar jadi askar ke. Kalau tak percaya cuba korang tanya sesiapa yang jadi askar, mesti antara koleksi mainan dorang waktu kecil ialah mainan jenis-jenis macam ni (betul tak? Hehehe...)

Oklah, jom tengok gambar aksi anak-anak i yang kegembiraan. Seronok jadi budak-budak kan? (Cemburu i tau... Hehehe).











p/s : rasa macam nak join main je sekali. Hehehe...

18 comments:

  1. alololo mama reena so tacing plak bace entry ni ..

    eh baru perasan comel dan ganteng2 belaka anak2 kamu reena...anak saper ni? bhahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak sape lagik? Hehehe... Anak papa mama nya lah :)

      Delete
  2. COMELNYA. KITA PUN SUKA HELLO KITTY HEEE.

    KAK ANAK2 AKAK TAK MAIN TAMIYA KE? HUHU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hubby akak dulu ada Tamiya. Hehehe... tapi nak bagi budak-budak kecik ni main Tamiya macam tak sesuailah Cha, sebab banyak small parts yang quite dangerous :)

      Delete
  3. ala join la main sekali apa salahnya hihi


    apa kabar reena? lama sy x singgah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Kan? Kan? Hehehe... Khabar baik awak. Awak hilang pergi mana? :)

      Delete
  4. betul kot reena...mainan mencorakkan personaliti anak kite.....suka tengok set hello kitty tue

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel je Hello Kitty ada macam-macam baju ni kan? :)

      Delete
  5. comel jer dapat hello kitty...budak2 mmg eksited kalu dapat meinan...tpi yg penting mainan tu ada ciri2 education....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulahhh Posh.... kadang-kadang duduk dalam Toys R Us sampai sejam pilih mainan. Belinya satu je. Hehehe....

      Delete
  6. salam reena,

    eh betul la tgk muka anak bujang u ni, danish ye,
    rajin dia dok menegur troli untie ni kat central mart semalam "banyaknya barang...penuhnya.." (kekekeek mmg penuh pun troli bila bershopping kaut je pak encik takde escort :p)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak Encik :)

      Hahaha... Danish memang peramah, orang dekat central mart tu semua dah kenal dia :)

      Delete
  7. danish sy memang minat sport car sangat2.. tak tau besar nak jd apa.. pelumba kereta ke? hahhaaa.. mama yang over kan..

    tp percayala reena, anak sy paling lama mainan yang dibeli tahan seperti baru beli adalah 1 jam.. lepas tu hanchussss!!..

    tak kira la mahal ke murah.. tetap akan patah atau pecah atau kemek atau apa2 la.. cian mama dgn ayah yang menghulurkan duit kat tokey kedai tu.. huhuuu.. ganas sungguh anak ku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... betul tu Far, rasanya tu teknik dorang nak dapat mainan lagik kot. Hehehe

      Delete
  8. seronok diorang dapat mainan !!

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)