Blogger templates

Jun 1, 2012

Resepi : Baked Macaroni and Cheese

Tuan punya blog tak berapa sihat dari semalam (nangis...) Nak makan pun macam tak berapa ada selera je. Kata doktor, tekak i dah bengkak teruk (huhuhu...) Nampak gayanya hujung minggu nanti confirm dapur comel i tak berapa nak berasap sangat. Sebab lepas telan ubat-ubat yang mengerikan, tuan punya blog ni akan terus bergulung-gulung dalam selimut. Bukak aircond dan tidur. Dalam pada tak sihat tu, sempat jugak nak kongsi satu resepi yang rasanya ramai orang lain dah cuba tapi tuan blog yang sakit ni je yang baru nak cuba. Hehehe... Yelah, bila i jengah blog kawan-kawan i yang lain, ramai dah show-off baked macaroni cheese / macaroni baked masing-masing.

Ikutkan takde occasion / majlis apa-apa pun yang menyebabkan i bertungkus-lumus masak baked macaroni cheese. Saje-saje nak bagi hubby dan anak-anak i rasa. Lagipun i suka nak tahu dan dengar komen hubby dan anak-anak i pasal masakan i. Sedap ke, terlebih garam ke, rasa pelik ke. Tapi korang nak tahu tak, komen yang selalunya buat i jadi bersemangat nak masak lagi dan lagi dan lagi ialah komen dari anak i yang sulung, Danish. "Good job mama, it's delicious!" Hahaha... komen ni memang cukup ringkas tapi rasanya siapa-siapa yang dengar komen macam ni pun mesti rasa bersemangat nak masak macam i kan, betul tak? Senang cakap rasa dihargai gitu (mama terharu tau... macih anak-anak mama).

Sebab tak sihat dan tak boleh fikir banyak-banyak (asyik fikir katil je). I harap korang sudi-sudilah cuba resepi baked macaroni cheese yang i dapat daripada sini (mutiarazura, resepi awak memang super-duper best!) Resepi ni pada pendapat i memang senang sangat nak buat. Agak-agak tak berapa jelas, korang boleh tengok gambar yang i letakkan dekat bawah. Selamat masak-masak kawan-kawan.

Bahan-bahan (untuk 6-8 orang)

500 gram pasta (pilih pasta yang pendek - macam i, i gunakan pasta macaroni)
300 gram daging cincang (pilihan samada ayam atau lembu - i pilih lembu)
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 labu bawang besar – dicincang halus
1 tin tomato puri saiz sederhana
1 tin cendawan butang - dihiris
1 biji lada benggala (capsicum) - didadu
1 kiub stok ayam atau lembu (ikut jenis daging yang digunakan - i gunakan perencah tumix, letak satu sudu besar)
1 batang lobak – didadu
1 batang celery / seleri – didadu (i tak letak pun)
1 sudu teh herba Oregano kering (i guna jenama McCormick)
1 helai Bay leaf kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam / serai kayu segar - i tak letak pun)
Parutan keju samada Cheddar / Mozzarela / Romano atau Parmesan
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Sos Putih

2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 kotak kecil susu segar (i gunakan 2 ½ cawan susu segar full cream Dutch Lady)
2 keping keju (i gunakan jenama Chesdale)
Secubit lada hitam dan garam

Cara-cara :

1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

2. Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.Masukkan lobak, cendawan, lada benggala (capsicum) dan seleri. Kacau sebati.Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai berkuah pula.Masukkan kiub ayam / lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul), oregano kering dan bay leaf. Biar mendidih dan naik bau.Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.

3. Buat sos putih. Masak mentega atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua mentega dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar. Selang 3-4 minit masukkan pula keju, garam secukup rasa dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat). Tutup api.

4. Cara melapis : Dalam bekas tahan panas (tuan punya resepi gunakan Pyrex. Macam i, i gunakan bekas kaca Ikea yang saiz 20cm x 30cm. Kalau korang nak pakai loyang kek pun boleh, cuma kalau pakai bekas kaca boleh terus angkat dan hidang), mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.Bakar dalam oven pada suhu 190ºC selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan.

Sedia untuk dimakan. Hoorey!

Hati-hati memerut eh, memarut. Hehehe...




Buat sos putih.



Oh My Cheese!
Hot stuff dari microwave oven i. Weehoo...


p/s : i nak beradu dulu, doakan i cepat sembuh k. Nanti dah sihat, i boleh jalan-jalan rumah korang. Jemput makan baked macaroni cheese meh :)

23 comments:

  1. Semoga cepat sembuh...:)
    Leh bace cite K.rEENA banyak2...

    ReplyDelete
  2. Take care kak reena..
    Comfirmmmmmm akan cuba resipi ni.. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Mun...

      Mun, selamat pengantin baru ye dear :) Sorry sangat-sangat sebab tak dapat datang :(

      Love u!

      Delete
  3. Take care kak reena

    Comfirm saya akan cuba resipi ni.. :-)

    ReplyDelete
  4. sedapnye sy pun sukeee sgt buat macaroni cheese..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi yang simple tapi sedap kan Kak :)

      Delete
  5. get well soon yer reena...mmg season la ni...bessnyer teruja tengok ur resepi...tinginlak nak mencuba...semedangnya nak cuba...tapi entah bila..tp mmg komen kalau org kata sedap mmg motivate nak msk lagi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulahh... sampai hari ni (waktu balas komen u ni) i still tak baik batuk lagik Posh :( huhuhu...

      Apa-apa hal pun kena cuba resepi ni Posh sebab sedap dan simple :)

      Delete
  6. sedapnya. sy hr tu tak buat pn sos putih sbb tak suka susu huhu

    get well soon sista :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kalau takde sos putih pun takde masalah kot Cha. Sama je sedapnya :)

      Delete
  7. u memang supermom la reena.. demam2 pun rajin bermacaroni bagai..
    rajin2 mkn ubat ye.. dah sembuh bg resepi lagi..

    ... dari sini dah ada bau.. meh sepotong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... nah i bagi satu pinggan besar (eceh)...

      Macih u, demam dah baik. Batuk je tak baik lagik :(

      Delete
  8. Sedapnyaaaa. Moga cepat sihat kak, nanti boleh letak lagi banyak resepi best2. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... macih awak... Tulah bila sakit-sakit ni nak masak pun hilang mood sebab tak boleh nak merasa :)

      Delete
  9. Kak Anis doakan Reena cepat sembuh so jgn ngelat makan ubat ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macih kak Anis :) Errr... macam mana tahu selalu ngelat ni. Hehehe....

      Delete
  10. ooo sakit rupenya..
    take care. and get well soon..!

    ReplyDelete
  11. moga reena cepat sembuh yea...mmg menjadi la macaroni ni...really good job :)

    ReplyDelete
  12. sedapnye..........tgk gmbar. hi3. nak trylah tp nanti, dun hv enough time. huu. btw kak. get well soon :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok gambar je tak kenyang awak. Hehehe... nanti cuba buat k :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)