Blogger templates

Jul 22, 2012

Ikea Malaysia Sale July 2012 / Jualan Murah Ikea Julai 2012

Assalamualaikum. Korang apa khabar? Sihat tak semua? Sempat tak pergi shopping dekat Ikea sempena jualan murah / sale pada 5 hingga 22 Julai 2012? <--- soalan wajib ni. Keh-keh-keh. (Hamboi... bulan-bulan puasa pun gagah aje, kalau ada perkataan sale dekat mana-mana gitu kan? Hehehe). Hari ni hari terakhir Ikea buat sales, so kalau tak sempat shopping lagik tu, boleh lah kejap lagi terjah pergi Ikea. Lepas tu buka puasa dekat sana. Best wooo... Ikea buat buffet promotion price (harga promosi buffet) untuk 21 dan 22 Julai 2012. Harga untuk Dewasa cuma RM19.90 je (harga biasa RM39.90). Manakala untuk Kanak-kanak ialah RM9.90 (harga biasa RM19.90). Murah kan? I sempat merasa berbuka puasa dekat Ikea lama dulu (tak ingat dah, tahun berapa waktu tu). Sekarang ni, semenjak ada anak-anak comel ni, i lebih suka buka puasa dekat rumah. Walaupun penat mengemas tapi seronok bila tengok anak-anak 'kecoh' waktu buka puasa (gaya dorang excited, ngalahkan orang yang berpuasa sehari pulak. Hahaha).

Dalam sibuk-sibuk pergi outstation bagai awal bulan Julai ni (dan antara sebab utama i hilang sekejap dekat dunia blog ni). I memang dah simpan satu hari untuk pergi Ikea Sale ni. Terasa rugi, kalau tak pergi sini walaupun sekadar cuci-cuci mata. Lagipun apa yang menarik pasal barangan Ikea ni, setiap satu barangnya mempunyai fungsi multi-purpose. Maksud i, walaupun barangan tu tujuannya sebagai bakul sampah. Korang boleh bertindak kreatif tukarkan jadi tempat simpan barang ke, jadi stool ke atau lain-lain lagi. Best kan? Nak tengok contoh? Boleh selak entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/04/idea-dan-inspirasi-ikea.html.

Lagi satu, kalau korang nak tahu. Bila Ikea buat sale / jualan murah. Harga yang ditawarkan memang betul-betul murah tau. Memang penjimatan berganda gitu untuk wang ringgit korang (chewah! Hehehe). Bukan macam sesetengah tempat yang buat sale. Nama je jualan murah tapi bila kira-kira balik, harga sale tu sama macam harga sebenar. Tak pasti samada harga sebenar tu dinaikkan kemudian nak nampak murah, dibaginya diskaun. Jadi untuk korang yang kurang bagi perhatian (atau senang cakap, addicted dengan perkataan sale), nampaklah macam ada jualan murah gitu. Rupa-rupanya Tipah dah kena tipu. Tempat-tempat yang selalu i perasan kejadian macam gini dekat Tesco dan Jaya Jusco (bukan untuk semua barangan, untuk barangan tertentu sahaja). Yang penting kita sebagai pengguna dan pembeli kena selalu berhati-hati. Kalau boleh, korang buatlah perbandingan harga sebelum beli dan simpan semua data pembelian korang tu dalam handphone, senang untuk korang semak semula. Hah... i bagi tips membeli-belah ni untuk korang. Al-maklumlah kaki shopping (waktu sale) katakan. Hehehe...

Ok, jom tengok gambar i bersuka-ria dengan family dekat Ikea.



Kemain anak mama ber'posing'. Warna kuning, warna kegemaran i sekarang ni.

APA YANG I PAKAI?

Shawl - VSnow
T. Shirt - Cath Kidston from Uniqlo
Skirt - Cuba cari dekat Majalah Hijabista yang gambar depan Maria Elena.
Anak lelaki i sibuk main masak-masak. Kelakar kan?


Selamat dirembat untuk projek rumah. Hehehe...
Seksyen kegemaran i. Seksyen barangan dapur.
Ok, dah masuk dalam troli. 
Nampak moden gitu bila hidang air untuk tetamu. Jangan tumpah, sudah.
Suka betul tengok lampu bulat-bulat tu. Macam spaceship. Hehehe...


p/s : Selamat berpuasa dan berbuka puasa semua. Hari ni makan mana?

22 comments:

  1. Alaaa kita tak sempat nak pg la kak. Hish dhla tgh nk mencari brg2 kelengkapan rumah gak ni. Hish rugi rugi. Welcome back kak. Hee rendu nak baca entry akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih dear. Rindu jugak dekat Cha :)

      Delete
  2. alamak..lg bnyk brg dr first day sale aritu...rugi2...heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun Miza :) Best giler!! Hehehe...

      Delete
  3. alahai.. da abis sale.. xsempat nak pegi..patut la reena xde ek. tertunggu2 gak entry baru dari hari tu.. hehehe eh.. skirt kita sama la... mmg cantik kan kuning ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka boleh sama gitu. Seplah Adriea :)

      Delete
  4. Dah terlepas sales tu,tapi kalau tahu awal pun may be terlepas gak sebab fulus kureng sikit dah ujung2 bln ni kan... saya pun suker gak gi ikea, dah byk kali ajak my hubby gi sana tp dia buat donno jer. kalau gi sana konpem beli brg punyer, walau pun tak lah perlu sgt... kah kah kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Alahai waktu sales lah wajib pergi Kak Ni sebab memang murah gile... waktu hari-hari biasa tak pergi pun takpe. Hehehe... tapi kalau nak pergi pun apa salahnya *eceh!*

      Delete
  5. wow banyaknyer yang sale!!!

    ReplyDelete
  6. tak sempat pegi.....huhuhuhh

    ReplyDelete
  7. alamak...pinggan yang ada corak bunga2 tu cantik laa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik pun NP, dah selamat dirembat pun :)

      Delete
  8. seronoknya kalau dpt pegi.. tak sempat nk pujuk mr husband tak abis sale..

    bahagian paling sy suka pun kat bhgn dapur2.. hihii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita FAR, alahai... tulah terlewat pulak kita pos entry ni. Takpe next time kita bagitahu awal-awal k :)

      Delete
  9. kite tade rumah sendiri lagi nak sopink. hahaha

    tapi memang betul selalu kat jusco tu dorang letak harga mahal pastu bagi diskaun supaya nampak murah. padehal same harga dengan yg asal. ape lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Wan kan? Akak ingat, akak sorang je yang perasan macam gitu :)

      Delete
  10. lm xpegi ikea laa...
    sbb terasa jauh..hahha

    makneng follow sini
    jom follow makneng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macih Mak Neng, jap lagik kita datang k :)

      Delete
  11. Sis nanti projek barang2 Ikea dah complete post pics dlm blog...kak Anis nak tengok mesti creative jer kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je kak, janji akak follow blog kita hari-hari tau. Hehehe :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)