Blogger templates

Jul 13, 2012

Setia City Mall, Setia Alam

Hai korang, buat apa tu? (Mestilah tengah baca blog i kan? Takkanlah tengah berjogging pulak. Hehehe). Hari ni i nak cerita dan tunjukkan gambar i sekeluarga sekali lagik dekat Setia City Mall, Setia Alam (again?!! Hahaha). Harap-harap korang tak boring ye? Shopping Complex ni antara yang dah termasuk dalam senarai shopping complex yang wajib i singgah bila tiba hujung minggu dan bila tiba waktu SALE! (perempuan kan, bila nampak perkataan SALE atau Clearance Stock memang perasaan teruja tu over sikit. Hehehe).

Kalau nak dapatkan info lengkap pasal Setia City Mall, nak tahu alamat ke, peta untuk ke sini ke atau lain-lain info korang jemputlah singgah dekat entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/06/setia-city-mall.html.

Menariknya kali ni, i sempat tengok fountain berwarna-warni dekat sini (nak sebut dalam bahasa melayu. Serius terasa macam kurang sopan. Eh. Hehehe). Cuma tak best nya, i tak boleh datang dekat dengan fountain ni untuk ambil gambar sebab kawasan park / tamannya masih belum siap 100%. I dah boleh bayangkan, akan datang nanti, kawasan ni mesti cantik dan meriah pada waktu malam dengan lampu dan orang ramai. Taman / park ni akan jadi satu kawasan rekreasi yang menarik dengan adanya tasik, tempat bermain basikal, taman permainan, padang bola sepak, tempat ber picnic dan lain-lain lagi Haishh... tiba-tiba rasa tak sabar nak tengok rupa sebenar park ni bila dah siap.

Untuk menuju ke bahagian fountain dan park dari arah dalam shopping complex Setia City Mall. Korang pergi ke tingkat LG (lower ground) dan cari arah ke East Entrance. Agak-agak kalau kelaparan sebelum nak jalan-jalan tu, jangan risau tingkat LG memang dipenuhi dengan pelbagai kedai makan / restoran. Paling i suka sebab ada Nando's dan Subway kegemaran i. Hehehe...

Apa lagik, jom jalan-jalan dekat Setia City Mall, Setia Alam nak?


Fountain yang boleh bertukar warna. Cantik!


Sempat bershopping dalam Uniqlo. Lepas tu, Ariana mintak mama ambilkan gambar. Nampaknya mama ada pesaing terdekat yang suka bergambar jugak ni. Adeh! Hahaha.
Ada nampak i tak? Fuhh... nasib baik tak nampak. Kiranya takde bukti i bershopping sakan dalam Mango.
Tengok iklan belakang hubby i tu. 50% di sana-sini. Kopaks!
Macam biasa, pilihan tempat makan mestilah Nando's. Nyam-nyam

Ok, nak balik dah. Kedai pun dah tutup. Bye!

Apa yang i pakai?
Pashmina / Shawl - Jalan TAR
Cropped Denim Jacket - Esprit
T. Shirt and Jeans - Uniqlo

p/s : Agak-agak kalau korang jumpa i dekat sini. Tegur-tegurlah ye. I tak makan orang, makan Nando's je. Hehehe...

28 comments:

  1. tak penah sampai sini lg kak. lawanya gambar guna camera baru ke hihihi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... ni guna kamera akak yang Nikon D5100 lah Cha, part gambar akak yang last tu baru pakai kamera baru Nikon D7000 ;)

      Delete
  2. bershopping la sebelum raya reena, bila dah start puasa memang jenuh la nak cari parking kat shopping2..

    kan sales dah star kat merata tempat, apa lg... jom shopping..

    ReplyDelete
  3. Ida ada pegi last two week sume tmpt sale. Uniqlo lak ada carry tshirt elo titi hihi. Sanrio kt parkson pon not bad hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh... boleh pengsan kan kalau datang Setia City Mall ni pengsan sebab asyik nak kena cucuk duit dekat ATM je. Hehehe...

      Delete
  4. ok kalau i terjumpa u, konfirm i tegur tau...
    tapi i sekali je pegi, tu pun before zara dibuka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetiba rasa suspen nak tunggu NP tegur kita nanti ni :) hehehe...

      Delete
  5. lawa2 gmbr akak ambik.. pandai2..
    ariana nampak comel pakai baju kuning..
    comel mcm mamanya.. hehe..
    shopping puas2 kak.. nanti dah puase xlarat pulak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macih awak... main tangkap je ni. Rasa macam best akak pos lah dalam blog. Hehehe... :)

      Delete
  6. anak dara reena malu-malu jeee eh nak posing..heheheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... anak dara kita memang macam tu Mun, tak payah nak suruh posing. Dia dah tahu nak posing macam mana :)

      Delete
  7. rata2 dah sale sale sale
    pndai2 kita nk bijak berbelanja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak? Fenin... fenin... fenin... hehehe...

      Delete
  8. HEHEHE..sis..cantiknya fountain ituu..hehe..
    best kalau nmpak SALE kan...
    klau trjmpa sis(sure sgan nak tegur)...heee
    ps;SOGO members sale 13-14july...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... segan ke nak tegur? Tulahhh... akak ni pun jenis tak perasan sangat dekat orang (lagi satu takut tersalah orang). Sebab tu lah minta jasa baik orang lain dulu tegur akak sebelum akak tegur orang. Hehehe... :)

      Delete
  9. Kak Anis klu ternampak sorang awek stylo bawa adik ehhh anak 3 org pastu DSLR kat leher...confirm tegur,hi hi
    Btw pernah attend Bday anak officemate hubby akak kat KFC tepi jalan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay!! Akak tegur tau, jangan tak tegur. Teringin nak jumpa akak :) Hehehe

      Delete
  10. Assalamualaikum wbth...

    Salam perkenalan dari
    TiranaAduka...
    Selaku blogger baru ...memohon maaf atas kehadiran di blog ini.....tanpa diundang...maaf dari Tirana..

    From TiranaAduka.....: Sakit Itu penghapus Dosa..

    Jemput singgah blog saya.....jika ada kelapangan dari anda.....

    Wasalam..
    Ikhlas,
    TiranaAduka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam :)

      Salam perkenalan jugak untuk Tirana.

      Delete
  11. semalam pon kite sopink jugak. hehehe.

    eh akak nando's sedap eh?
    kite kan selalu makan kat Kenny rogers.
    sesekali nak jugak try nandos tapi tak pernah lagi try.
    hehehe.

    mane lagi sedap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, Nando's lah lagik sedap daripada Kenny Rogers tau awak. Lain kali ajak cik abe pergi Nando's pulak k. Hehehe :)

      Delete
  12. Kualiti gambar very nice...sukaa..

    ReplyDelete
  13. Salam,
    Reena. Any tips nk dpt boy? Mine both gurls la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Akma :)

      Ehh... rasanya kita ada letakkan entry untuk tips dapatkan bayi perempuan atau lelaki. Cuba check sini ok ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/tips-untuk-mendapatkan-anak-perempuan.html

      Delete
  14. Salam Kak Reena.. pe khabar?
    Lama x jenguk cni, tuptup dy dh ade dslr baru... wow!! Pasni, smakin berserilah blog ni ngn gmbo cun2.. hikhikhik...

    Haah dh penah jejak kaki ke sna bln lps.. besar tmpt tu.. agaknya baru bukak kot, meriahje sales sana sni.. sy cuma sempat grab cottonon-bbT je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tny, akak sihat-sihat je :) Awak macam mana? Lamanya menyepikan diri. Busy eh?

      Best kan Setia City Mall ni. Kiranya tak payah pergi shopping complex lain. Dah lengkap semua ada :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)