Blogger templates

Nov 24, 2012

Sarapan Berkhasiat : Crunchy Oats

Hari ni i nak kongsikan dengan korang apa makanan yang selalunya i makan setiap pagi untuk breakfast. Taraa... Crunchy Oats with Coconut, Sultana and Almond keluaran Tesco. Macam tak percayakan yang Tesco ada hasilkan makanan yang best macam ni. Selalunya i memang kurang berkeyakinan sikit nak beli produk-produk yang dihasilkan oleh Tesco ke, Carrefour ke, MyDin ke atau mana-mana pasaraya yang menggunakan namanya sendiri. Sebab kurang yakin? Sebab ada antara produk yang i cuba tu tak menepati citarasa tekak i yang diva ni (hamboiii... kemain kan? Hahaha...) Walaupun dari segi harga, makanan dari jenama-jenama pasaraya ni lagi murah (tu pun murah beberapa sen aje) dari jenama biasa tapi kalau setakat beli untuk i telan sekali je. Lepas tu, cuma jadi perhiasan dalam peti ais rumah i. Baiklah i beli jenama yang i tahu kualiti rasanya. Ye tak? Hehehe...

So, untuk Crunchy Oats with Coconut, Sultana and Almond ni kalau korang nak tahu, sebenarnya dihasilkan di Belgium untuk Tesco Store (ohh... patutlah sedap). Ada pelbagai perisa pilihan Crunchy Oats lain yang boleh korang cuba selain dari favourite i di bawah ni. Setiap 50 gram hidangan Crunchy Oats mengandungi 225 Kalori, 10.9 gram Gula, 9.3 gram Lemak, 4.3 gram Saturates dan kurang 1% Garam. Err... actually i bukan faham sangat pun matematik pasal kalori ni (kehkehkeh!) Takpelah, yang i tahu Crunchy Oats adalah sarapan berkhasiat dan mengenyangkan perut. Jom!




p/s : Apa kata sekarang ni kita sama-sama mulakan hari dengan sarapan berkhasiat. Nak?

16 comments:

  1. salam, reena, bagus tu, very healty..sy pula ambil kismis pagi2 kunyah kat opis...sedap...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam awak :)

      Wahhh... kunyah kismis je pagi-pagi dekat opis, kalau saya confirm perut buat konsert. Hehehe...

      Delete
  2. healthy mealthy. hehehe sedap eh yg ni. I kalau boleh nak bantai nasi lemak hari2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... ikut nafsu memang nak belasah jugak nasi lemak hari-hari tapi... memandangkan umur bukan makin muda, kena jugak beringat :)

      Delete
  3. wow...patut pun slim mlim....brakfast dengan ni je ye.....tpi cam x masuk ngan tekak sy je..huhu...pure malay ni...
    pegangan idup sy..breakfast like king, dinner like pauper..hehhe..(siap bg alasan xnak mkn mkana berkhasiat tu...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kemain pegangan hidup tu ye... :)

      Delete
  4. wah patut la cantik dan badan mantain jeee .. mee neh pepagi buta dah bedal nasi . terlebih khasiat pulak . huk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kalau dah lapar gara-gara tak makan malam, kadang-kadang tu pagi-pagi kita bedal jugak nasi... Syhhh....

      Delete
  5. oats memang berkhasiat..ni salah satu kegemaran anak-anak..tak kira pagi thari malam anak-anak selalu je buat menu oat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh... bagusnya anak-anak Mama Rey :) Kecil-kecil dah jaga kesihatan. Keep it up!

      Delete
  6. salam reena....=)
    jenguk sini...wah bnyak info yang menarik...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dhya Surya :)

      Thanks sebab sudi jenguk kita tau.

      Delete
  7. Haha samala kita kak susah sikit nak beli brand dorg ni giant ke apa. Takut x sedap. Tp tulah tak cuba tak tau ye tak? Erk tp kan kita tak mkn oat sume ni huhu. Husband sukala. Bolela beli utk dia kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah akak pun selalu terkena... Tu yang macam tak percaya sangat bila ada makanan sedap dari keluaran shopping complex tu sendiri :) Nanti belikan untuk Kazaa ye.

      Delete
  8. la patutla reena slim je.. ni tak pantang nampak nasi lemak.. huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantang nampak dan makan ye Far? :) Heheheh...

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)