Blogger templates

Jun 2, 2012

Nando's Malaysia

Semua gambar-gambar i dekat Nando's ni adalah sambungan dari kisah i yang pergi berdating dengan hubby (kalau sudi boleh baca sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/05/sinopsis-avengers.html). Bila dah ada anak, penting untuk diri sendiri adakan waktu berdua bersama-sama. Kadang-kadang tu dekat rumah, tak sempat nak borak panjang-panjang. Ada je bibir-bibir mungil 3 orang budak kecil yang datang minta perhatian. Kejap-kejap minta makanan, kejap-kejap tanyakan soalan, kejap-kejap minta izin nak pergi tandas (duhh... pergi toilet pun nak minta izin ke?) Tapi, i dan hubby memang galakkan anak-anak kita orang banyak bercakap dan bertanyakan macam-macam soalan. Itu salah-satu cara kita orang ajar dorang supaya berkomunikasi dengan betul.

Ya, i akui ada yang kata, "tak annoying ke, asal sikit tanya soalan?" Hahaha... mana ada annoying lah (mungkin a little bit especially macam sekarang ni waktu i nak taip entry dan dalam pada masa yang sama berfikir nak jawab soalan dorang. Hahaha) tapi sebab dah terbiasa dorang ni banyak bercakap, i rasa it's quite fun. I lagik risau kalau budak-budak kecil ni senyap je sepanjang hari. Kadang-kadang tu i pulak mengusik dorang dengan macam-macam soalan sampaikan dorang pulak yang cakap, "yes, i know, i know. I should do that thing." Atau pun "i'm tired today mama." Dalam hati i, tau pun penat bercakap ye? Hahaha... Jadi mesti korang boleh bayangkan betapa meriahnya rumah i dengan suara 3 orang budak kecil ni berbanding suara mama papa dia.

Sebenarnya nak cerita pasal Restoran Nando's Malaysia yang merupakan antara tempat makan kegemaran kita orang sekeluarga tiba-tiba keluar topik pasal anak-anak kecil i. Kalau cerita pasal dorang setakat satu entry memang tak cukup. Panjang berjela-jela. Hehehe.... Untuk pilihan Restoran Nando's kali ni kita orang pergi ke Mid Valley Megamall. Selalunya Restoran Nando's yang kerap i pergi ialah di Ikano Power Centre, Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan One Utama. Sebab dah terlampau biasa dengan makanan dan servis perkhidmatan di Restoran Nando's, i anggap cawangan Nando's di Mid Valley adalah di ranking paling bawah antara keempat-empat cawangan yang lain. Ranking pertama i tujukan untuk cawangan Nando's KLCC, kedua ialah Ikano Power Centre dan ketiga ialah One Utama.

Kalau korang nak tahu, apa yang menyebabkan i letakkan Nando's Mid Valley di tangga ke - 4 sebab saiz ayamnya lebih kecil berbanding cawangannya yang lain. Biasanya bila makan dekat Nando's i rasa kenyang yang amat tapi bila datang sini i rasa macam tak cukup makan pulak (duhh... harga kena bayar pulak tu sama je). Dari segi servis perkhidmatan, terus-terang i cakap punyalah slow motion walaupun bilangan orang dalam Nando's ni adalah dekat 10 orang. Air minuman yang kebiasaannya dapat free refill (isian semula percuma) terutamanya untuk air Ice Lemon Tea dan Coke, takde pun orang datang untuk tambahkan walaupun terang-terang air dalam gelas kita orang dah kosong. Kalau dekat KLCC atau Ikano ni, baru minum dua teguk, dah penuh balik air minuman kita orang. Dan bahagian yang mula buat i kerut-kerut dahi ialah bila baki duit kita orang yang sepatutnya dia pulangkan sebanyak RM0.50, sampai 15 minit kita orang tunggu tak jugak muncul tiba. Kalau teringin nak tips, bagitahu jelah. Tapi memandangkan kita orang dah bayar cukai perkhidmatan dan cukai kerajaan yang tertera dekat bil. Rasanya tak payahlah nak tips-tips lagik kan? Tak pasal-pasal, hubby i kena bersuara tanyakan mana bakinya. Ish, tak malu betulkan? Jawabnya setiap kali datang Nando's Mid Valley kena sediakan duit secukupnya.

Kesimpulannya untuk korang yang teringin nak rasa makanan di Nando's tak payahlah makan di Mid Valley, Megamall. Tak best pun, tak pasal-pasal hati gembira terus bertukar jadi emosi pulak nanti. Hehehe...

Hidangan yang selalunya jadi pilihan i dekat Nando's ialah 1/4 chicken with two sidelines (harga RM16.90). Perisa pilihan i semestinya MILD Peri-Peri (untuk korang yang suka makan pedas bolehlah test power cuba perisa EXTRA HOT Peri-Peri). Sidelines pulak i suka Mediterranean Rice dan Peri Potato Salad (kentang dia cute sangat, comel-comel gitu). Nak tengok menu hidangan yang lain dan harga yang ditawarkan dekat Nando's, korang boleh klik dekat sini ---> http://www.nandos.com.my/fullmenu/menu.html#/LG1/0/

Nak tahu alamat cawangan Nando's di seluruh Malaysia, korang boleh pergi sini ---> http://www.nandos.com.my/sections.html#Our%20Restaurants

Nak tengok website / laman web Nando's yang penuh interaktif, nak cuba resepi baru, nak dapatkan nombor telefon servis penghantaran / delivery, nak tahu kisah Nando's, nak cari kerja kosong ke atau lain-lain lagi, korang wajiblah ke sini ---> http://www.nandos.com.my/index1.html

Ok, sekian sahaja kisah dari i. Jom kita tengok gambar.











p/s : duhh... sedapnya tengok gambar ayam Nando's ni, ikutkan dah dua hari i makan roti je (nangis).

12 comments:

  1. kejap-kejap minta izin nak pergi tandas (duhh... pergi toilet pun nak minta izin ke?) <---lucu part ni..


    tapi seyeslah knp sya suke singgah n bce blog ni sbb tulisan yg santai dan ade humour sense..

    nando? hurmm..blm jejak lagi..aiyah hahaha tapi jgn riso pas kawen nnti saper tahu kan.. ;D

    ReplyDelete
  2. Sy lg suka nandos dr kenny rogers. Dh mkn nandos takde nk mkn kennys dh haha. Tp jgnla ambik hot hot pedas gilos sy yg org nogori pn rasa tak tahan

    Sy suka nandos kat sg wang plaza. Servis terbaik. Mushroom soup dia banyakkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun sama Cha, ayam dekat Kenny Rogers tak power macam Nando's :)

      Delete
  3. Wahh ! sedapnyee , Farie tak dapat lagi nak makan Nando's ni walaupun ade satu baru bukak dekat Ipoh ni . :(

    ReplyDelete
  4. akak memang suka nandos..lagi2 yang extra hot tu..
    sampai berpeluh2 kepedasan..
    hehehe..

    adoii terus rasa lapar pulak cerita pasal nandos ni..
    huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhh... extra hot kak?? Saya pun ambik mild je. Tak sanggup. Hehehe

      Delete
  5. tak pernah lagi makan kat nandos nie.. kalau jumpa pun aku lalu bagi angin aje.. haha... lain kali boleh cube nir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah Ta, sekali kena mesti nak lagik dan lagik :)

      Delete
  6. aduhaii mmg nangeslaaa dah lama tak makan nandos....dapnyer

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)